Kelebihan digelanggang sendiri mungkin milik Soton. Tapi pasukan kita sekarang penuh semangat nak membelasah orang. Pelik bin hairan, semenjak kehadiran Coutinho Suarez nampak lebih konfiden menjolok bola masuk kedalam gol mungkin kerana tiada lagi bebanan untuk menjadi hero tamil macam separuh musim sebelum ini. Saya tak gusar dengan prestasi senyap sunyi Sturridge kerana beliau baru pulih dari cedera, namun bagi saya beliau menjadi baju kalis peluru kepada Suarez, dengan membuatkan bek lawan tak boleh menjaga Saurez setiap masa.
Sambil mengarang entri ini saya tengah dok layan perlawanan Piala Europa antara Fenerbache lawan Plzen. Saya lihat betapa ruginya kita melepaskan Kuyt kerana dia bukan merosot macam bekas pemain tua lain yang meninggalkan kita, tapi nampak lebih mantap dengan menjadi penggerak serangan Fenerbache. Apa boleh buat keengganan FSG untuk menggaji Kuyt yang dilihat antara pemain yang balun gaji dan elaun tinggi adalah faktor utama, bukan kerana Kuyt tak boleh main dalam sistem sekarang. Harap maklum.
Bersambung kembali dengan topik pra perlawanan dengan Soton. Kemungkinan untuk menang adalah dalam persen tertinggi, kerana kekuatan pasukan kita selama semenjak dua menjak ini bergantung kepada tahap kesihatan kesebelasan utama terkuat kita yang sentiasa sihat wal-afiat. Malangnya Reina yang masih 50-50 untuk diturunkan, tahap keboleharapan kepada Jones masih boleh dipertikaikan. Apa yang saya rasa patut Brendan terapkan untuk lawan Soton ialah jangan sesekali ambil mudah dengan kepantasan serangan balas Soton kerana itulah kunci utama kekuatan pasukan mereka.
Skor yang banyak mungkin boleh berlaku jika Soton main terbuka macam Wigan, tapi jangan harap sebab taktikal Pochettino yang lebih berjiwa kontinental nampak beliau akan main dengan menekan dan menghambat lawan dari mula bek kita memegang bola. dan bila dapat bola mereka akan melakukan serangan pantas dari sayap. Kita perlu menghadapi semua itu dengan tenang dan tawadduk serta kalau boleh main untuk mengekalkan penguasaan bola. Menang dengan main cantik dengan cara membelasah sampai 3-4 biji mungkin dalam fantasi setiap peminat. Namun bagi saya perlawanan ini akan sengit dan berkesudahan 1-0. Anda bagaimana?
mungkin score liverpool 1-0
ReplyDeleteharap2 lbih arr skit. .
predict 2-0
saya rasa lebih sbb liverpool sudah makin garang skrg .. countinho dtg mengubah corak dan taktikal yg liverpool ada mnyukarkan pasukan lawan utk membaca rentak perlawanan utk semntara ni, br kene ubah jg dan variasi kan rentak supaya pihak lawan terus keliru dgn corak serangan liverpool.. LIV 3 - Sotong 0 - cutetinho 10 -
ReplyDeletethe reds 4-2 soton
ReplyDelete- shah_2134 -
Soton 1-3 Liverpool
ReplyDeleteBudak Skema
liverpool 5-0 sotong kering,..
ReplyDelete-ayen-
SOTON 1 - 2 THE REDS
DeleteYNWA
Southampton 0 - 4 liverpool..
ReplyDeleteSuarez 2, gerrard 2..countiho assit 4..
-Mr. Shoot-
rekod pertahanan Liverpool mmg terbaik stakat nie, sket je bolos.
ReplyDeleteHarap2 lawan Soton lepas ni pn momentum kekal xkire la Srktel ke Carra yg jd partner Agger.
Aku bajet game nie Coutinho boleh score haha.
Lepas nih nk tgk chemistry serangan dari belah kanan plak.Bhgn kanan aku tengok lebih kepada counter attack.Pace yg Downing ada perlu digunakan sebaiknya, lg2 skang ni tgh perform.
Belah kiri, Enrique ngan Coutinho memang terbaik. Kalo Coutinho xmain, Assaidi aku tengok memang mampu dribble seperti Coutinho. bg ler die peluang kalo Liverpool dah leading dalam 2/3 gol.
aku bajet 3 bijik - 1 Soton.
-pokdin-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLiverpool 3-0 Sontot (Badang)
ReplyDeletesotong kering 2-4 liverpool
ReplyDeleteLiverpool 3-1 Soton
ReplyDeletehampeh...
ReplyDeleteagger ngan skertel dtg balik sengalnye.....
-shah_2134-