LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez pastinya lega apabila perlawanan antarabangsa berlangsung minggu ini.
Ini kerana, Benitez amat berharap beberapa pemainnya yang cedera akan kembali cergas menjelang pertemuan dengan Manchester City pada aksi Liga Perdana England di Anfield Sabtu depan.
Krisis kecederaan Liverpool bertambah parah ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City Isnin lepas apabila Albert Riera dan Yossi Benayoun terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan.
Sebelum ini, Benitez telah pun kehilangan khidmat beberapa pemain tonggaknya termasuk kapten Steven Gerrard, Fernando Torres dan Daniel Agger.
"Setiap kali perlawanan, kami akan kehilangan satu atau dua pemain," kata Benitez.
"Riera mengalami kecederaan yang sama sekali lagi. Kami jangka dia sudah pulih tetapi akhirnya kamu sendiri boleh melihat keadaannya.
"Yossi juga berdepan masalah yang sama seperti Riera. Mereka berusaha keras jadi kamu boleh lihat ia satu risiko.
"Saya tidak tahu sama ada kami sudah bersedia atau tidak berdepan City. Satu-satunya perkara yang saya boleh beritahu ialah fisioterapi kami bekerja keras selama tiga minggu ini."
Dalam pada itu, Benitez kini telah menyamai rekod bekas pengurus Peterborough, Darren Ferguson.
Ketika ini, Liverpool hanya menang sekali daripada sembilan perlawanan terakhir mereka dan ia menyamai rekod hambar yang dicatat Peterborough.
Bagaimanapun, Ferguson terus ditimpa nasib malang apabila dia telah dipecat sebagai pengurus Peterborough sejak tiga hari lalu.
Sebaliknya, Benitez masih bernasib baik kerana tempatnya dilapor masih belum terancam. - Agensi
benitez...
ReplyDeletekesian lak aku tgk die ni kdg2...
injury list pulak makin pnjg...
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/