Mar 29, 2013

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Ingat lagi bagaimana Aston Villa mengamuk di Anfield. Sukar untuk dilupakan perlawanan malam itu. Villa hanya memerlukan Benteke untuk melingkupkan pertahanan Liverpool yang penuh kealpaan. Itu sebabnya saya rasa pertembungan kali ke-2 di Villa Park bakal mengorek luka yang baru terguris di tangan Southampton. Walaupun kita memang main terbaek malam itu dengan menguasai permainan dengan hantaran kemas, cantik dan mengghairahkan, namun Villa nampak lebih macho serta konfiden, sekali serang dapat gol, sekali serang bocor lagi gol kita dan boleh kira berapa kalis aja serangan yang mereka lakukan untuk menghasilkan sampai 3 gol.

Saya yakin dengan keupayaan Liverpool dari segi kehebatan penyerang, corak permainan dan semnagat untuk menang. Tapi itu belum cukup untuk bertempur dengan pasukan yang sedang berada dalam situasi terdesak untuk keluar dari zon penyingkiran. Macam Soton tempohari, Villa pastinya akan bermain dengan 110% keupayaan. Apa yang penting ialah konsentrasi sepanjang perlawanan dan jangan padang hina kepada kelab bawahan. Jangan risau walaupun Villa ada rekod cemerlang di Anfield tetapi pasukan mereka banyak kelemahan berbanding keupayaan. Untuk memanipulasi kelemahan Villa, pasukan kita juga perlukan gol awal kerana kebelakangan ini jika kita dapat gol awal, maka alamat kena bahamlah pasukan itu.

Siapa bermain itu hak Brendan, dia tahu apa yang dia buat dan bertanggungjawab untuk segalanya. tetapi bagi saya yang terpaling penting Suarez paling perlu direhatkan, paling tidak simpan dulu sebagai pemain impak. Itu opsyen sahaja kerana jika Brendan tak kisah risiko kecederaan dan kepenatan untuk mengejar tempat ke Eropah, Suarez terpaksa turun juga  bergandingan dengan Sturridge. Berita gembira adalah kembalinya Carragher dan Reina tetapi berita sedih kepada Skrtel dan Jones yang mungkin akan kembali ke takhta bangku simpanan yang memang layak untuk mereka. Kesebelasan utama lain boleh dijangka dengan Downing, Coutinho, Lucas, Gerrard, Agger, Johnson dan Enrique menjadi pilihan.

Sebagaimana pun berhati-hati pasukan kita untuk mengelak keputusan lalu berulang, saya masih yakin pasukan kita bakal menjinakkan Villa. Ini bukan kerana saya mendapat sesuatu alamat dari mimpi tetapi perasaan yakin dan konfiden datang tiba-tiba. Mungkin keadaan awal musim dah tak sama dengan sekarang. Villa lebih terdesak dan mereka pasti akan bermain gopoh dan terlalu nak menang. Lagipun pasukan yang majoriti anak muda dalam kesebelasan utama masih banyak kekurangan dari segi menyerap tekanan, tak seperti awal musim yang mereka lebih tenang dan rileks. Jadi saya rasa paling koman kita boleh menang 2-1 dan masih membuka peluang maju ke pentas Eropah. Anda bagaimana? Teka jangan tak teka.

Mar 23, 2013

MASA DEPAN ENGLAND DITANGAN LIVERPOOL

Musim suram Liverpool nampaknya bukan bermakna suram untuk England. Kalau kita buat formasi bagi pemain senior dan muda tidak termasuk goli, maka boleh dikatakan lengkap untuk untuk setiap posisi.

Johnson Wisdom (Kelly) Robinson
Henderson  Gerrard Shelvey
Sterling Sturridge  (Downing)

Nampak macam menarik bukan. Tolak Johnson, Gerrard dan Downing,  7 pemain lain adalah masadepan Liverpool dan England. Jatuh bangun mereka semua sedikit sebanyak akan mencorakkan bagaimana sejarah Liverpool bakal terukhir. Pemain tua macam Gerrard dan Johnson ajangan ceritalah mereka sudah berada ditahap lejen England, zaman kejatuhan mereka hanya beberapa selekoh dihadapan. Paling kuat mungkin hanya sempat untuk Piala Dunia 2014 di Brazil dan selepas itu mereka akan pencen sendiri diarena antarabangsa. Maka dengan itu 7 budak muda inilah yang perlu diperhatikan dan dimantapkan dengan acuan menjadi pelapis terbaik england.

