SELAMAT berjumpa lagi.
Minggu ini saya masih gemar untuk berkongsi mengenai perlawanan membabitkan
Menurut laporan media di England, semuanya nampak sukar buat United selepas kekalahan mereka ke atas The Blues yang terus mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.Mereka dilihat pilihan untuk bergelar juara musim ini dengan kelebihan mata yang dianggap agak selesa.Walaupun kenyataannya United berada dalam kedudukan yang terumbang-ambing tetapi mereka masih boleh terus memberi saingan. Selepas ini mereka akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea dan saingan liga pula masih panjang.
United sudah biasa dengan keadaan seperti ini dan pengalaman lalu juga membuktikan mereka tidak mudah menyerah sebelum saingan liga berakhir. Saya pasti mereka akan terus memberi tekanan kepada Chelsea.Di Asia, lain pula ceritanya. Media tempatan melaporkan bahawa Piala Afrika yang akan bermula Januari tahun depan bakal menjejaskan kempen Chelsea.
Begitupun, pada tempoh tersebut Chelsea tidak berdepan perlawanan sukar dan saya rasa ia tidak akan menjejaskan rentak mereka walaupun bakal kehilangan beberapa tonggak utama yang akan mewakili negara masing-masing pada saingan Piala Afrika kelak.Saya masih berpegang dengan pendirian saya bahawa Chelsea memiliki skuad yang cukup mantap musim ini.Seminggu selepas Chelsea meraih kemenangan bergaya ke atas United itu, isu pengadil sekali lagi menjadi tumpuan. Semua akhbar di England menjadikannya sebagai tajuk utama.
Semakin banyak pula kontroversi yang dibangkitkan selepas perlawanan antara Liverpool dengan Birmingham.Bagi saya, ia adalah sebahagian daripada bola sepak tetapi ia tidak berlaku di Stamford Bridge. Saya juga berpendapat bahawa Didier Drogba tidak berada dalam kedudukan ofsaid sebelum mereka menjaringkan gol kemenangan ke atas United dan mungkin sebab itulah ia tidak begitu dibangkitkan oleh media.
Saya rasa Chelsea memang berhak menang perlawanan tersebut.Seperti musim-musim lepas, saya masih yakin dengan kemampuan United. Mereka akan kembali menyengat pada bulan Januari dan itu yang mereka buktikan setiap musim. Saya juga berpendapat skuad kendalian Alex Ferguson itu memerlukan seorang lagi penyerang. Kehilangan Cristiano Ronaldo dilihat agak menjejaskan keberkesanan mereka di bahagian serangan selain kehilangan bisa di bahagian tengah. Pada pandangan saya, pemain berkelas dunia seperti Ronaldo memang diperlukan untuk mengharungi saingan liga yang dilihat semakin mencabar.
Antonio Valencia mungkin seorang pemain yang berkebolehan tetapi adakan dia berkelas dunia? Pada ketika ini, United memang memerlukan seorang pemain yang serba boleh, yang boleh mencipta peluang serta membawa kemenangan kepada pasukan. Tetapi, pemain seperti itu memang sukar untuk dicari pada musim perpindahan Januari depan.
Bagi Chelsea pula, penggantungan mereka daripada membeli pemain pada musim perpindahan Januari depan tidak mengejutkan saya. Kita juga sudah tahu ia akan berlaku dan hakikatnya, pemain itu sendiri yang akan membuat keputusan - pasukan mana yang menjadi pilihan dia.Meskipun digantung, saya yakin Chelsea juga akan mencari pemain baru pada musim perpindahan Januari depan.
Walaupun saya rasa Chelsea dilihat mantap disemua posisi, mereka akan tetap mencari seorang pemain serba boleh yang mampu menjalankan tugas dengan baik pada setiap posisi sebelum beberapa tonggak utama beraksi pada Piala Afrika. Pemain tersebut sudah pastinya yang boleh menyesuaikan diri dengan sistem Carlo Ancelotti.Joe Cole pula sudah kembali beraksi dan ia dianggap bonus buat Chelsea.
Kini timbul pula khabar angin bahawa Ancelotti akan membeli penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero dan saya yakin pemain tersebut tidak akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan sistem permainan di Stamford Bridge itu. Jika kamu seorang pemain berkelas dunia, kamu tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan apa juga sistem sekali pun.
Kita berbalik kepada Liverpool. Apa yang pasti skuad bimbingan Rafael Benitez itu memerlukan pemain baru, tetapi mereka perlu menjual pemain sedia ada sebelum boleh berbuat demikian.Mengimbas perlawanan mereka menentang Birmingham, Liverpool seharusnya memenangi perlawanan tersebut berdasarkan jumlah percubaan yang mereka lakukan di hadapan gawang lawan. Mereka menguasai permainan tetapi gerakan mereka tidak mengancam pertahanan Birmingham. Birmingham pula hanya mempunyai dua percubaan dan ia diterjemahkan kepada jaringan.
Sepakan penalti pada perlawanan tersebut juga tidak harus diberikan kepada Liverpool kerana David Ngog memang dilihat dengan jelas sengaja menjatuhkan badannya. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Liverpool bernasib baik kerana mencatat keputusan seri tetapi bagi saya mereka tidak bernasib baik untuk menang.Liverpool memang agak terasa tanpa khidmat Fernando Torres dan mereka juga dilihat semakin mudah untuk dibolosi lawan. Jika mereka terus mempamerkan prestasi seperti itu, skuad dari Anfield ini akan menghadapi masalah besar.
Apakah pula perkembangan di Arsenal? Setakat ini memang dilihat mantap lagipun mereka memang sentiasa mempamerkan kelas tersendiri di bawah Arsene Wenger. Saya boleh katakan bahawa Arsenal adalah sebuah pasukan yang menyerlah dalam liga. Tetapi, pada penghujung musim prestasi mereka sering goyah. Adakah kali ini mereka mampu melontarkan cabaran kepada pasukan seperti United mahupun Chelsea? Berdasarkan persembahan, mereka memang memiliki kualiti tetapi saya berpendapat kualiti yang ada pada mereka itu belum mampu untuk menyaingi United mahupun Chelsea.
Jika Cesc Fabregas, Andrei Arshavin atau Robin van Persie mengalami kecederaan, pemain lain dalam pasukan Arsenal tidak mampu untuk mengisi kekosongan itu.Setakat ini, Chelsea tidak memperlihatkan sebarang masalah. Bagi saya, mereka adalah sebuah pasukan yang paling mantap dalam liga. Saya sudah tidak sabar untuk melihat bagaimana United dan Alex Ferguson menyahut cabaran yang dibuktikan Chelsea ketika ini. Saya yakin ia akan menjadi lebih menarik.
Steve McMahon, bekas pemain tengah Liverpool dan England adalah penganalisis tetap bola sepak di ESPN menerusi program Football Focus and Forecast.
No comments:
Post a Comment