Mar 17, 2013

LIVERPOOL 1-3 SOUTHAMPTON



Saya bukan marah kat Brendan Rodgers. Saya tahu dia memang bukan masta taktikal macam Rafa atau Houllier. Tapi perangai bebal tidak melakukan kerja rumah yang betul dengan terlalu merendahkan keupayaan lawan adalah kunci utama kekalahan kita. 2 pemain yang tidak patut berada dalam kesebelasan utama mungkin kita semua boleh agak siapa. Seorang botak dan seorang pendek. Padahal kalau Carragher atau Lucas main sejak awal saya rasa keputusan taklah seteruk ini. Kita boleh tengok separuh masa pertama Liverpool kena ayam dengan Soton kerana Allen tidak pandai nak jaga kawasan dan lari macam anak ayam kena lastik, kesana-kesini padahal lopong kat kawasan tengah.

Gol pertama mungkin adalah punca dari Johnson yang pemalas nak mencelen pemain no. 9, tapi Skrtel lembik macam rumpai kolagen nak bentes pemain Soton yang menjaringkan gol mudah. Jones juga bukan nak terjun, kot-kot mana tahu kena hujung kuku boleh juga keluar padang. Gol kedua memang punca Skrtel yang bukan nak tanduk bola tapi tangan tak boleh duduk diam menggagau pemain Soton. Sepakan Lambert yang tak bahaya jadi gol kerana tertampan peha Sturridge dan Jones telah mati langkah namun lambat mengagak arah sepakan. Namun kita disajikan dengan gol Coutinho yang mungkin kita anggap bakal menjadi pembuka semnagat untuk separuh kedua. Namun hatrik Skrtel sebagai punca gol lawan lengkap dengan mampu melihat Rodriguez berlari-lari sambil melakukan rembatan dan menjaringkan gol tepisan Jones.

Rumusan saya ialah Southampton mempunyai pengurus muda yang cerdik kerana dia mempergunakan kelebihan pemain sendiri  dengan banyak bermain bola tinggi serta melakukan asakan untuk memaksa pemain kita tak mampu menguasai bola, apatah lagi untuk melakukan serangan. Nasib mereka agak kurang baik dengan menang 3-1, kerana kalau mereka tak gopoh paling kurang 2-3 biji gol lagi mereka boleh sumbat. Manakala Liverpool pula mempunyai pengurus yang terlebih bijak kerana melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama dari perlawanan Spurs tempohari. Dia melakukan ujikaji yang berkeputusan gagal dan melingkupkan suasana keceriaan peminat sebelum ini.

Sesungguhnya kirim salamlah untuk ke Liga Juara-Juara Eropah dengan keputusan macam ini. Silap-silap nak ke Liga Europa pun nampak goyang kerana seteru terdekat, Everton dan Arsenal masing-masing makin jauh meninggalkan kita. Apakah kita nak selalu harap pasukan lain bakal kalah jika kita sendiri tak mampu nak jaga diri. Dari pemerhatian saya, kita sudah perlu memikirkan persedian musim depan dengan mencari pemain yang berkualiti untuk mengisi slot bek tengah menggantikan Carragher dan pemain tengah yang tahu mengelola aspek pertahanan untuk bekap kepada Lucas. 

8 perlawanan untuk diakhiri belum tentu 24 mata kita boleh dapat. Kerat bulu ketiak kalau Liverpool boleh maju ke tangga ke-4. Namun jika Brendan bermuhsabah diri dan merenung kembali kesilapan teknikal yang perlu beliau perbaiki, saya rasa kita boleh dapatkan kembali kehebatan untuk main cantik serta menang 3-4 biji gol. Ianya memang tak semudah dituturkan kata-kata dan ditaip dengan papan kekunci.  Secara jujur ikhlas saya masih menaruh kepercayaan yang Brendan mampu bawa Liverpool lebih jauh jika beliau belajar dari kesilapan yang berulang-ulang musim ini.


8 comments:

  1. gara2 nak letak sturridge, suarez, coutinho dlm satu team, habis midfield tergadai. tadi liverpool mcm tak control tengah mcm selalu, triangle tak jadi sebab suarez kurang selesa main AMF, jadi kalau tak main striker, dia ada kat mana2. taktikal tak menjadi, harapnya next game menang lah

    ReplyDelete
  2. melihat pada fizikal pemain southampton yang besar skrtel.rasanya ada fungsi kenapa perlu kekalkan carroll.trinity defend soton sungguh kebal sehingga sturridge hanya mampu main bola ke langit je.suarez tak usah cerita la teruk kena offside trap dan jerangkap samar player soton.

    liverpool main hoki sejujurnya semalam bukan main bola macam soton.ini dapat dilihat liverpool dapat bawak bola laju ke kawasan soton tapi mati pucuk untuk sumbat bola ke dalam gol.artur boruc jadikan gawang tu lebih kecik dari dia.defend semalam sungguh pincang glen johnson laju naik ke atas tapi lemah bertahan,kalau ada martin kelly keadaan tak kan jadi macam ni.skrtel dan agger mudah bocor hanya enrique yang main betul2. Tak boleh salahkan jones,dia bukan main 38 perlawanan semusim.

    joe allen ?? apa dia buat sampai bahagian tengah liverpool macam dilanda meteor semalam ?? aku rasa lucas leiva jauh lebih baik dan tenang.jay spearing mungkin tergelak terbahak bahak tengok angkuhnya brendan rodgers sampai loan kan dia ke bolton.kenapa lupakan sterling ?? kalau dia ada semalam tak mustahil dapat 1 mata

    ReplyDelete
  3. Smkin aq rindu pmain mcm kuyt. Brsmgt kwal tngah wlw xdpt skor sgt. Stabil sume game. Bola tggi pn no hal. Mcm mne leh jual aq xphm. Lihat bgaimna man u kekalkn giggs ngn scholes smpai kiamat. Lihat cmne dowang teng klau ktinggln..kuyt,maxi dn bellamy 1 kehilgn.

    Brng yg lps xleh nk kng. pglmn perlukn tmpoh. Tahukh berapa lama masa dperlukn utk jdkn kite stabil. Smpat ke nk tgu man utd gondol byk2 trofi? Rujuklah juventus.

    ReplyDelete
  4. baru semangat, da kalah balik,..
    bila nak konsisten nie,.

    ReplyDelete
  5. Kecewa dngan LIVERPOOL....saja nak abaq....

    ReplyDelete
  6. lucas ---> joe allen
    skrtel---> carragher

    ni la punca kehancuran semalam

    ReplyDelete
  7. Aku memang pantang pengurus bela anak ikan! cepat pergi oparate bahu tu he he!!

    ReplyDelete
  8. Nak kata apa dah, benda dah jd.. Jumpa Aston ni mau lebih konsisten..

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails