
Ketika di Anfield pun beliau beberapa kali menjadi pemusnah Man U dengan menjaringkan gol untuk kita. Jadi tidak hairanlah sebagai ketua pasukan Fulham beliau bukan saja membawa pasukan beliau membalas dendam setelah mereka dibantai 4-0 dalam pertemuan dengan Man U ketika piala FA.
Saya dahulu amat menyanjungi Murphy ketika beliau masih bersama kita. Seringkali beliau menjadi mangsa percaturan Houllier untuk bermain di pelbagai posisi Midfield walaupun bagi saya beliau merupakan pemain tengah yang berkaliber. Walaupun begitu beliau masih memberikan persembahan yang baik setiap kali diturunkan. Namun kedatangan Rafa telah mengahkiri masa depan beliau di Anfield dan perpindahan beliau ke Charton agak mengecewakan saya.
No comments:
Post a Comment