Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berhasrat untuk membawa penyerang Arsenal, Eduardo ke Anfield pada Januari depan.Kelab The Reds itu juga dikhabarkan telah menyiapkan dana sekitar £10 juta (RM56 juta) ke atas bintang antarabangsa
Keputusan Benitez untuk memancing Eduardo itu adalah ekoran prestasi tidak konsisten yang dipamerkan Liverpool sepanjang musim ini.Bekas juara Eropah itu juga terpaksa beraksi tanpa tonggak utama yang dibelenggu kecederaan termasuk- lah Fernando Torres, Steven Gerrard, Yossi Benayoun dan Albert Riera.
"Kami perlu mendapatkan pemain berkualiti kerana persaingan semakin sukar ketika ini," ujar Benitez.
Sebelum ini, pengendali dari Sepanyol itu secara ter- buka menyuarakan minatnya untuk mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Rafael van der Vaart dan penyerang Tottenham Hotspur, Roman Pavlyuchenko.
"Eduardo adalah pemain yang serba boleh dan dia juga merupakan pemain yang mampu memberi impak kepada kami."Saya harap, kami dapat membawanya ke sini (Anfield) pada Januari depan," tambah Benitez.
Bagi Eduardo sendiri, dia jarang diturunkan dalam skuad Arsenal kendalian Arsene Wenger ekoran kehadiran ramai pemain muda berbakat di kelab itu.
KOMEN: Mustahil Pak Usin Wenger nak lepaskan Eduardo camtu saja. Pengganti Adebayor pun Wenger belum beli lagi, inikan pula nak lepaskan pemain lain pula. Agak mustahil tetapi mungkin boleh berlaku. Cuma kalau hendak juga Eduardo kena pastikan Voronin dibawa keluar dulu.
setuju sgt Voronin MESTI BLAH, dikuti babel dan Lucas!
ReplyDeletetang Eduardo tu, ok la jugak... tapi sejak kaki dia hampir putus tu agak risau gak ahh...
tapi best gak kita akan mendahului Chealsea, kita dah ada dua orang diver,
baik untuk Liverpool apa...
Hello,
ReplyDeleteI have been browsing your site today and I think that the artciles on your site aee excellent.
My name is Mark Ferguson and I am contacting you about guest blogging on your site.
I wuld of course write contant that is relevant for you site and all I ask in return is a couple of links in the guest blog back to my sites.
I hope to hear from you soon.
Regards,
Mark