Dah dijangka Stoke tetap Stoke. Mereka tak boleh kikis imej permainan Ragbi mereka. Mark Hughes tahu, dengan majoriti pemain sedia ada legasi yang disekolahkan oleh Tony Pulis, apadaya beliau untuk main bolasepak seksi macam Liverpool. Dia mampu bermain kata-kata untuk sedapkan hati peminat, padahal Tony Pulis memang menjadi pengurus lagenda untuk Stoke. Walaupun mereka cuba gagahi untuk melakukan hantaran-demi hantaran namun bukan bakat semulajadi pasukan mereka untuk bertiki-taka.
Kemenangan dengan Stoke cuma memberikan kelegaan bukannya kepuasan penuh. Walaupun gembira selepas wisel penamat ditiup namun selama 95 minit, segala organ dalaman terasa tak keruan. Jantung macam nak putus dan perut meloya-loya, kerana menanggung panik dan kecewa dek kerana permainan yang begitu dramatik. Apatidaknya hampir berbelas-belas percubaan yang masuk hanya sebiji dan paling kamjad, Agger main pegang-pegang bola kasi penalti. Pasukan kita meamng selalu tak bertuah nak jolok gol-banyak-banyak tapi bertuah ada goli hebat macam Mignolet.
Saya tak salahkan pemain atau Brendan kerana ketidakbolehharapan depan pintu gol. Faktor hujan yang menyebabkan padang licin serta Asmir Begovic yang cemerlang antara alasan kukuh kita hanya mampu meledak sebiji gol dari Sturridge. Lagipun Stoke memang takkan bagi peluang kita nak membuli mereka walaupun mendominasi sejak dari minit pertama sepak mula. Apa yang kurang dari pasukan kita ialah memanafaatkan peluang. Yang lain bagi saya dah kira mantap serba-serbi walaupun tak sesempurna yang digembar-gemburkan.
Kalau main dengan Stoke, tak ada kes gaduh dan kontroversi tak sah. Musim lepas, Suarez kena pijak perut dengan Robert Huth. Musim ni Lucas pula kena penampar jepun dengan Nzozi kerana nak membela budak kampungnya, Coutinho yang dibuli. Nasib baik Lucas jenis penyabar , kalau Suarez yang kena mungkin Nzozi hanya bakal tinggal tulang dan tali perut saja dibaham beliau. Insiden ini berlaku dekat dengan pengadil tapi apakan daya pihak Liverpool tak mahu panjangkan kes. Teknologi garisan gol telah memperkenalkan dan ianya memang memberikan keadilan kerana mata penjaga garisan kadang-kadang tak berapa nampak.
Saya nak selit sedikit yang kehadiran Suarez ke Anfield disambut baik oleh peminat. Ramai yang masih terluka dengan perbuatan beliau yang meminta dilepaskan. Tapi hampir majoriti peminat Liverpool jenis pemaaf dan lembut hati. Pemohonan maaf Suarez kepada rakan-rakan dan pengurus adalah kemenagan awal bagi Liverpool, namun beliau kena buktikan dengan kesetiaan tak berbelah bagi bila penggantungan beliau tamat. Tapi dipihak kita mungkin dah seleasai, namun kena berjaga-jaga dengan dengan Arsenal yang takkan duduk diam setelah dibalun oleh Aston Villa 3-1 sebentar tadi.
Dalam berpuluh-puluh peserta teka keputusan, 3 orang berjaya meneka tepat. Tahniah buat "Stan", "Aleym" dan "DiDi Laborteaux" kerana mempunyai ilmu kasyaf setaraf Nostadomus untuk meneka keputusan 1-0. Saya sendiri pun bajet Liverpool boleh menang lebih dari 1 gol, tapi takdir tertulis yang 3 orang saja dari lebih 30 yang bernasib baik. Bagi komrad-komrad yang lain jangan putus asa ada 37 perlawanan lagi, cuba lagi lain kali sebab pemenang edisi lepas hanya dapat 3 tekaan betul bersamaan 9 mata.
mignolet memang power habis.
ReplyDeletePemain liverpool ni kena mndi bunga .. Badi musim lepas x hilang lagi ni..
ReplyDeleteMignolet hero semalam !
kalau suarez belah itu tak jd masalah..tengok sampai january apa yng kurang..liverpool bole beli pemain dengan bajit jual suarez..now tengok dlu sparuh musim mcm mana liv main dgan adanya aspas alberto strling sturige borini ilb cutinho..
ReplyDeletegol yang masuk tu..tendangan jarak jauh..lain kali pemain kena ingat..jika ada peluang..jangan lagi teragak-agak..rembat saje dari jauh..ni dah depan mulut gol..terkekeh..kekeh..passing sana sini...kekadang jege..para pemain agak leha....lalai..samapi bola hampir dirodok oleh lawan..saat itu baru nak passing..cube le belajar dari pasukan atasan..macam mana pemain mereka rembat.minggu depan aston villa dok tunggu...kalau main macam semalam..akan kena ratah..hancuss..
ReplyDeleteaston vila memang slalu jadi igauaan mimpi kepada tim yang top..so liverpool harus waspada,arsnal pun dah kna balun..skrg smngat mereka memang kuat utk mnjahanam kan team kita ni..harap2 jgn lah mcm asnal.
ReplyDeleteAku nie bru prtma kli join kuiz nie xsgka pulak btol...hahaha...
ReplyDeleteAleym Endap support the Reds forever..