Saya tak tonton pun perlawanan bawah 21 England lawan Romania baru-baru ini. Tapi melalui berita, prestasi Henderson, Sterling, Shelvey, Wisdom dan Robinson boleh dikatakan dapat pujian ramai. Nasib baik Kelly masih cedera dan Flanagan tidak terpanggil, mungkalu tidak majoriti skuad remaja England itu dimonopoli oleh kita. Buat masa sekarang hanya Kelly dan Henderson serta Sterling yang bakal naik ke skuda senior. Ini bukan andaian kosong, tapi pemilihan Henderson dan Kelly ke Piala Eropah 2012 adalah tanda-tanda awal. Sterling punyai masa depan walaupun banyak pesaing seangkatan seperti Chamberlain dan Zaha. Shelvey ,Wisdom dan Robinson ada potensi cerah namun jauh lagi perjalanan mereka.

Menjadi pemain utama England merupakan kebanggaan kepada pemain remaja kita. Tapi jangan bangga diri macam Pak Cik Owen yang baru saya ceritakan sebelum ini. Bila nama meletup selepas Piala Dunia dah besar kepala. Saya harap Hodgson atau Pearce bukan memilih pemain kita kerana mereka main dengan kelab besar tapi saya harap mereka dipanggil atas dasar merit. Bukan apa bila penyakit syok sendiri dah datang, susah nak ubat. Salah seorang pemain yang hampir kena penyakit itu adalah Sterling. Kan sekarang boleh tengok prestasi beliau kian tenggelam. Biar naik perlahan-lahan jatuh pun tak sakit, tapi kalau naik laju turun pun laju, akibatnya menyakitkan.

Mar 20, 2013

PENGAKHIRAN YANG SEDIH BUAT OWEN

Mungkin ramai yang tak ambil pot tentang berita tentang Owen. Tambahan lagi dilabel pengkhianat kerana sanggup sertai musuh tradisi Man U. Namun berita beliau akan bersara hujung musim ini menarik minat saya. Secara jujur, saya antara peminat Owen sejak penampilan awal beliau. Secara tiba-tiba watak yang mengembalikan keceriaan kepada peminat Liverpool muncul dari entah mana. Beliau menjadi ikon segera yang menenggelamkan populariti semasa Fowler si lejen. Paling meletup ialah semasa Piala Dunia 1998, bilamana Owen membanggakan peminat Liverpool yang menjadi kejelesan peminat lain termasuk Man U.

Karekter Owen dan kebolehan individu beliau adalah pemangkin utama musim trebel 2000/01. Sapu bersih semua trofi Piala Mickey, Piala FA dan Piala Europa. Tiada siapa boleh pertikai yang Owen adalah pemain yang selalu meletop dalam perlawanan besar. Itulah yang dikatakan ada rahmat kerana kecederaan si lejen Fowler. Gandingan dengan Heskey yang pemurah dan selalu lebihkan Owen untuk buat gol antara peyumbang kejayaan pemain ketot itu. Sampaikan Owen sekali lagi menjadi kebanggaan peminat Liverpool kerana dia mengatasi segala lejen-lejen Liverpool terdahulu menjadi pemain Liverpool pertama menggondol anugerah Pemain Terbaik Eropah tahun berikutnya.

Saya nak langkau tahun berikutnya dan pergi ke topik yang mengejutkan bagaimana Liverpool mengabaikan kontrak awal untuk Owen. Tak macam McManaman yang blah sebab Liverpool memang pasukan tak hebat di Eropah cuma hero kampung. Liverpool era Owen adalah Liverpool yang sedang mencanak naik dan boleh dikatakan dalam pembikinan kepada  pasukan elit eropah. Jadi semua orang pening kenapa Owen masih sanggup belah ke Real Madrid padahal ditentu boleh main kesebelasan utama untuk bersaing dengan Ronaldo dan Raul. Ceritanya bermula kerana pengurusan Liverpool tak memberikan Owen kontrak awal setahun sebelum Real datang merisik.

Pemain yang mempunyai ambisi tinggi macam Owen malah Gerrard masing-masing sudah ada peminat mereka dikalangan kelab lain. Owen dengan Real dan Gerrard dengan Chelsea. Namun selepas Piala Dunia 2002 sepatutnya Liverpol memberikan kontrak yang panjang kepada Owen. Tapi semuanya telah terlambat kerana Liverpool hanya berjaya meyakinkan Gerrard namun gagal untuk memberikan persepsi dan plan jangka panjang Liverpool dalam perbincangan kontrak mereka. Carragher juga cerita dia pernah memujuk rakan karibnya itu, namun gagal kerana Owen nampak Real adalah batu loncatan kepada kegemilangan karier beliau yang mendatang.

