Apa yang saya nak kongsikan ialah Liverpool dibawah kepimpinan Datok Seri John Warner, selaku Presiden FSG amat teruja dengan idea Tan Sri Michael Platini, Presiden UEFA mengenai peraturan pengurusan kewangan sihat adil saksama. Malah model pertama kelab yang dah mendahului FFP ialah Kelab Meriam Buluh, atau nama skema Arsenal yang amat pandai mengurus Kewangan (kedekut la tu) sampai untuk saja yang kita dengar sepanjang masa.
Pelan kewangan ini menjurus kepada ketidakupayaan Brendan Rodgers untuk membeli belah macam Dalglish, namun ada syarat tertentu sahaja boleh pecah tabung untuk pembelian macam Allen dan Borini. Kalau tak hanya pembelian murah macam Assaidi dan Yesil saja diberi lampu hijau. Ianya perit buat peminat apatah lagi pengurus, tetapi cara inilah yang mampu pemilik berikan bukannya bajet bulan bintang bak macam kata PM Najib . Namun bajet Liverpoolfc tak sama dengan bajet 2013, kerana bajet Liverpool untuk elak hutang bukan cari hutang.
Idea suci Murni Tan Sri Platini untuk lihat kelab kaya melana tak buli kelab kecil dan kelab kecil boleh selamat dalam era kapitalis Amerika, Rusia dan Arab secara atas kertas memang cun. Tapi lahabaunya kelab yang bertuankan Kapitalis dan Taukeh Minyak macam Chelsea dan Man City yang kita tahu pasti kantoi dengan peraturan ini ada akal yang panjang untuk mainkan peraturan dengan cara yang licik. Caranya dengan pastikan anak syarikat mereka atau kroni mereka labur balik dengan jadi penaja rasmi atau bersama. Cantikkan idea itu sampaikan Platini pun pening kepala.
Pada mulanya sukan bolasepak ialah hiburan untuk golongan buruh dan bawahan. Walaupun kelab dipunyai oleh pemilik kaya tapi ianya diketahui bahawa pemilik itu adalah peminat setia. Namun sedekad yang lalu kelab bolasepak dah jadi hobi baru Jutawan seluruh dunia termasuklah orang Malaysia juga. Dan sekarang jurang antara kelab kaya dan miskin dah jadi macam jurang ekonomi kat Malaysia juga. Yang kaya selalu memang dan balun pemain kelab miskin dengan cara yang tidak jujur.
Saya tahu Liverpool juga tak terkecuali tapi dengan adanya sistem Akademi kita nampak macam saham yang dah boleh tuai keuntungan, perangai nak kebas pemain lain dengan kotor dapat dielakkan. Disamping itu juga yang paling utama, kewangan kelab selamat jika Akademi hasilkan pemain untuk kesebelasan utama. Tak payah pening pening nak beli pemain dan habiskan gaji untuk pemain mahal macam Carroll, Downing dan Henderson. Bukan saya cakap tak perlu beli langsung, cuma beli yang benar-benar perlu dan yang penting bukan jenis tangkap muat.
Kalau FFP kelolaan UEFA lebih tegas dan tak beri peluang untuk sebarang cubaan mengilat dan manipulasi, kebangkitan Liverpool dari segi kewangan dan atas padang kita boleh nampak perubahan, walaupun tak sedrastik yang kita mahukan. Yang penting ialah dahulukan pembinaan Stadium baru jika mampu atau jika tidak kekal di Anfield cuma naik taraf kembali Anfield. Ikut cara Pasukan Meriam Buluh, cari penaja untuk nama Stadium baru selesai masalah.
nota kaki: Siapa ada komen atau nak perbetul fakta dialu-alukan. Sebab versi Liverpoolkita versi padat ringkas santai.
Yang pertama, saya nak komen apasal sejak kebelakangan ini tiada gambar2 menarik sebagai hiasan? Yang kedua, saya sangat2 tak setuju jika stadium baru atau yang ada sekarang ini menggunakan nama penaja. Nanti hilang jiwanya. :YNWA!
ReplyDeleteDapat jugak pasal info nie.thanks admin.lu memang terbaik sebab tolong gua perjelaskan peraturan nie.gua ade hadiah untuk lu.sekotak ubat stepler jenama max.bagi alamat untuk penghantaran ye.hahaha...ikhlas nie.
ReplyDelete