Keputusan kalah taklah menyakitkan hati jika kita anggap Piala Europa ini tak penting. Namun jika dilihat dari segi moral dan juga persediaan pasukan perkara ini adalah tidak wajar diterima sebagai tak mengapa. Setiap pemain yang memakai jersi berlambangkan burung Liver kena main bersungguh-sungguh tak kira apa pangkat mereka dalam pasukan samada mereka pilihan utama atau pemain simpanan. Brendan pernah mengkritik Downing dan Enrique tapi tak pula nak kritik Carragher yang sudah patut bersara. Pada saya dia masih boleh bermain tapi bukan dalam corak baru ini, tapi di kelab macam Stoke atau WBA.
Persembahan kedua-dua pasukan adalah setara, namun berbeza pendekatan. Keseluruhan Liverpool mendominasi perlawanan tapi Udinese bermain corak Azzuri yang susah dijangka dengan hantaran jauh tinggi rendah yang melemahkan bek kita yang dikepalai Kapten Carragher. Gol-gol Udinese dihasilkan melalui serangan pantas yang mengekploitasi ruang kosong antara bek tengah dan pemain tengah. Bukan pasangan Allen-Henderson tak berksesan tapi mereka tiada deria penangkis serangan macam Lucas. Konsentrasi yang agak lemah yang ditunjukkan sekalian unit pertahanan juga nampak terdedah untuk diambil kesempatan macam gol Di Natale dan Pasqual. Gol sindiri Coates pula bukan kesalahan individu tetapi dalam situasi 3 lawan 1 di udara, pilihan berisiko Coates adakalanya berjaya walaupun kali ini dia gagal.
Walaupun menghasilkan 2 gol namun unit serangan agak gopoh. Trio Assaidi-Borini-Downing boleh dikatakan gagal kerana tiada variasi macam trio Suso-Suarez-Sterling minggu lalu. Mereka tidak mengheret bek lawan untuk membuka ruang kepada pemain tengah untuk memasuki serta mengasak kubu lawan. Penggantian Henderson kepada Gerrard menjadikan komplikasi yang lebih teruk kerana patutnya Shelvey yang harus dikeluarkan . Ini kepada kerana terdapat 2 pemain yang sama corak permainan dan juga sama posisi ideal. Malah Henderson nampak lebih berdisplin daripada Shelvey samada dari segi hantaran mahupun asakan. Saya lebih suka jika Trio Assaidi-Pacheco-Suso kerana terdapat variasi, kiri menggelecek - tengah pegang bola dan buka permainan - kanan kreatif. Sebab kita dah faham yang konsep 4-3-3 tidak mementingkan peranan individu dan kalau ada itu kelebihan.
Sekarang Dalam kumpulan diketuai Anzi Macamchelaka dan Udinese ke-2 walaupun mata sama tapi beza perbandingan gol. Kesemua pasukan termasuk Young Boys masih releven dalam persaingan sebab ada lagi 4 perlawanan sebelum pusingan kedua. Walaupun Liga Europa jadi medan eksperimen untuk Brendan uji pemain muda dan pantau prestasi pemain senior, saya harap prestasi pasukan ditahap terbaik. Mereka ini macam pasukan Aksar Wataniah dalam perang. Kalau Rejimen Askar utama kehilangan ramai ,anggota maka Wataniah yang makan elaun buta dan latihan sana latihan sini, wajib kena turun medan perang lawan musuh.
kadang kadang pengurus kene berlaku adil, aku rasa tempat jones tu tak patut bagi kat reina biarlah bolos mcm mana pon...pasal turunkan keeper utama pon bolos jugak, kalah lagi plak tu...
ReplyDeleteaku antara yg tgk live pagi td...mata pon rabak ni...nasib keje shift petang...huhuh...ulasan game pg td, aku tgk liverpool mmg kuassai game,tp mati akal kt tengah....xde penyudah..carragher,aku tgk xsesuai nk main pass tiki-taka ni..mmg hampeh...gol yg bg lepas pon,udinese pki counter attack jek...skali skala serang dpt 3 biji...rindu kt lucas bile tgk game smlm...--jfkberger
ReplyDeletesama la bai..
ReplyDeletemata dh pdih ni bjaga pg td...
mmg ble mnang gme ni...nape la dia trun kan otai2.kn elok bg pamain2 cam lwn young boy ari tu.suso,sahin takde,mmg nmpk game huru hara.trun plak gerrard yg cam dh x brape nak main.klo kalah nih,sbb jones yg jadik keeper,aku leh trima...