Bagi peminat Liverpool sebenarnya tak kisah jika Owen mahu belah kerana pemain datang dan pergi, peminat boleh terima itu. Tapi memang hangin kerana mahu belah tapi kontrak tak mahu sain. Ini macam salah satu pensabotajan menurut peminat. Bagi Owen sediri atau ejen mereka nampak dengan tidak sambung kontrak cita-cita nak berambus dari Liverpool lebih mudah. Ya memang mudahlah bagi Real Madrid dengan liciknya masuk jarum. Real dengan rasminya membida Owen dengan 8juta pound dengan Nunez. Jumlah ini memang tak berbaloi bagi kita tapi tersangat untung bagi Real kerana mereka sepatutnya bayar kurang2 sekali ganda untuk pemain bertaraf dunia itu.

Macam cerita dongeng pula, tapi sumpahan peminat Liverpool memakan diri buat Owen, walaupun dia sangat bagus di Real sebagai pemain impak dibangku simpanan, namun kecderaan demi kecederaan menghimpit kerjaya beliau di Bernebeau. Ada cerita yang Owen amat rindukan Liverpool namun Rafa yang menggantikan Houllier tak hingin nak bawa pulang Owen dari semenanjung Iberia, bukan kerana sentimen peminat tapi kerana memang tidak berbaloi Owen dari segi gaji dan juga prospek kecederaan. Walaupun penngganti Owen dibawa masuk yakni Baros dan Cisse memang lagi hampeh dari Owen, namun mereka ini antara penyumbang kegemilangan Instanbul 2005.

Kerjaya Owen kian melingkup dan nasib baik Newcasle mahu jadi pak sanggup untuk menanggung Owen macam biawak hidup makan gaji buta. tak sila gaji beliau hampir 80K Pound seminggu di St James. Setelah Newcastle tak mampu nak bela kerana tak balik modal, mereka melepaskan Owen. Bahagian ini saya rasa amat memilukan peminat bila Owen sanggup ke Man U, padahal banyak kelab lain yang beratur nak dapatkan khidmat bekas penyerang England itu. Disinilah punca Owen dilabelkan pengkhianat dan setiap jasa beliau di Anfield telah dilupakan sama sekali dan sering diejek peminat.

Habis madu sepah dibuang. Ferguson terpaksa pula lepaskan Owen kerana dia sendiri dah tak tahan jadi macam rumah kebajikan dan tempat pemain pencen makan elaun. Nasib baik Stoke sain Owen sebab nak lariskan penjualan jersi kerana peminat dah bosan pakai jersi tulis Crouch, Etherington, Huth dan Delap. Kesian pun ada tapi nak gelak pun ada, bukan apa heran kenapa pemain yang dah kaya raya macam Owen nak main lagi dan pergi ke kelab yang tiada sejarah langsung. Dia dah patut bersaya selepas keluar dari Old Trafford, tapi mungkin Owen rasa dia masih berbisa dan masih ada peluang nak lawan Carragher. Kalau saya jadi dia baik main kat Timur Tengah atau Amerika lebih lumayan.

Apa yang saya nak perjelaskan disini bahawa cerita Owen dengan Liverpool macam air dicincang takkan putus. Seburuk mana perangai Owen dah buat pada Liverpool dan peminat dengan buat perangai adalah satu sejarah yang unik bagi kita. Kalau tiada makhluk yang bernama Owen mana mungkin Liverpool kembali menjadi gergasi Eropah awal millinium dulu. Dan pemergian beliau juga rahmat yang tersurat kerana kalaulah Owen kekal, adakah takdir untuk dapat Piala Eropah 2005 akan terjadi. Fikir-fikirkanlah dan satu lagi ianya suatu pengajaran buat pemain muda macam Kelly dan Sterling. 

Mar 18, 2013

BELAJAR DARI KESILAPAN

Jurulatih yang bagus tak semestinya boleh jadi pengurus yang mantap untuk kelab yang mempunyai ambisi besar. Itulah dilema yang dialami oleh Brendan Rodgers musim pertama beliau di Anfield. Walaupun beliau banyak belajar dari Mourinho tentang kejurulatihan namun aspek pengurusan pemain serta ilmu taktikal beliau masih ditahap sederhana. Antara faktor ialah beliau tidak pernah bermain di Eropah dengan pendedahan sebenar ilmu bolasepak kontinental, cuma ilmu dan teori sahaja dia nampak gempak.

