Apa yang saya mahu tonjolkan disini bukannya nak bandingkan kehebatan dan berapa banyak trofi diantara Diouf dengan Gerrard. Kerana perbandingan itu macam nak bezakan Lamborgini dengan Proton BLM. Cuma saya nak bagitau disini sifat mazmumah yang diperkatakan Diouf itu memang ada juga walaupun sedikit pada diri Kapten kita itu tapi telah dipergunakan dengan cara yang positif. Tapi terbalik pula dengan Pak Haji Diouf yang nama saja haji tapi asyik meludah sahaja mejadi kebanggaan beliau. Yang lain semua masuk angin keluar asap. Ape pun tak boleh. Heran juga camna pencari bakat Liverpool ketika itu boleh terpesona dengan Tikus longkang ini padahal Anelka yang main cun secara pinjaman tak dibeli terus.
Dalam bolasepak sifat merendah diri, wasatiyah dan jujur kadang-kalanya tidak membawa kebaikan diatas padang. Contoh begini, jika nak lawan Man U yang bongkak dan sombong dan penipu, pemain kita kena ada keyakinan diri dan ego yang melampaui pehak lawan. Tidak takut untuk menunjukkan kehebatan ketahap gaban serta menyombongkan diri untuk melakukan gerakan bahaya tanpa ada sifat malu-malu kucing. Ini tidak tengok muka Ferguson kunyah cinggam dah jadi lembik lutut sebab kekuatan dalaman tak kuat. Sebab itulah rata-rata pemain lejen mempunyai keyakinan diri yang maha melampau, kerana keupayaan teknikal sama penting dengan keupayaan mental serta dibantu nasib bertuah
Sebab itulah pemain muda macam Shelvey, Sterling, Wisdom ,Suso perlu mempunyai sifat tersebut untuk berjaya bukan sahaja keupayaan teknikal sahaja. Lihat dan contohi Abam Gerrard yang naik dari Akademi tanpa menoleh kebelakang. Sifat bongkak beliau membuatkan Hamann terpaksa mengucapkan salam perpisahan, walaupun pada mulanya Hamanlah ibarat cikgu untuk beliau belajar menjadi seperti yang kita nampak sekarang. Kalaulah Gerrard penyabar dan hormatkan Abam Senior maka nasib beliau seakan jadi macam Danny Murphy terpaksa jadi hero di kampung lain.
Tapi awas sifat diatas jika tidak dikawal batasannya maka terhasillah kembar si Diouf bernama Joey Barton. Permainan ok tapi terlebih ego sampai pemain lain nampak macam guni buruk. Lagi satu ego yang paling bahaya juga yang tak dapat dikawal ialah perangai lupa daratan tak mahu lanjut kontrak macam berlaku kepada McManaman dan Owen. Perangai ini tak kenang budi ini terhasil kerana kesombongan melampaui batas dan hasilnya sampai sekarang peminat walaupun ingat kehebatan dan jasa mereka tapi kurang ajar mereka takkan dilupa. Ini terbalik dengan karektor Abam Gerrard yang tak sombong, bongkak dan ego unttuk mengperhambakan diri kepada Liverpool untuk membawa sinar kepada Liverpool dari zaman kegelapan 90an.
blog ini bagi aku sama taraf sama tinggi dengan dengan Tukar Tiub...huraian dia mmg gebu..mmg ketagih bagi aku untuk bukak setiap 30 minit...fuhhh Liverpoolkita...
ReplyDeleteMinggu ni kita menang 2-0 lawan Everton..
ReplyDeletesebagai seorang kapten kita perlu tegas untuk memastikan anak2 buah ikut arahan yg diberikan jurulatih
ReplyDelete