Kesian pemain Liverpool, mereka tiada pesta dan sambutan Krismas untuk kali ini. Boleh kata Krismas ditangguhkan bagi mereka. Latihan diteruskan seperti biasa malah lebih keras lagi bagi menghadapi lawan yang saya rasa lebih gempak pernah kita hadapi sebelum ini. Sebagai pelawat, pasukan kita mungkin akan lebih berhati-hati. Namun jika Man City main macam lawan Arsenal, saya rasa peluang kita nak menang cerah.
Jangan terkejut kerana pasukan kita memang bersedia dengan pasukan yang main menyerang. Sebab kita boleh buat serangan balas yang berikan pukulan maut jika gunakan kelebihan Suarez dan Sterling yang akan berada disayap. Saya tak nampak Man Ciy akan jadi macam Spurs terkoya-koya kena main dengan Allen-Hendo dan Coutinho. Cuma jika trio mereka dapat hasilkan sekelumit peluang buat Suarez dan Sterling, itu dah kira cukup. Suarez tak mustahil boleh robek kubu City, namun peranan pemain lain ialah cuba tarik perhatian bek lawan dari tertumpu kepada Suarez.
Kekuatan Man City mungkin sedikit terjejas dengan kecederaan Kun Aguero. Kelicikan beliau banyak kali bagi palat dekat kita musim lepas. Gandingan Negredo dan Dzeko mungkin tak berbahaya namun mereka dua ni boleh buat kacau-bilau jika hantaran-hantaran yang baik dihantar oleh pemain tengah. Tugasan Lucas-Hendo-Allen paling penting dalam situasi untuk memecah belahkan kepintaran bahagian tengah Man City yang diketuai oleh Yaya, Fernandinho , Nasri dan Silva.
Barisan pertahanan kita sudah makin mantap namun masih dalam pembikinan kearah bolos sifar. Tapi berita sedih baru kejap tadi, Flanno bakal berehat dimalam buka kotak, akibat kecederaan. Walaupun masih 50-50, saya yakin Flanno tak main dan minta simpang Cissokho yang jadi ganti. Bek kiri mungkin diberikan kepada GlenJo dan Kelly akan kesebelah kanan. Dibahagian tengah tak pasti samada Sakho-Skrtel tau Sakho -Agger. Tapi bagi lawan City, pemain cerdik macam Agger lebih langsi dari Skrtel yang kaki serbu.
Ramai peminat sedang gembira bila Chelsea berjaya mengekang Arsenal dan pasukan kita dipersada Liga walaupun angkuh hanya dengan kelebihan jaringan. Kalau imbas balik awal musim, cuba bagitahu saya siapa yang pernah sebut Liverpool boleh berada dalam situasi sekarang. Ini bermakna penambahbaikan yang dibawa oleh Brendan nampak dah tuaikan hasil. Cuma satu perkara ialah Brendan jangan hilang punca macam kes Rafa pada musim 2008/09. Lakukan yang terbaik masa lawan Man City dan apapun keputusannya, kita mahu perlawanan itu diingati sebagai perlawanan terhebat untuk tahun 2013.
Harap tuah menyebelahi liverpool...
ReplyDeleteMan siti 1 - 2 liverpool
Man City 2-3 Liverpool
ReplyDeleteman c 1-3 liverpool
ReplyDeleteMan City 1-2 Liverpool #YNWA!
ReplyDeleteHnya pd Allah jak kta brhrp..isnya allah meng liv 3-2 city...aleym
ReplyDeleteliv 4-1 city
ReplyDelete>ayen<
Pesta gol liv 4 - man city 3
ReplyDeleteZam
Man city 2-2 liverpool
ReplyDeleteKargo10
admin,kau bagi ceria sikit blog nie bleh?pembaca dah makin ramai.sabah pun ade nie.memang terbaik lah...
ReplyDeleteSiti Sifir 0-2 Liverpool
ceria camne bro?
Deleteyelah,grafik tu bagi mantap sikit.tapi jangan lah terlampau bling2 sangat.ade kaler2 sikit.warna merah ke.banyak sikit drop down menu nye.ade gambar player ke.gambar stadium ke.ade merchandise yang nak dijual ke.contoh je semua nie.tak pun masukkan senarai lembaga pengarah liverpoolkita.mane lah tau kan.senang cite,ambik contoh blog RABUNMERAH dengan Liverpool FC Malaysia.kan nampak mantap je tu.info blog nie adalah yang paling terbaik.yang tu memang aku tabik spring punye.
DeleteLiv 1-0 mcity
ReplyDeletekonpiden pesta kerismas liverpool . 5-0 men siti.. cute-tinho 10
ReplyDeleteKalau kali ni Liverpool main megah dan gagah saya yakin 3 mata akan dibawa pulang. City 1-2 Liverpool.
ReplyDelete-Rajamerseyside-
liv 1 man city 0
ReplyDeleteAsfardy Sanusi
man city 0-1 liverpool
ReplyDeleteSy rasa seri 1 - 1. Sbb tahap momentum kedua2 pasukan sdg sama2 meningkat
ReplyDeleteman city 1-1 liverpool
ReplyDelete-msw
Man City 0-2 Liverpool
ReplyDeleteSebab Man City ngan Liver kawan. So mohon menang 2 gol cukup la Insya-ALLAH.
-Sendoh
harap defend main cantik mlm ni..
ReplyDeletesuarez dh tentu kne marking awal2..
bole menang klo klo smua tak main gabra mcm lwn arsengal..
The Reds 3-Cik City 1
-shah_2134-
man city 1 - 2 liverpool
ReplyDelete- azlan 86 -
Mc 2-2 Lvp
ReplyDelete-stan-
Liv 1-1 Mak Siti
ReplyDeleteLiverpool 4 -2 man city
ReplyDelete-Ayhku-