Namun secara teorinya beliau nampak berjaya di Swansea, tapi harus diingat Swansea pada dasarnya bermain corak tiki-taka dengan asas dan foundisi dari pengurusan Amigos yang mengurus Wigan, Encik Roberto Martinez.  Kehadiran Brendan ke Swansea hanya seperti tambah secedok aiskrim dalam semangkuk ais kacang. Bukan beliau tak ada peranan, namun falsafah bolasepak yang beliau pelajari dapat dipraktikkan dan disulam dengan mudah keatas pemain tinggalan Martinez. Kredit memang diberikan untuk beliau kerana musim pertama yang berjaya sebagai pengurus tak ternama dan main baik dari pasukan yang dah berkurun di EPL.

Tak mudah untuk memuaskan hati semua orang. Sasaran beliau di Swansea dan Liverpool jauh berbeza. Swansea mungkin hanya mahu kekal di EPL, namun gergasi yang tertidur macam Liverpool memerlukan seorang pengurus tak kira muda tua tetapi yang penting ialah dapat mengembalikan Liverpool ke tempat yang sebenar. Objektif FSG mengambil Brendan mungkin mereka mahu Liverpool bangkit dengan perlahan-lahan. Namun zaman saudagar kapitalis meguasai dunia sukan, mahu-tak mahu terpaksa berbelanja besar untuk bersaing mendapatkan pemain berkualiti.

Orang kata pembelian pertama ialah pembelian keramat untuk menentukan seseorang pengurus samada jatuh bangun di Liverpool. Saya tak tahu logik ini betul atau sekadar kebetulan, namun kita boleh tengok pembelian Houllier dengan Hyppia dan Rafa dengan Alonsonya dan Kenny dengan Suarez. Berbanding pembelian Allen yang digembar-gemburkan sebagai Xavi Wales, lebur 15juta Pound. Kesemua anak emas pengurus terdahulu yang saya sebutkan tadi memang menjadi, namun berbeza nasib dengan Allen yang nampak sebaliknya. Sebaliknya boleh nampak pembelian yang hampir gagal macam Henderson dan Downing lebih mendapat tempat dari Allen dan Borini.

Setiap manusia pasti buat kesilapan dan ianya adalah proses pembelajaran dalam kehidupan. Namun jika melakukan kesilapan demi kesilapan, bukan sekali tapi lebih dari 4-5 semusim menunjukkan tanda-tanda kedegilan atau kebebalan atau keegoan. Memang Brendan nampak cukup degil awal-awal musim untuk mengolah taktikal walaupun akhirnya terpaksa mengalah tentang prinsip dan falsafah tiki-takanya. Bab bebal ini isu sensitif namun semua perlu jujur untuk mengaku yang kurang kematangan untuk menilai situasi. Ego yang ditunjukkan macam lawan pasukan kecik macam Soton, letak 4 pemain serangan tanpa tiada kereta kebal ditengah untuk melindungi pertahanan.

Pengurus hebat macam Mourinho, Pellegrini, Capello mahupun Del Bosque bukan tiada zaman gelap masa muda-muda mereka. Kalau baca sejarah mereka ini selain mempunyai karekter unik dengan aspek kejurulatihan mantap, kesemua mereka pandai menyesuaikan diri serta belajar dari kesilapan masa lampau mereka. Dengan itu sehingga akhir musim ini saya anggap ianya musim pembelajaran serta penjajaran taktikal serta eksperimen bagi Brendan.Oleh kerana dia masih setahun jagung dalam dunia EPL, kita sebagai peminat mesti berlapang dada dan melihat musim kedua sebagai musim sebenar untuk Brendan mencari identiti beliau dengan Liverpool.

Mar 17, 2013

LIVERPOOL 1-3 SOUTHAMPTON



Saya bukan marah kat Brendan Rodgers. Saya tahu dia memang bukan masta taktikal macam Rafa atau Houllier. Tapi perangai bebal tidak melakukan kerja rumah yang betul dengan terlalu merendahkan keupayaan lawan adalah kunci utama kekalahan kita. 2 pemain yang tidak patut berada dalam kesebelasan utama mungkin kita semua boleh agak siapa. Seorang botak dan seorang pendek. Padahal kalau Carragher atau Lucas main sejak awal saya rasa keputusan taklah seteruk ini. Kita boleh tengok separuh masa pertama Liverpool kena ayam dengan Soton kerana Allen tidak pandai nak jaga kawasan dan lari macam anak ayam kena lastik, kesana-kesini padahal lopong kat kawasan tengah.

Gol pertama mungkin adalah punca dari Johnson yang pemalas nak mencelen pemain no. 9, tapi Skrtel lembik macam rumpai kolagen nak bentes pemain Soton yang menjaringkan gol mudah. Jones juga bukan nak terjun, kot-kot mana tahu kena hujung kuku boleh juga keluar padang. Gol kedua memang punca Skrtel yang bukan nak tanduk bola tapi tangan tak boleh duduk diam menggagau pemain Soton. Sepakan Lambert yang tak bahaya jadi gol kerana tertampan peha Sturridge dan Jones telah mati langkah namun lambat mengagak arah sepakan. Namun kita disajikan dengan gol Coutinho yang mungkin kita anggap bakal menjadi pembuka semnagat untuk separuh kedua. Namun hatrik Skrtel sebagai punca gol lawan lengkap dengan mampu melihat Rodriguez berlari-lari sambil melakukan rembatan dan menjaringkan gol tepisan Jones.

Rumusan saya ialah Southampton mempunyai pengurus muda yang cerdik kerana dia mempergunakan kelebihan pemain sendiri  dengan banyak bermain bola tinggi serta melakukan asakan untuk memaksa pemain kita tak mampu menguasai bola, apatah lagi untuk melakukan serangan. Nasib mereka agak kurang baik dengan menang 3-1, kerana kalau mereka tak gopoh paling kurang 2-3 biji gol lagi mereka boleh sumbat. Manakala Liverpool pula mempunyai pengurus yang terlebih bijak kerana melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama dari perlawanan Spurs tempohari. Dia melakukan ujikaji yang berkeputusan gagal dan melingkupkan suasana keceriaan peminat sebelum ini.

Sesungguhnya kirim salamlah untuk ke Liga Juara-Juara Eropah dengan keputusan macam ini. Silap-silap nak ke Liga Europa pun nampak goyang kerana seteru terdekat, Everton dan Arsenal masing-masing makin jauh meninggalkan kita. Apakah kita nak selalu harap pasukan lain bakal kalah jika kita sendiri tak mampu nak jaga diri. Dari pemerhatian saya, kita sudah perlu memikirkan persedian musim depan dengan mencari pemain yang berkualiti untuk mengisi slot bek tengah menggantikan Carragher dan pemain tengah yang tahu mengelola aspek pertahanan untuk bekap kepada Lucas. 

8 perlawanan untuk diakhiri belum tentu 24 mata kita boleh dapat. Kerat bulu ketiak kalau Liverpool boleh maju ke tangga ke-4. Namun jika Brendan bermuhsabah diri dan merenung kembali kesilapan teknikal yang perlu beliau perbaiki, saya rasa kita boleh dapatkan kembali kehebatan untuk main cantik serta menang 3-4 biji gol. Ianya memang tak semudah dituturkan kata-kata dan ditaip dengan papan kekunci.  Secara jujur ikhlas saya masih menaruh kepercayaan yang Brendan mampu bawa Liverpool lebih jauh jika beliau belajar dari kesilapan yang berulang-ulang musim ini.


Mar 15, 2013

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON

Semenjak kehadiran Pochettino, lain bebenor rupanya permainan Southampton. Walaupun set pemain yang sama dengan Adkin, namun pengalaman bekas bek antarabangsa Argentina itu memang mengubah dimensi permainan sekolah lama (old-school), The Saint. Walaupun kedudukan mereka 10 tangga dibawah kita, pasukan yang berada dalam zon bahaya ibarat singa yang tercedera, mereka akan lebih bahaya dari pasukan pertengahan liga yang tidak berapa terancam. 

Kelebihan digelanggang sendiri mungkin milik Soton. Tapi pasukan kita sekarang penuh semangat nak membelasah orang. Pelik bin hairan, semenjak kehadiran Coutinho Suarez nampak lebih konfiden menjolok bola masuk kedalam gol mungkin kerana tiada lagi bebanan untuk menjadi hero tamil macam separuh musim sebelum ini. Saya tak gusar dengan prestasi senyap sunyi Sturridge kerana beliau baru pulih dari cedera, namun bagi saya beliau menjadi baju kalis peluru kepada Suarez, dengan membuatkan bek lawan tak boleh menjaga Saurez setiap masa.

Sambil mengarang entri ini saya tengah dok layan perlawanan Piala Europa antara Fenerbache lawan Plzen. Saya lihat betapa ruginya kita melepaskan Kuyt kerana dia bukan merosot macam bekas pemain tua lain yang meninggalkan kita, tapi nampak lebih mantap dengan menjadi penggerak serangan Fenerbache. Apa boleh buat keengganan FSG untuk menggaji Kuyt yang dilihat antara pemain yang balun gaji dan elaun tinggi adalah faktor utama, bukan kerana Kuyt tak boleh main dalam sistem sekarang. Harap maklum.

