Suarez Terjun
Huth Pijak Suarez
Memang betul Suarez menjatuhkan badan dalam situasi yang tak patut. Tapi bagi saya bilamana undang-undang berat sebelah. Pemain bangsat macam Robert Huth lepas begitu saja kerana memijak dada Suarez. Andaian saya ialah pasukan kita terlalu bersabar dan Kapten macam pondan. Kalau zaman Greame Souness dulu saya ingat Huth mampos kena cekak leher dengan Kapten era 80an itu. Saya tak suruh kita main bangsat macam Stoke tapi bila situasi lawan cuba nak buli pemain lain, kena tunjukkan kapten kita ada telur. Ingat pengadil nak tolong. Kirim salam.
Keseluruhan kita mendominasi perlawanan. 63++ persen betapa menunjukkan pasukan kita bukan senang nak dibuli jika pasukan main elok-elok. Taktik negatif yang diterapkan oleh Tony Pullis dalam permainan Stoke, memang menjadi. Terjahan dan bentesan serta kekasaran lain perlu untuk melemahkan dan menakutkan pemain kita. Saya ingat dari 6 pemain mereka yang kena kad kuning, Huth, Adam dan Walters dibiarkan oleh pengadil main kotor dan pada saya mereka patut dapat lebih dari satu seorang dan semestinya tak patut berada atas padang.
Paling tidak kita boleh sumbat 3-4 biji gol. Nampak betapa gopohnya Suarez dan Johnson kerana peluang 2 pemain ini nampak paling cerah nak masuk. Percubaan kena palang dan tiang nampaknya masih berjangkit dari musim lepas. Ini bermakna unit serangan kita masih belum betul-betul sembuh dari penyakit lama. Kalau Brendan tak membawa masuk Demba Ba, Januari ini takada sebab beliau akan alami nasib sama macam Kenny ketika tak mahu beli Jelavic dulu. Demba Ba bagi saya paling praktikal dari segi kualiti dan harga kerana klausa kontrak 7.5 juta pound masih releven sebelum dia sain kontrak baru.
Nasib baik pemain muda kita tak menghampakan. Inilah pengubat duka lara melihat perkembangan pasukan yang amat memilukan. Bila duit takada inilah jadinya. Kena betul-betul harapkan pemain belia menguatkan pasukan. Salut banyak-banyak kepada Brendan yang tabah menghadapi tekanan kekakangan kewangan. Dengar kata dia nak jual pemain macam Downing, Enrique, Henderson dan Carroll kalau boleh Januari ini. Kalau tak ada siapa kelapaq bulan 1 ini musim depanlah nampaknya pembelian mengarut Kenny ini akan angkat bungkus. Sehingga itu kena guna juga mereka sebab takkan nak biar diorang hayun telur dan makan gaji buta.
ada juga nampak gerrad marah marah tapi kat refree lah,
ReplyDeleteaku rasa silap kita semalam satu jer, tak score
aku pon ralat apasalah liverpool tak beli Jelavic dulu uish!
Wisdom memang defen terbaik..
ReplyDelete