Karekter Owen dan kebolehan individu beliau adalah pemangkin utama musim trebel 2000/01. Sapu bersih semua trofi Piala Mickey, Piala FA dan Piala Europa. Tiada siapa boleh pertikai yang Owen adalah pemain yang selalu meletop dalam perlawanan besar. Itulah yang dikatakan ada rahmat kerana kecederaan si lejen Fowler. Gandingan dengan Heskey yang pemurah dan selalu lebihkan Owen untuk buat gol antara peyumbang kejayaan pemain ketot itu. Sampaikan Owen sekali lagi menjadi kebanggaan peminat Liverpool kerana dia mengatasi segala lejen-lejen Liverpool terdahulu menjadi pemain Liverpool pertama menggondol anugerah Pemain Terbaik Eropah tahun berikutnya.
Saya nak langkau tahun berikutnya dan pergi ke topik yang mengejutkan bagaimana Liverpool mengabaikan kontrak awal untuk Owen. Tak macam McManaman yang blah sebab Liverpool memang pasukan tak hebat di Eropah cuma hero kampung. Liverpool era Owen adalah Liverpool yang sedang mencanak naik dan boleh dikatakan dalam pembikinan kepada pasukan elit eropah. Jadi semua orang pening kenapa Owen masih sanggup belah ke Real Madrid padahal ditentu boleh main kesebelasan utama untuk bersaing dengan Ronaldo dan Raul. Ceritanya bermula kerana pengurusan Liverpool tak memberikan Owen kontrak awal setahun sebelum Real datang merisik.
Pemain yang mempunyai ambisi tinggi macam Owen malah Gerrard masing-masing sudah ada peminat mereka dikalangan kelab lain. Owen dengan Real dan Gerrard dengan Chelsea. Namun selepas Piala Dunia 2002 sepatutnya Liverpol memberikan kontrak yang panjang kepada Owen. Tapi semuanya telah terlambat kerana Liverpool hanya berjaya meyakinkan Gerrard namun gagal untuk memberikan persepsi dan plan jangka panjang Liverpool dalam perbincangan kontrak mereka. Carragher juga cerita dia pernah memujuk rakan karibnya itu, namun gagal kerana Owen nampak Real adalah batu loncatan kepada kegemilangan karier beliau yang mendatang.
Bagi peminat Liverpool sebenarnya tak kisah jika Owen mahu belah kerana pemain datang dan pergi, peminat boleh terima itu. Tapi memang hangin kerana mahu belah tapi kontrak tak mahu sain. Ini macam salah satu pensabotajan menurut peminat. Bagi Owen sediri atau ejen mereka nampak dengan tidak sambung kontrak cita-cita nak berambus dari Liverpool lebih mudah. Ya memang mudahlah bagi Real Madrid dengan liciknya masuk jarum. Real dengan rasminya membida Owen dengan 8juta pound dengan Nunez. Jumlah ini memang tak berbaloi bagi kita tapi tersangat untung bagi Real kerana mereka sepatutnya bayar kurang2 sekali ganda untuk pemain bertaraf dunia itu.
Macam cerita dongeng pula, tapi sumpahan peminat Liverpool memakan diri buat Owen, walaupun dia sangat bagus di Real sebagai pemain impak dibangku simpanan, namun kecderaan demi kecederaan menghimpit kerjaya beliau di Bernebeau. Ada cerita yang Owen amat rindukan Liverpool namun Rafa yang menggantikan Houllier tak hingin nak bawa pulang Owen dari semenanjung Iberia, bukan kerana sentimen peminat tapi kerana memang tidak berbaloi Owen dari segi gaji dan juga prospek kecederaan. Walaupun penngganti Owen dibawa masuk yakni Baros dan Cisse memang lagi hampeh dari Owen, namun mereka ini antara penyumbang kegemilangan Instanbul 2005.
Kerjaya Owen kian melingkup dan nasib baik Newcasle mahu jadi pak sanggup untuk menanggung Owen macam biawak hidup makan gaji buta. tak sila gaji beliau hampir 80K Pound seminggu di St James. Setelah Newcastle tak mampu nak bela kerana tak balik modal, mereka melepaskan Owen. Bahagian ini saya rasa amat memilukan peminat bila Owen sanggup ke Man U, padahal banyak kelab lain yang beratur nak dapatkan khidmat bekas penyerang England itu. Disinilah punca Owen dilabelkan pengkhianat dan setiap jasa beliau di Anfield telah dilupakan sama sekali dan sering diejek peminat.
Habis madu sepah dibuang. Ferguson terpaksa pula lepaskan Owen kerana dia sendiri dah tak tahan jadi macam rumah kebajikan dan tempat pemain pencen makan elaun. Nasib baik Stoke sain Owen sebab nak lariskan penjualan jersi kerana peminat dah bosan pakai jersi tulis Crouch, Etherington, Huth dan Delap. Kesian pun ada tapi nak gelak pun ada, bukan apa heran kenapa pemain yang dah kaya raya macam Owen nak main lagi dan pergi ke kelab yang tiada sejarah langsung. Dia dah patut bersaya selepas keluar dari Old Trafford, tapi mungkin Owen rasa dia masih berbisa dan masih ada peluang nak lawan Carragher. Kalau saya jadi dia baik main kat Timur Tengah atau Amerika lebih lumayan.
Apa yang saya nak perjelaskan disini bahawa cerita Owen dengan Liverpool macam air dicincang takkan putus. Seburuk mana perangai Owen dah buat pada Liverpool dan peminat dengan buat perangai adalah satu sejarah yang unik bagi kita. Kalau tiada makhluk yang bernama Owen mana mungkin Liverpool kembali menjadi gergasi Eropah awal millinium dulu. Dan pemergian beliau juga rahmat yang tersurat kerana kalaulah Owen kekal, adakah takdir untuk dapat Piala Eropah 2005 akan terjadi. Fikir-fikirkanlah dan satu lagi ianya suatu pengajaran buat pemain muda macam Kelly dan Sterling.
milan baros lagi hampeh dari owen ?? milan baros tak sesuai dengan taktikal rafa bro, milan ni perform era houllier saja macam bruno cheyrou.
ReplyDeletegaji 80 000 seminggu di st james park tu betul,masa tu owen antara top 10 penerima gaji pemain terbanyak di EPL.
owen salahkan liverpool sebab terlampau push dia masa dia muda.tapi kalau tak push nasib owen akan jadi macam krisztian nemeth,david ngog,neil mellor,ryan flynn,ray putteril,lauri dalla valle,dani pacheco
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteliverpool selamanya,.
ReplyDeleteynwa,.