Bersambung kembali dengan topik pra perlawanan dengan Soton. Kemungkinan untuk menang adalah dalam persen tertinggi, kerana kekuatan pasukan kita selama semenjak dua menjak ini bergantung kepada tahap kesihatan kesebelasan utama terkuat kita yang sentiasa sihat wal-afiat. Malangnya  Reina yang masih 50-50 untuk diturunkan, tahap keboleharapan kepada Jones masih boleh dipertikaikan. Apa yang saya rasa patut Brendan terapkan untuk lawan Soton ialah jangan sesekali ambil mudah dengan kepantasan serangan balas Soton kerana itulah kunci utama kekuatan pasukan mereka.

Skor yang banyak mungkin boleh berlaku jika Soton main terbuka macam Wigan, tapi jangan harap sebab taktikal Pochettino yang lebih berjiwa kontinental nampak beliau akan main dengan menekan dan menghambat lawan dari mula bek kita memegang bola. dan bila dapat bola mereka akan melakukan serangan pantas dari sayap. Kita perlu menghadapi semua itu dengan tenang dan tawadduk serta kalau boleh main untuk mengekalkan penguasaan bola. Menang dengan main cantik dengan cara membelasah sampai 3-4 biji mungkin dalam fantasi setiap peminat. Namun bagi saya perlawanan ini akan sengit dan berkesudahan 1-0. Anda bagaimana?

Mar 13, 2013

LIVERPOOL 3-2 SPURS

Tak sangka betapa fanatik berapi-api peminat blog ini sampaikan suruh saya tutup blog sebab tak mengemaskini selalu. Saya pohon maaf tak terhingga buat pembaca yang tak jemu-jemu singgah ke blog yang tak seberapa ini. Seperti orang lain saya juga punyai komitmen lain selain menulis blog. Blog ini bukan akhbar harian mahupun mingguan, namun ianya ruang untuk saya berinteraksi dengan peminat lain. Tapi memandangkan ada segelintir peminat blog ini yang mahu blog jadi macam Soccernet, ianya tak jadi hal kerana tanpa pembaca setia sepertia awak semua, Liverpoolkita takkan wujud.

Tak terlambat untuk saya perkatakan tentang perlawanan dengan Spurs, walaupun ianya dah basi. Tapi bagi saya perlawanan ini akan diingati kerana ianya adalah rekod terbaru musim ini  yang pasukan kita boleh tibai pasukan 4 terbaik. Macam yang saya tulis sebelum ini, yang Spurs mcam Jantan Jambu yangi mati pucuk jika Bale dijaga rapi. Namun oleh kerana dia memang tere, sempat juga hadiahkan gol untuk dua jaringan Vertoghen. Bagi saya permainan Spurs mirip pasukan Man U, yang akan main apa juga cara walaupun paling huduh untuk hasilkan kemenangan. Kalau tidak masakan mereka hanya letak Defoe seorang padahal si kenit itu makanan Carragher sahaja.

Permainan kita nampak lebih buruk dari sebelumnya, tapi biar main comot janji keputusan gempak. Semacam lawan Wigan, lawan Spurs juga memerlukan tuah untuk kemenangan. Dalam perlawanan ini pasukan kita mendapat 2 gol saguhati dari Spurs kecuali gol cantik Suarez. Gol Downing bagi saya ialah semangat kebangkitan kita setelah goli Spurs melakukan sepakan tanpa bayang yang bangang, lantas kantoi dan disambar oleh Downing dengan tamaknya melakukan rembatan. Gol penalti kemengan Gerrard juga hadiah dari Defoe yang melakukan hantran bunuh diri kebelakang kepada Suarez, dan Ekotto buat macam tak bersalah membentes Suarez yang sedang meluru untuk memburu gol ke 23.

Buat masa kini Downing telah menjadi pemain paling hangat dan meletop. Beliau telah pulih dari menjadi pemain kurang upaya musim pertama, kepada pemain harapan musim ini. Saya dengar Brendan telah beri kata dua serta memberi pilihan Disember lalu, samada cari pasukan baru atau kekal dan tunjukkan prestasi. Cara saikologi ini nampaknya berjaya kepada Downing dan sekarang siapa yang mahu dia dijual sila angkat papan kekunci. Namun musim depan nasib Downing masih belum selamat kerana dengan permainan sebegini, tak mustahil harga pasaran beliau masih tinggi.  Jika ada tender, mesti Spurs jadi pasukan pertama buka buku cek untuk gabus pemain yang mereka cuba pikat sejak 3-4 musim lalu.

