Setiap satu perlawanan Liga Perdana yang berbaki 8 perlawanan lagi sememangnya penting buat kita untuk menghalang Man U dari mengungguli kejuaraan Liga musim ini. Lawan yang dianggap sukar seperti Man U dan Villa telah berjaya dijinakkan dalam pertembungan Liga sebelum ini tetapi lawan mudah seperti Boro pula kita tewas. Ini bermakna kita perlu berhati-hati dengan pasukan yang boleh dikatakan kerdil seperti Fulham yang bakal dihadapi sabtu ini.
Fulham ternyata bukan mudah untuk dijinakkan kita musim ini. Sekadar seri di Anfield, kita tidak berhak mendabik dada bahawa mereka bakal dilaukkan seperti Villa. Mereka menang dengan Man U bukannya bernasib baik dengan keputusan pengadil membuang 2 pemain Man U sahaja, tetapi mereka pasukan yang bekerja keras untuk memenangi perlawanan tersebut. Kunci kejayaan mereka adalah barisan pertahanan mereka kental dan dapat menghalang serangan lawan dengan efektif. Disamping itu corak serang balas mereka amat berbahaya disamping mereka gemar menjaringkan gol dari setpiece.
Dipihak kita pula momentum perlawanan sejak menang dengan Real, Man U dan Villa terbantut akibat perlawanan peringkat antarabanngsa. Sememangnya perlawanan antarabnagsa amat penting bagi pemain untuk berbakti kepada negara masing-masing, tetapi masalahnya ialah kemungkinan pemain terbabit bakal pulang dengan kecederaan. Tambahan pula mereka terpaksa mengharungi dua perlawanan dalam masa seminggu ini.
Corak Fulham tidak sama dengan 3 lawan terdahulu kerana lawan sebelum ini tidak megamalkan corak bertahan. Fulham ketika di Anfield berkubu ditempat sendiri dan sekali sekala melakukan serang balas apabila kita bertubi-tubi melakukan serangan. Ini mengakibatkan kita tiada ruang untuk mengekspoitasi ruang yang ditutup mereka.Apa pun sayaRafa pastinya mempunyai idea mengharungi perlawanan nanti setelah gagal mengutip mata penuh di Anfield pada pusingan pertama . Kemenangan juga bakal membolehkan kita mendahului Man U buat seketika sabtu ini.

No comments:
Post a Comment