Jangan sedih dengan tragedi semalam. Kalau nak kira teruk peminat Wigan lagi kecewa. Namun pasukan kita telah melakukan yang terbaik. Tanpa prejudis saya anggap sesiapa yang amat mengharapkan Lyon akan mengatasi Fiorentina mungkin kurang arif tentang politik bolasepak. Pertamanya bermain ditempat lawan bukannya mudah tetapi buat apa hendak bermain sepenuh hati jika memang sudah layak. Lebih baik Lyon simpan pemain utama untuk saingan domestik.
Keduanya saya rasa Pengurus Lyon memang bijak. Beliau lebih memandang tinggi kekuatan keseluruhan Liverpool berbanding Fiorentina. Buat apa hendak biarkan Liverpool layak kerana silap-silap jika bertemu kembali pasukan yang dibarisi pemain terkuat, mampos diaorang. Umpama lepaskan anjing tersepit. Pasti keting si penolong rabak terkulai.
Banyak hikmah yang mungkin menanti selepas ini. Kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku boleh lah dikatakan agak mengecewakan. Antaranya ialah pendapatan dari saingan Liga Juara-Juara akan susut. Modal untuk membeli pemain baru musim depan juga ciput akibat masalah itu. Pemain utama mungkin akan dijual (harapnya tidak) untuk menampung hutang lapok. Rafa mungkin pergi ke Real Madrid dan juga dibawanya Torres, Gerrard dan Lucas (anak emas).
Tetapi setelah dibuang jauh-jauh persepsi. Ada baiknya juga situasi ini. Antaranya ialah berkemungkinan pemilik sekarang akan menjual pegangan mereka kepada pelabur baru. Ketakukan mereka adalah berpaksikan duit. Modal Liverpool untuk bertarung dengan hutang keliling pinggang adalah wang saku dari pencapaian Liga Juara-Juara Eropah. Jika berjaya sekalipun memenangi Piala Europa hasil yang diperolehi tidak seberapa. Kerana itulah empayar Man U berkembang selama sedekad kerana tidak pernah kantoi ke Liga Juara.
Terakhir sekali pastinya pasukan kita boleh berbangga juga jika berjaya menang Europa (Piala UEFA) kerana ini merupakan rekod terbanyak menggunguli piala itu dengan 4 (jika menang), ini kerana 3 pasukan mempunyai rekod dengan 3 kejuaraan selain Liverpool ialah Juventus dan Inter Milan. Nak kata optimis pun tidak nak kata tak yakin pun tidak. Semuanya bergantung kepada kegairahan Rafa serta pemain untuk memenuhi cabaran yang agak kecil nilainya berbanding Piala Juara eropah. Kita disini akan bersorak tak kira apa cabaran digalas.
salam bro.. aku keciwa sangat bro... dahlah EPL kita terok chmpion L, pun kita tengelam... ermmm tp tak ape teap liverpool d hati... aku harap LIVERPOOL ada pemilik baru... selagi berok 2 ekor tu yang jadi taukey kita tetap MACAm tuuu jee... keciwa lah.. sampai bila nak pk pasal pemain gantian.. best 11 cedera so sapa nak main..?? tiap perlawanan kita asyik bolos je... apa dah jadi?
ReplyDeleteku jua kuciwa.. tp bengong tol fan2 MU yang suh p sokong MU sbb liverpool tgh tunggang langgang. cetek punya akal.. ingat buleh main tukar2 ka~ isk..emo2! Liverpool 4eva.. sori la luah perasaan kat cni..ehehe
ReplyDelete
ReplyDeleteSaya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut