"APAKAH jika Liverpool terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara bermakna 'kiamat' buat kami"?
Demikian pertanyaan penuh sindiran penjaga gol Liverpool, Pepe Reina apabila nasib The Kops jadi tajuk perbualan menjelang saingan hidup mati, Rabu ini.
Reina tahu kelabnya perlu menang dalam dua perlawanan terakhir sambil mengharap Lyon yang sudahpun layak ke pusingan kalah mati, dapat 'membantu' apabila bertemu Fiorentina dari Itali dalam saingan Kumpulan E pada hari sama.Fiorentina tanpa kelibat Adrian Mutu - peledak tiga gol dalam kejohanan ini - yang mengalami kecederaan lutut, mungkin satu lagi kelebihan buat Liverpool.
"Tidak banyak kelab mampu ke separuh akhir dan final dua kali termasuk memenangi satu gelaran pada beberapa musim lalu. Ia boleh berlaku lagi," katanya.
Pengurus, Rafael Benitez pula 'nampak tenang dalam gemuruh' ketika prestasi Liverpool paling merudum dalam 50 tahun dengan hanya mencatat satu kemenangan dalan lapan perlawanan."Kami pernah mencipta keajaiban sebelum ini dan kami mampu melakukannya sekali lagi," kata pengurus berusia 49 tahun yang membawa pulang trofi berkenaan ke Anfield pada 2005 dan Piala FA pada 2006.Benitez sedar 'kuasa penentu' bukan lagi di tangan Liverpool."Kami perlu atasi Debrecen dan kemudian mengharapkan Lyon 'membantu' kami menewaskan Fiorentina," katanya. "Tetapi saya percaya keajaiban akan berulang buat Liverpool."
Kita imbas kembali detik 'lima keajaiban' yang menyusul ketika Liverpool sangat mengharapkan 'talian hayat' dalam aksi Liga Juara-Juara sejak lima tahun lalu.
Disember 2004: Peringkat kumpulan - Liverpool 3 Olympiakos 1
Prestasi hambar peringkat awal kumpulan menyaksikan Liverpool perlu menewaskan wakil Greece dengan kelebihan dua gol untuk mengelak tersingkir. Olympiakos mendahului 1-0 menerusi Rivaldo membayangkan detik kehancuran. Florent Sinama-Pongolle menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua tetapi Liverpool masih memerlukan dua gol lagi ketika aksi hanya tinggal 10 minit. Neil Mellor menjadikan kedudukan 2-1 dan sepakan voli Steven Gerrard pada jarak 40 meter membolehkan Liverpool mara ke saingan kalah mati.
Mei 2005: Separuh akhir kedua - Liverpool 1 Chelsea 0
Skuad Benitez mara ke separuh akhir penuh getir yang disifatkan Jose Mourinho 'tiada gol dalam aksi 180 minit'. William Gallas dilihat cuba mengeluar bola di atas garisan hasil terjahan Luis Garcia tetapi pengadil, Lubos Michel mengesahkannya. Mourinho anggap ia adalah 'gol dari bulan' - boleh jadi dia terlupa beberapa minit sebelum itu Petr Cuch menjatuhkan Milan Baros dalam kawasan penalti tetapi terselamat.
Mei 2005: Final - Liverpool 3 AC Milan 3 (Liverpool menang penalti 3-2)
Seleps mara ke final yang dianggap nasib, Liverpool dibelasah pada separuh masa pertama. Milan mendahului pada minit pertama menerusi kapten, Paolo Maldini diikuti gol berganda Hernan Crespo menggambarkan 'malam jahanam' buat lawan mereka. Milan sudahpun merai 'kejayaan' mereka di bilik persalinan pada waktu rehat. Kemudian Liverpool memulakan cerita aneh. Gerrard memulakannya dengan gol tandukkan pada minit ke-54 diikuti gol jarak dekat oleh Vladimir Smicer. The Reds kemudian mendapat penalti kontroversial. Dida menyelamatkan sepakan Xabi Alonso tetapi pemain Sepanyol itu menggegar hasil lantunan semula. Jerzy Dudek muncul wira Liverpool apabila menepis sepakan penalti Andriy Shevchenko pada masa tambahan dan kemudian pada penalti penentuan membolehkan Liverpool muncul juara buat kali kelima.
November/Disember 2007 - Peringkat kumpulan - Liverpool 8 Besiktas 0, Liverpool 4 Porto 1, Marseille 0 Liverpool 4
Seri di Porto dan tewas kepada Marseille serta Besiktas memaksa skuad Benitez perlu menang dalam tiga aksi terakhir pusingan kedua kumpulan untuk ke pusingan kalah mati. Liverpool melakukan kebangkitan luar biasa. Bermula dengan membelasah Besiktas, dengan hatrik daripada
Yossi Benayoun dan dua gol Ryan Babel kemudian melakukan hatrik lewat permainan ketika menewaskan Porto di Anfield. Kemegahan Liverpool memuncak di Stade Velodrome, Marseille menerusi gol Gerrard, Torres, Dirk Kuyt dan Babel menyaksikan Liverpool mara ke pusingan kalah mati.
April 2008 - Suku akhir kedua - Liverpool 4 Arsenal 2 (Agregat 5-3)
Satu lagi aksi mendebarkan membabitkan dua kelab Inggeris yang berakhir penuh drama di Anfield. Perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan tambahan masa sehinggalah Fernando Torres meledak hebat pada minit ke-69 untuk memberi kelebihan kepada Liverpool. Kemudian - hanya enam minit permainan akan berakhir - kemusnahan muncul. Serangan balas Arsenal menerusi
Theo Walcott, yang menewaskan tiga peman dan melorong kepada Emmanuel Adebayor untuk gol mudah membolehkan pelawat pula mendapat kelebihan di segi agregat. Dua minit sebelum tamat, Kolo Toure membentes keras Babel membolehkan Liverpool mendapat penalti. Gerrard menyempurnakannya sebelum Babel - raja gol saat akhir - menambah derita Arsenal.
No comments:
Post a Comment