Kemenangan dengan Wigan walaupun dengan jaringan besar hanya sekadar suntikan semangat. Ianya belum membuktikan apa-apa kerana itu secara idealnya bukan setaraf dengan pasukan kita. Permainan kita nampak menarik kerana lawan tidak main secara pasif dan bertahan tahap Ultramen, malah Wigan menguasai permainan dan juga lebih ghairah melakukan serangan. Cuma bezanya ialah bila kita tidak mempersiakan peluang dan tiada kebolosan, maka keputusan pasti memihak kita.
Persembahan dengan Wigan amat berbeza seperti di Awal musim. Apa yang saya perasan ialah Brendan macam melonggarkan sedikit taktikal beliau dan membiarkan pemain utama mengekspressikan diri untuk menggunakan kebolehan individu. Kalau dah pakar hantar bola tinggi tapi cun macam Gerrard, buat apa nak lengahkan sampai 20 kali hantaran baru nak sampai kesasaran, biarlah hantaran itu nampak macam membazir tapi jika sampai tepat kesasaran maka implikasinya ialah peluang kepada penghasilan gol.
Dengan adanya Coutinho, dimensi serangan kita dah jadi berbeza. Kalau Suarez gemar mengelecek, Coutinho juga apa kurangnya. Namun Coutinho lebih cerdik kerana dia tidak ambil risiko kehilangan bola tetapi Suarez peduli hapa, mahu seluruh bek lawan dia nak goreng. Jika Sturridge cergas nanti lagi menarik jentera serangan dengan setiap pemain akan memberikan bek lawan migrain sepanjang perlawanan. Cuma setakat sekarang tahap kesefahaman masih belum utuh namun sikit masa lagi akan meletop cuma tunggu dan lihat.
Bagi saya Spurs tidak sekuat mana. Mereka cuma mengharapkan tulang empat kerat Bale sahaja untuk menyelamatkan mereka sekaligus mencipta kemenangan. Kalau tanpa gol-gol Bale silap haribulan kedudukan mereka lebih corot dari kita. Oleh itu kalau pemain kita menjaga rapat Bale dan tidak biar beliau melakukan percubaan, maka Spurs ibarat jantan hensem tapi mati pucuk, apa pun tak boleh. Pemain lain hanya cukup syarat, dan mereka tak mempunyai perancang hebat setelah kehilangan Van Der Vart dan Modric.
Untuk melaukkan Spurs sebagaimana Wigan, itu mungkin agak mustahil. Namun dengan momentum Swansea, Zenith dan Wigan, saya rasa kita berada dikedudukan terbaik dengan mentaliti kelas pertama. Keputusan untuk menang dengan Spurs tidaklah mudah namun bukannya sukar Bukan kerana kelebihan di Anfield, cuma pemain kita dah temui apa yang mereka cari selama ini iaitu sentuhan kemenangan. AVB pasti akan merasakan kelainan dan lebih bersedia kali ini walaupun mereka telah menapau kita di awal musim. Jadi inilah perlawanan yang dijangka paling sengit buat kita kali ini.
spurs ibarat jantan hensem tp mati pucuk. . .! hahahahahaahahhahaha. . !
ReplyDeleteHahahaha..kejam gile kate2 tu..hahahaha
Delete-Mr. Shoot-
the reds 3-spurs 2
ReplyDeleteLiverpool 2-0 Spuih!
ReplyDeletespurs dah lama tak kalah....
ReplyDeleteaku teka 2-1
Liverpool 3 - 0 jantan hensem tp mati pucuk..
ReplyDeleteHahahahahahahaha..
- Mr. Shoot -
Liverpool 2-1 CapAyam
ReplyDeleteMemandangkan Lennon injurt, kemenangan akan berpihak buat THE REDS 3-1 SPURS..
ReplyDelete-YNWA-
Bagi aku menang 1 0 dah puas hati giler2.
ReplyDeleteMenang penalti pn xpe.
Satu lg aku mmg xsuka dengar dlm news yg diorang dok bangga2 kan Bale. Mcm Bale nie dah jaring lebih 20 gol mcm Suarez.
Kasi tutup mulut sket itu diorang.
-pokdin-
liverpool 3-0 spurs
ReplyDeletemacam tak realistik tapi aku tau semua aku tembak takkan kene.
admin tutup jela blog ni klu da malas nak update buat penat je aku bukak
ReplyDeleteRelax bro..admin busy la tu..tp y pnting..admin akn update blog ni sblum plawanan..
DeleteYNWA..