
Boleh percaya atau tidak khabar angin ini kita tunggu hingga akhir musim. Dari segi nilai perpindahan Eto'o £18juta, memang berbaloi dari segi nilai semasa dan umur beliau. Tetapi apa yang hairannya, mampukah kelab membayar gaji beliau sebanyak £7m setahun yang ditagih kepada Barcelona kini. setahu saya hanya gaji Gerarrd saja yang hampir kepada angka itu. Apa pun jika Eto'o sanggup menerima gaji yang mampu dibiayai Liverpool pastinya perpindahan beliau menjadikan bahagian serangan kita lebih mantap.
No comments:
Post a Comment