banyak lagi komen-komen seperti diatas yang saya terima selepas perlawanan sebentar tadi dari rakan-rakan. Saya juga seperti mereka, terlalu banyak persoalan yang bermain diminda.Saya juga sedikit rasa kecewa dengan keputusan perlawanan. Tapi apa boleh buat kemampuan pasukan kita hanya setakat itu sahaja dan nasib tidak menyebelahi kita."Kalaulah Reina tidak tertampan gol Drogba"
"Apasal Agger tidak bermain ganti Skrtel"
"Lucas masih dalam kesebelasan utama?"
"Tak ada seorang pun kawal Lampard"
Cuma pelbagai perkara posistif boleh diambil dari keputusan itu. Dengan skuad yang sedia ada kita mampu membuatkan peminat Chelsea kelu ketika kita mendahului 2-0 dan 4-3 dan tidak menyerah kalah hingga akhir perlawanan.Sekurang-kurangnya kita masih mempunyai rekod 2 kali menang dengan Chelsea yang hanya mampu menang 1 dari empat pertembungan musim ini.
Keputusan tidak menurunkan Gerrard pada saya amat bijak. Buat apa hendak meletakkan risiko padahal tumpuan Liga lebih mendesak. Gerrard perlu sembuh untuk perlawanan menetang Arsenal nanti. Perlawanan tersebut merupakan hidup-mati pasukan kita musim ini. Jika mata penuh di Anfield maka jelas sekali Man U tak senang duduk.
vs arse at anfield bro ...
ReplyDeletesekurangnya kita sudah ada 5 piala.. chelsea satu pun takde...
ReplyDelete