Semak kepala dengan karenah Suarez, mungkin Brendan cuba mendapatkan penyerang lagi sementara stok masih ada. Sekarang Liverpool dah ada 4 penyerang utama termasuk Suarez. Memang secara idealnya 4 orang dah cukup kerana jika berlebihan pasti ada yang merungut akibat persaingan terlalu besar. Jika benar Diego Costa atau sesiapa sahaja yang bergelar penyerang dan bermain atas sekali dan reti masukkan bola kedalam jaring lawan, sedang dalam proses pembidaan, maka benarlah yang Suarez akan melingkup sebelum bulan September menjelma.
Namun jika nak jual pemain kontroversi yang nak dibeli pun perangai Anak Hantu juga. Saya maksudkan Diego Costa. Walaupun individu ini nampak hebat di atas padang namun perangai buruk beliau begitu ketara pailangnya. Meludah penonton, menyiku lawan serta hantuk kepala serta banyak lagi perangai samseng budak Brazil ini. Saya tak mahu pemain hibrid Joey Barton dan El Haji Diouf menjadi pemain pengganti Suarez. Sudah cukup sudah Liverpool menanggung azab cercaan untuk melindungi pemain perangai hampeh, tengok lah nanti macam melepaskan anjing tersepit bila kaki dah sihat, telur tuan kena gigit.
Carilah alternatif lain dengan jumlah 20juta itu. Ramai lagi diluar sana pemain yang lebih bersopan dan mantap walaupun muka mereka hitam legam macam Bilal Bin Rabbah.Dan saya harap bidaan pemain ini sekadar hangat-hangat taik ayam, sebab menurut pihak Atletico Madrid mereka belum terima bidaan rasmi. Yang tak rasmi mungkin disebabkan ejen Costa yang membuat spekulasi dek kerana kliennya dah panas pungkur tiada tempat dalam kesebelasan utama dengan kedatangan David Villa dari Barcelona. Lagipun tak berbaloi dengan harga jika tengok statistik dibawah.
Liverpool kena cari pemain hebat dimana pada zaman persekolahannya memegang jawatan Ketua Pengawas. :YNWA!
ReplyDeleteadmin takde contoh lain ke selain nak kait nama sahabat nabi..
ReplyDeleteianya memang hakikat..tapi ambillah contoh lain..kan ramai..