Jasa beliau yang bakal diingati sampai bila-bila adalah berjaya membawa masuk Rafa sebagai Pengurus Liverpool yang menggantikan Gerrard Houllier. Namun terdapat empat insiden utama yang menyebabkan beliau tidak disukai oleh Rafa dan juga sebilangan besar peminat. Iaitu berkaitan Pemilik Amerika, aktiviti pembelian pemain, aktiviti kormesil kelab dan juga berkaitan Stadium baru.
Pemilik baru.
Parry sedar yang Liverpool perlukan pemilik bau yang sedia mebuat pelaburan untuk bersaingan dengan Manchester United kerana mereka mempunyai stadium besar yang membuatkan pendapatan hasil tiket yang tinggi dan juga penghasilan untung dari pengkormasilan kelab mereka.
David Moores ketika itu tidak berupaya membantu kerana tidak mempunyai dana dan berhasrat menjual kelab dan pelabur lain akan menaiktarafkan kelab ini. Setelah mencanang keserata pelusuk dunia, akhirnya ramai yang telah berkeinginan seperti Thaksin (bekas PM Thai), Dubai Investment Capital (DIC) dan juga Gillet/Hicks.
Apa salah Parry?
Ya Parry memang bersalah kerana memalukan DIC ,kerana mereka yang menjadi tetamu khas telah menyangka perjanjian telah termeterai tetapi sebaliknya Parry telah menggagalkan perjanjian itu. Namun ketika Giilet dan Hick membuat penawaran, cepat-cepat Parry telah memperlengkapkan perjanjian pembelian dengan sebegitu pantas. Janji tinggal janji dan sekarang kita hanya sedar bahawa mereka tiada dana untuk dibelanjakan kepada kelab dan hanya meminjam untuk menambahkan lagi hutang kelab.
Aktiviti pembelian pemain.
Masih ingatkah lagi kes Cristiano Ronaldo pada 2003. Lebih kurang begini. Perjanjian untuk mendapatkan Ronaldo telah berjaya dimeterai dengan Sporting Lisbon dengan perpindahan 7 juta pound. Tetapi Parry telah enggan membayar yuran sain kontrak tambahan sebanyak 1juta yang dipinta oleh Ronaldo dan situasi ini telah diambil oleh Man U untuk mencucuk jarum dan berjaya mendapatkan Ronaldo.
Kes Vidic dan Simao hampir sama, Rafa meyangka yang mereka berdua telah berjaya dibeli kerana telah mendapat persetujuan dari pemain tersebut tetapi Parry telah mengakhiri perjanjian dengan kelab pemain tersebut hanya kerana beberapa perkara mengenai cara pembayaran.
Bagi kes Alves pula, saya tidak menyangka pemain yang telah dibeli Barcelona £30 juta, hanya bernilai £8 ketika Sevilla hampir menerima bidaan kita.
Dan kes terbaru sekali, Barry. Rafa telah berhasrat mendapatkan pemain ini sehingga terpaksa menggunakan Alonso sebagai mangsa. Tetapi nampaknya Parry lebih bijak soal mendapatkan pemain dengan sebaliknya memberikan Keane.
Jadi jelaslah bahawa Rafa telah memberikan senarai beliau tetapi terpaksa menerima hakikat yang beliau terpaksa mendapatkan pemain versi murah. Dan sekarang inilah akibatnya. Rafa telah sedaya upaya mengekploitasi pemain kelas kedua dan kesannya amat ketara untuk menyaingi Man u atau Chelsea.
Aktiviti komersil
Walaupun Liverpool merupakan kelab yang berjaya menghimpunkan berjuta-juta peminat diseluruh dunia namun tiada inisiatif untuk membuat pulangan dari segi barangan yang berkaitan dengan kelab. Kemana saja kita masuk ke outlet Nike pastinya barangan Man U dan Arsenal bersepah-sepah dan beraneka jenis. Cuma baru-baru ini setelah mengikat persetujuan dengan Adidas, barulah nampak sedikit pakaian dan jersi dijual disitu.
Stadium Baru
Saya juga agak terkejut apabila terbaca yang pelan untuk membina stadium baru telah diumumkan sejak 1999 sama tahun dengan perancangan Arsenal membina satdium di Ashburton Grove. Apa yang kita lihat sebiji bata pun tidak ada untuk stadium itu tetapi Arsenal telah bermain dalam stadium tersebut sejak 3 musim lalu.
Jadi kesimpulannya disini ,CEO kita memang telah mengkorupkan kelab hingga sebegini sejak 11 tahun. Bukan tiada langsung jasa beliau tetapi apabila ditolak dengan segala masalah yang beliau lakukan maka beliau adalah duri dalam daging selama ini.
No comments:
Post a Comment