Saya tersangat risau dengan Suarez kerana dia mungkin kekal atau tidak musim depan. Kerana apa 22 gol musim ini tanpa gol dari penalti dan masih peluang nak bubuh sampai 30, membuatkan pasukan elit seantero planet terliur mengidam. Bayern Munich dah letak sasaran. Man City akan buat cubaan jika Falcao gagal. Dan jika Falcao belah dari Atletico Madrid, mereka akan guna duit jualan untuk beli Suarez. Kiranya sekarang berita tentang gosip Saurez kesana dan kesini musim depan akan membuatkan peminat tak senang duduk selepas ini. Jadi jika hendak lihat Suarez kekal, tiada pilihan kecuali layak ke Eropah musim depan.

Kalau nak diikutkan banyak lagi nak tulis tapi saya rasa ramai yang tonton perlawanan bersejarah itu musim ini. Perlawanan ini membuatkan pasukan kita melonjak ketangga ke-6 hanya sela 9 mata dengan Spurs ditangga ke-3. Misi mustahil untuk ke Liga Juara-Juara Eropah nampak tidaklah rumit untuk perlawanan seterusnya  kerana bertemu Southampton di St Mary. Walaupun lawan tak nampak hebat atas kertas namun semangat kemenangan kita biasanya tak mudah padam jika ada sasaran untuk dicapai. 

Akhir kalam, kepada semua pembaca blog yang rajin meneka keputusan. Kalau nak guna Anon untuk meneka sila letak nama samaran macam Pok Din, kalau tak melepas lah peluang walaupun anda ada firasat dan kasyaf untuk meneka tepat setiap keputusan dan boleh bawa pulang hadiah misteri. 

Mar 7, 2013

LIVERPOOL LAWAN SPURS


Kemenangan dengan Wigan walaupun dengan jaringan besar hanya sekadar suntikan semangat. Ianya belum membuktikan apa-apa kerana itu secara idealnya bukan setaraf dengan pasukan kita. Permainan kita nampak menarik kerana lawan tidak main secara pasif dan bertahan tahap Ultramen, malah Wigan menguasai permainan dan juga lebih ghairah melakukan serangan. Cuma bezanya ialah bila kita tidak mempersiakan peluang dan tiada kebolosan, maka keputusan pasti memihak kita.

Persembahan dengan Wigan amat berbeza seperti di Awal musim. Apa yang saya perasan ialah Brendan macam melonggarkan sedikit taktikal beliau dan membiarkan pemain utama mengekspressikan diri untuk menggunakan kebolehan individu. Kalau dah pakar hantar bola tinggi tapi cun macam Gerrard, buat apa nak lengahkan sampai 20 kali hantaran baru nak sampai kesasaran, biarlah hantaran itu nampak macam membazir tapi jika sampai tepat kesasaran maka implikasinya ialah peluang kepada penghasilan gol.

Dengan adanya Coutinho, dimensi serangan kita dah jadi berbeza. Kalau Suarez gemar mengelecek, Coutinho juga apa kurangnya. Namun Coutinho lebih cerdik kerana dia tidak ambil risiko kehilangan bola tetapi Suarez peduli hapa, mahu seluruh bek lawan dia nak goreng. Jika Sturridge cergas nanti lagi menarik jentera serangan dengan setiap pemain akan memberikan bek lawan migrain sepanjang perlawanan. Cuma setakat sekarang tahap kesefahaman masih belum utuh namun sikit masa lagi akan meletop cuma tunggu dan lihat.

Bagi saya Spurs tidak sekuat mana. Mereka cuma mengharapkan tulang empat kerat Bale sahaja untuk menyelamatkan mereka sekaligus mencipta kemenangan. Kalau tanpa gol-gol Bale silap haribulan kedudukan mereka lebih corot dari kita. Oleh itu kalau pemain kita menjaga rapat Bale dan tidak biar beliau melakukan percubaan, maka Spurs ibarat jantan hensem tapi mati pucuk, apa pun tak boleh. Pemain lain hanya cukup syarat, dan mereka tak mempunyai perancang hebat setelah kehilangan Van Der Vart dan Modric.

Untuk melaukkan Spurs sebagaimana Wigan, itu mungkin agak mustahil. Namun dengan momentum Swansea, Zenith dan Wigan, saya rasa kita berada dikedudukan terbaik dengan mentaliti kelas pertama. Keputusan untuk menang dengan Spurs tidaklah mudah namun bukannya sukar Bukan kerana kelebihan di Anfield, cuma pemain kita dah temui apa yang mereka cari selama ini iaitu sentuhan kemenangan. AVB pasti akan merasakan kelainan dan lebih bersedia kali ini walaupun mereka telah menapau kita di awal musim. Jadi inilah perlawanan yang dijangka paling sengit buat kita kali ini.

