Ketidakpuashatian adalah lumrah alam. Sistem lama bolasepak pengadil adalah hakim dan beliau boleh membuatkan pasukan hebat jadi siyal dan pasukan bangang boleh buat kejutan. Memanglah beliau sangat teliti tapi mata manuasia dan akal ada had keupayaan. Sebab itulah setelah didesak dan terdesak, pihak FA Inggeris telah menggunakan teknologi garisan gol oleh syarikat kroni siapa ntah yang bernama Hawkeye. Sistem ini telah diuji bertahun dah dan kita boleh tengok sukan tennis dah lama pakai teknologi yang nampaknya mengurangkan pertikaian.
Liverpool pernah dulu terbabit dengan insiden Gol Hantu jaringan Luis Garcia. Sampai ke mati pun peminat Chelsea takkan lupakan cerita epik itu.Mereka anggap ketidakadilan itulah meyebabkan mereka tewas untuk menang Piala Liga Juara-Juara 2005. Tapi apa boleh buat, bukan rezeki mereka. Semalam Liverpool menjadi pasukan pertama dalam Liga Perdana menggunakan teknologi itu. Hasilnya tendangan Henderson yang ditepis Bergovic tak menerjah jaring, walaupun kita nampak Henderson dan pemain Liverpool lain taknak klaim pun bola masuk atau tidak.
Cuma satu yang saya nak Liverpool sendiri cari satu teknologi yang paling canggih, bagaimana nak bagi pemain Liverpool boleh masukkan gol dalam jaring dengan sekali percubaan. Letih betul tengok sampai berpuluh-puluh kali percubaan asyik tepat kena goli lawan, tiang, palang dan juga terbang kelaut.
"apabila angin meniup bola ke sg.mersey,liverpool boleh melupakan juara tahun ini",YNWA.
ReplyDelete