Saya tengok selain dari gol Suarez dan Sterling, Liverpool mempunyai banyak juga peluang. Ini petanda positif, dan pasukan kita kena pastikan apa yang mereka buat ketika lawan Norwich berterusan. Boleh dikatakan kemasukan Agger menggantikan Toure memberikan sedikit kesegaran dari segi penguasaan bola kerana Agger nampak lebih yakin memegang bola berbanding Toure. Allen nampak ada sedikit gugup dan adakalanya nampak senang dibuli lawan tetapi dia keseluruhan ada peningkatan. Kombinasi Henderson, Coutinho dan Sterling banyak membantu Suarez dan saya yakin Moses bakal rehat lebih lama lepas ini. Kapten Gerrard paling tak bernasib baik kerana beberpa peluang tersasar sipi.
Cara Hull dan Norwich menghadapi pasukan kita jauh berbeza, Pasukan Hull bukan bahaya sangat tapi mereka cukup bernasib baik, tetapi Norwich pula tak bernasib baik kerana mereka sudah lupa dengan amcaman Suarez. Lagi satu persediaan Brendan begitu ngam dengan meletakkan kesebelasan seimbang. Kita amat berharap Brendan tak buat hal nak berekperimen sangat kerana kesebelasan sekarang dah cun. Namun berilah peluang buat Sakho beraksi untuk memberi can Skrtel berehat pula.
bagi aku la.. 10 minit terakhir tu brendo dh patut bg aspas main. sbb kedudukan dh selesa.. lg 1 mana jordan ibe? brendo bley try gantikan ibe dengan henderson.. ynwa!!!
ReplyDeletex phm aku. Ikut BR ,Sterling utk skrg, Ibe fot future. Tp sterling still long-long to go. Kena dptkan best quality winger & boleh cope fizikal EPL utk Jan trans window.
Deletebetul tu, patut bagi 10 atau 15 minit terakhir kat aspas main...sekurang2 dia boleh build up momentum...aku cukup risau kalau Suarez cedera yang masuk aspas yang dah bekarat dek lama teperap dalam garage...
ReplyDelete1 minit terakhir, kejam tu... kalau kata nak lengahkan permainan dah 5-1 dah..
overall keputusan yang bagus tapi aku tak mau dibuai mimpi lagi...lepas ni spurs, city dan chelsea semuanya away... harap harap kita masih bertahan diposisi 4 akhir disember ni...