Mar 3, 2013

LIVERPOOL 4-0 WIGAN


Macam dah menjadi tabiat, bila mana Liverpool mejaringkan gol awal Liverpool pasti menang besar. Namun begitu ianya tertumpu kepada 3 pemain yang beitu memainkan peranan dalam kemengan pasukan kita iaitu Suarez, Coutinho dan Reina. Kenapa 3 pemain ini saya cakap watak utama dalam kemenangan ini. Pertamanya Suarez menjaringkan hatrik dan seingat saya sikit sangat peluang pun dibazirkan. Keduanya Coutinho adalah punca 2 gol Suarez dan setelah dikeluarkan Liverpool kehilangan separuh dari keampuhan serangan. Dan yang lebih penting sekali ialah Reina berjaya menyelamatkan 5 percubaan Wigan dari 7 percubaan mereka.

Gol pertama nampak mudah, tapi ianya usaha licik Coutinho yang berjaya menggelecek Boyce dan melakukan hantaran lintang kepada Downing yang menanduk mudah kerana tiada bek Wigan menjaga beliau. Gol kedua juga hasil gerakan licik Coutinho yang mengelecek bola dulu sebelum melakukan hantaran pantas kepada Suarez yang tak terkantoi untuk menjaringkan gol ke-19 beliau. Gol ke-3 dan ke-20 Suarez melalui sepakan percuma yang memang bernasib baik kerana terpelecot dan tertanduk masuk oleh bek Wigan dan paling siyal kena palang tapi masuk kedalam. Dan malam gemilang Suarez lengkap bilamana dia dengan tamaknya mengjaringkan gol dicelah telur Al-Habsi untuk menjadi penjaring terbanyak EPL dengan 21 gol setakat ini.

Kebangkitan Liverpool telah terbukti dan pasukan kita 3 terbaik menjaringkan gol dalam Liga dengan 58 gol namun palatnya bolos banyak dengan 34 gol. Walaupun kemenangan ini dijangka, tapi tak disangka Liverpool mampu menundukkan Wigan dengan peluang yang sikit terabai. Disamping itu kita berjaya pulang tanpa bolos walaupun lawan lebih banyak menguasai permainan serta mereka juga memberikan tentanagn sengit dengan melakukan 14 percubaan keseluruhan. Jangan seoronok sangat dengan keputusan tersebut, cabaran yang perlu kita langsikan ialah dengan menapau Spurs yang terlalu sombong dan megah untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara. 

Mar 1, 2013

LIVERPOOL LAWAN WIGAN


Dekat 1 minggu Liverpool berehat. Harap ianya dapat dipergunakan sebagai mengecas kembali tenaga serta kesegaran kepada pemain utama. Pasukan kita akan bertandang ke Wigan yang jaraknya dalam 30 kilometer dan naik teksi tak sampai 1/2 jam. Pekan Wigan lebih terkenal dengan sukan ragbi dari bolasepak dengan pasukan Wigan Warrior. Jadi kalau pasukan mereka main ala-ala Rugbi itu adalah lumrah. Tapi yang paling bahaya ialah pasukan ini amat garang hujung-hujung musim dan boleh buat keputusan luar jangan demi nak selamat dari diterajang kembali ke Liga Kejuaraan.

Kemungkinan besar Sturridge masih perlu berehat dan jentera serangan masih tertumpu kepada Suarez. Dek kerana Coutinho memang pemalas bertahan, saya rasa 4-4-1-1 opsyen terbaik dengan meletakkan pemain no.10 itu dibelakang Suarez. Pemain lain dalam posisi adalah macam biasa, Henderson dan Downing disayap, Gerrard dan Lucas ditengah serta Johson dan Enrique sebagai bek sayap menyerang. Cuma belum pasti samada Carragher masih kekal bersama Agger ataupun Skrtel yang dah nak merajuk diberikan peluang bergandingan dengan mereka berdua.

Macam saya coretkan pada artikel terdahulu ,ada kira-kira dari komentar yang Liverpool mempunyai peluang walaupun amat tipis untuk membuat memintas pasukan yang berada diatas hingga tempat ke-4. Dan ianya tak mustahil jika pasukan kita dapat memastikan mereka bermain untuk 3 mata. Menyudahkan peluang yang dimiliki disamping tidak membiarkan lawah membolosi gawang kita sesuka hati adalah syarat wajib bagi memastikan plan untuk misi mustahil dapat direalisasikan. Tiada yang musatahil kecuali usaha gigih macam ditunjukkan 2 perlawanan sebelum ini.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails