Perlawanan dengan Villa hampir keseluruhan sama dengan skrip Stoke cuma dalam versi permainan lebih berhati-hati kerana main digelanggang lawan. 2 hero utama dalam perlawanan Stoke sekali lagi menjadi asbab membolehkan kita pulang dari daerah Birmimgham dengan 3 mata. Sturridge hero utama menjaringkan goltunggal perlawanan dan Mignolet menidakkan Villa untuk membolosi gawang kita. Jadi serbasalah nak bagi siapa kredit utama. Namun keseluruhan saya salut seluruh yang terlibat dalam keluarga Liverpool,dari pengurus, pemain, jurulatih, tukang bancuh air dan peminat yang hadir ke Villa Park dengan jumlah yang ramai.
Jangan seronok sangat dengan kemenangan, kerana kerja keras perlu diteruskan. Banyak kurap dan panau masih melekat walaupun permulaan yang nampak baik tapi kita tersangat-sangatlah bernasib baik untuk melepasi ujian Villa yang tersangat perit dihadapi oleh pasukan lain. Persefahaman sepasukan untuk gol Sturridge memang cun tapi masih belum sempurna kerana banyak gerakan tak dapat dibaca oleh rakan dan terkantoi ditengah jalan. Hanya seorang pemain yang membuatkan saya gelisah dengan permainan yang agak merosot yakni Lucas leiva. Saya rasa dia perlukan saingan macam Enrique untuk mengembalikan jatidiri.
Perlawanan dengan Stoke dan Villa bukan ukuran sebenar bahwa kita dah makin hebat dan mampu bersaingan dengan kumpulan elit. Sebab utama ialah pasukan kita tak mampu nak kekalkan momentum sehingga tamat perlawanan dan nampak kian mandom dan lemau diakhir perlawanan. Itu bukan petanda baik kerana dengan dengan pasukan kuat kita takkan diberikan peluang dari minit pertama hingga wisel penamat ditiupkan. Kita jangan lupa bahwa minggu depan adalah cabaran getir bila bertemu Setan Merah di Anfield. Macam-macam boleh jadi.
Mignolet mmng power malam tu..
ReplyDeletebek villa buat kelakar semalam..entah berapa kali coutinho sturridge dengan aspas main batu sesorang je tapi dapat 1 gol..enrique buat weimann main macam belah kiri padang bapak weimann..lucas time lawan stoke power tapi semalam agak risau tengok..tapi semalam yang paling power toure..benteke tu selamba je dia simpan poket
ReplyDeleteRumusan BPL 2013-2014
ReplyDeleteAssallammualaikum Semua...
Saya ingin membuat sedikit rumusan tentang 6 team terbaik.
Minggu ini sudah game kedua semua pasukan.
1. Man utd = Ferguson telah memberi peluang untuk moyes bertugas sebagai orang no1 di utd. Dari pandangan saya sebagai pemerhati moyes mempunyai kerja yang sukar kerana perbedaan antara everton dan man utd.
Kerana setiap musim everton punya KPI ialah hanya duduk di 10 team teratas, berbanding dengan utd iaitu untuk menjadi juara setiap musim. Ada pakar bola sepak megatakan bahawa man utd tidak akan jatuh teruk kerana fergusun sudah bentuk man utd sedekat lamanya.
pada dasarnya saya sokong kenyataan beliau.
Peluang = Man Utd untuk kekal juara masih ada.
2. Man City = Perginya era mancini dan datangnya era pelegrini satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah eksperimen. Semasa pemerintahan pelegrini di Real Madrid & malaga beliau sangat boros dalam bebelanja pemain tetapi hasilnya kurang menampakkan kesan.
Terapi apa yang boleh dibanggakan dengan pelegrini hanyalah kekuatan kewangan untuk beliau rebut kejuaraan kali ini. Untuk pelegrini tiada harapan tinggi menggunung kerana tahun pertama beliau dalam BPL.
Peluang = Man City masih kekal sebagai calon juara.
3. Chelsea = Kembalinya the special one dalam kancah BPL sangat ditunggu-tunggu oleh semua peminat BPL kerana gelagat beliau dalam setiap perlawan mencuri perhatian semua. Apa yang boleh dirumuskan ialah taktikal Maurinho selalunya menjadi.
Tak dinafikan dia antara pengurus yang terbaik dunia. Dengan pembelian pemain-pemain muda yang sangat berbakat seperti hazard,mata,oscar pastinya menjadi pemain kunci untuk chelsea pada kali ini. Krisis yang ketara bagi chelsea ialah penyerang yang ketandusan jaringan
hanya berharap pada pemain tengah dan juga sayap menjadi penjaring gol. Nampak mereka masih merasai kehilangan drogba.
Peluang = Chelsea masih kekal sebagai calon juara.
4. Arsenal = Wenger dalam keresahan kerana diawal musim kehilangan pemain-pemain utama dalam pasukannya. Ketiadaan arteta dan juga chembelin sungguh merisaukan para peminat arsenal. Wenger kekal sebagai pengurus walaupun begitu lama tidak mambawa sebarang piala. Kenapa mereka masih kekalkan wanger?
Jawapannya ialah wenger masih lagi releven untuk arsenal. Bukan wenger tak nak beli pemain tetapi pemain yang tidak ingin sertai arsenal. Arsenal masih perlulakukan penjenamaan semula pasukan untuk mendapatkan impak yang besar pada pasukan.
Peluang = Arsenal calon juara mungkin tidak tetapi untuk kekal sebagai top 4 masih ada.
5. Liverpool = Brendan rodgers telah melakukan perubahan taktikal pada pasukan liverpool jika anda melihat pada perlawanan liverpool semenjak pengambilalihan rodgers adalah passing dan move ala tiki-taka. Liverpool melakukan polisi pembelian yang baru iaitu haruslah membeli pemain bawah 25 tahun.
Mungkin Rodgers mempunyai falsafah sendiri dengan taktikal yang diterapkan untuk pasukannya itu. Permainan pasukan liverpool sangat meyakinkan bagi dua game awal. Tetapi dalam bola sepak apa daja boleh terjadi. Rodgers harus bekerja kuat untuk memastikan bintang mereka iaitu Suarez kekal untuk bersaing dalam merebut top 4 tahun ini.
Peluang = Liverpool kemungkinan besar mampu bermain champions league musim depan ,top 4 releven.
6. Tottenham = Kehilangan bale mungkin boleh merebahkan spurs musim ini. Dengan pembelian besar-besaran musim ini belum tentu dapat menampal lobang yang ditinggalkan bale. AVB sangat positif dengan pasukannya walaupun dia tahu harapan besar peminat padanya musim ini. Soldado mungkin akan merubah spurs musim ini dengan cacatan jaringan yang bagus.
Peluang = Tottenham kemungkinan besar mampu bermain champions league musim depan ,top 4 releven.
Hanya sekadar pendapat...
Pendapat anda boleh dikongsi bersama
ulasan mantap..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAnonymousAugust 25, 2013 at 7:21 PM
ReplyDeleteawak sendri sokong kelab mana?
kebebasan bersuara...
ReplyDelete