Nov 30, 2009

Menang tapi masih terkilan...

Sungguh teramat terkilan dengan Rafa. Memang beliau tidak berhati perut langsung. Sanggup mengecewakan kami peminat fanatik dan juga sebilangan peminat lalang.  Segala apa diucapkan beliau nista belaka. Makan boleh sebarang makan. Tapi cakap jangan sebarang cakap. Kerana mulut binasa pulut. Memang dah tak boleh dibiarkan mamat Rafa ni. Janji tinggal janji. Adakah patut tak beri Aquilani main barang seminit pun. Kejam betul.

Dari ketika Lucas kena penyigung dengan Mat Afro sampai berdarah muka aku dah seakan nampak yang harapan untuk Aquilani masuk kian hampir. Alih-alih Lucas tak jadi apa-apa plak. Syukur. Eh... kalau Lucas cedera kan baik juga. Boleh Aquilani masuk main dengan Mascher. Tapi terfiir balik. Lucas pula main teramat bagus, sebiji macam Dunga masa muda-muda dulu. Betul tak tipu memang benar tak percaya sudah.

Kalau Lucas tak boleh diganti, apakata kalau Masher saja yang dikeluarkan. Tapi agak mustahil kerana Masher adalah penyumbang gol pertama. Malah antara pemain paling sibuk macam ahli koperat ke hulu ke hilir mengejar bola dan memangkas kaki. Sekalipun begitu, Mascher perlu rehat kerana sejak pulang dari perlawanan antarabangsa sampai saja terus pakai seluar trek masuk padang latihan. Namun sampai ke minit akhir tak ada tanda-tanda kelelahan si masher ni. Mesti selalu amal Tongkat Ali kot.

Seperti biasa Ngog jadi pilihan untuk keseorangan di hadapan. Sejak awal lagi aku tidak yakin kemampuan beliau. Bukan kerana tidak peduli sumbangan gol setakat ini. Tetapi takut kalau satu-satunya penyerang berwibawa kita akan menjadi sambal bilis Yobo dan Distin. Seperti biasa Ngog bermain dengan yakin dan terkadang terlalu yakin sampai ada satu ketika hantaran kepada lawan. Apabila Benayoun dilihat menjadi pemain yang bakal masuk saya masih yakin yang selepas ini mungkin giliran Aquilani akan tiba. Benni tidak mempersia-siakan Rafa dan peminat aksi licik beliau telah membuka kembali aura serangan kita yang mandul sepelepas gol pertama.

Aku agak hairan kenapa Aurelio main akup kiri. Potong orang memang tak retii. Sekadar pandai melakukan hantaran lintang. Itu saja. Keraguan tentang kebolehan Fabio ketika menyerang memang ada. Cuma Rafa seakan mahu mengekang asakan Pineaar yang agak licik. Memang cerdas minda Rafa kerana seawal minit permainan sebelah kiri menjadi asakan bertalu-talu. Sekali lagi apabila melihat Riera masuk aku makin tak senang duduk. Kenapa Riera bukannya Aquilani. Riera adalah pemangkin gol kedua keranan rembatan beliau disambut Kuyt dengan ucapan terima kasih.

Sudah hampir minit perlawanan namun kelibat Aquilani masih tiada. Antara sasaran yang aku nampak sesuai untuk direhatkan bagi memberi peluang kepda Aquilani adalah kapten Gerrard. Nampak keletihan kapten kita itu. Ini mungkin waktu terbaik untuk berehat kerana dengar cerita Gerrard belum pulih 100 % lagi. Tapi agak musykil kalau cedera teruk sangat sebelum ini kenapa masih main penuh. Pakai uri kuda juga kot. Jadi main pun semacam kuda.

Setelah wisel penamat ditiupkan barulah aku faham yang Rafa amat teliti dalam percaturan beliau. Kadang menjadi dan terkadang tidak. Tapi itu terserah kepada pemain sendiri untuk melaksankan arahan. Walaupun terkadang apa yang dibuat tapi disuruh lain. Kita tidak pasti yang Aquilani akan bermain semantap Lucas dan Mascher secara fizikal dan mental menghdapi barisan Toffes yang bermain macam orang gila mengamuk membantai kaki ,menyiku muka dan macam-macam aksi ala WWE Smackdown. Mungkin kali ini aku masih boleh bersabardengan alasan, tetapi lain kali mungkin tidak. Pergi jahanam dengan alasan. Aquilani wajib main. Nokhtah.

 

Nov 29, 2009

Lawatan ke Goodison

Spurs, Villa dan Man City dah sangkut malam tadi. Ini peluang terbuka untuk Liverpool kembali merapatkan jurang.  Buka senang nak pintas mereka kelak.  Lawan kita malam ini merupakan musuh tradisi satu kampung. Everton pun bukan macam sebelum ini. Pasukan mereka pon goyah walaupun ramai kesebelasan utama yang pulih. Cuma apa yang diharapkan Rafa boleh menurunkan kesebelasan terkuat untuk menghadapi musuh digelangggang sendiri. Ketiadaan Torres mungkin dirasai tetapi Ngog semakin lama semakin menjadi. Cuma barisan pertahanan yang perlu bekerja keras. Apa pun saya harap pasukan kita kena berhati-hati dengan sepakan percuma dan penjuru lawan. Kerana mereka akan menggunakan sepenuhnya kesempatan itu.

Nov 26, 2009

Europa pun Europa lah...

Jangan sedih dengan tragedi semalam. Kalau nak kira teruk peminat Wigan lagi kecewa. Namun pasukan kita telah melakukan yang terbaik. Tanpa prejudis saya anggap sesiapa yang amat mengharapkan Lyon akan mengatasi Fiorentina mungkin kurang arif tentang politik bolasepak. Pertamanya bermain ditempat lawan bukannya mudah tetapi buat apa hendak bermain sepenuh hati jika memang sudah layak. Lebih baik Lyon simpan pemain utama untuk saingan domestik.

Keduanya saya rasa Pengurus Lyon memang bijak. Beliau lebih memandang tinggi kekuatan keseluruhan  Liverpool berbanding Fiorentina. Buat apa hendak biarkan Liverpool layak kerana silap-silap jika bertemu kembali pasukan yang dibarisi pemain terkuat, mampos diaorang. Umpama lepaskan anjing tersepit. Pasti keting si penolong rabak terkulai.

Banyak hikmah yang mungkin  menanti selepas ini. Kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku boleh lah dikatakan agak mengecewakan. Antaranya ialah pendapatan dari saingan Liga Juara-Juara akan susut. Modal untuk membeli pemain baru musim depan juga ciput akibat masalah itu. Pemain utama mungkin akan dijual (harapnya tidak) untuk menampung hutang lapok. Rafa mungkin pergi ke Real Madrid dan juga dibawanya Torres, Gerrard dan Lucas (anak emas).

Tetapi setelah dibuang jauh-jauh persepsi. Ada baiknya juga situasi ini. Antaranya ialah berkemungkinan pemilik sekarang akan menjual pegangan mereka kepada pelabur baru. Ketakukan mereka adalah berpaksikan duit. Modal Liverpool untuk bertarung dengan hutang keliling pinggang adalah wang saku dari pencapaian Liga Juara-Juara Eropah. Jika berjaya sekalipun memenangi Piala Europa hasil yang diperolehi tidak seberapa. Kerana itulah empayar Man U berkembang selama sedekad kerana tidak pernah kantoi ke Liga Juara.

Terakhir sekali pastinya pasukan kita boleh berbangga juga jika berjaya menang Europa (Piala UEFA) kerana ini merupakan rekod terbanyak menggunguli piala itu dengan 4 (jika menang), ini kerana 3 pasukan mempunyai rekod dengan 3 kejuaraan selain Liverpool ialah Juventus dan Inter Milan. Nak kata optimis pun tidak nak kata tak yakin pun tidak. Semuanya bergantung kepada kegairahan Rafa serta pemain untuk memenuhi cabaran yang agak kecil nilainya berbanding Piala Juara eropah. Kita disini akan bersorak  tak kira apa cabaran digalas.

 

 

Nov 24, 2009

Eropah: Menanti Detik 'Ajaib Keenam' (EPLX.com.my)

 

"APAKAH jika Liverpool terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara bermakna 'kiamat' buat kami"?

Demikian pertanyaan penuh sindiran penjaga gol Liverpool, Pepe Reina apabila nasib The Kops jadi tajuk perbualan menjelang saingan hidup mati, Rabu ini.
Reina tahu kelabnya perlu menang dalam dua perlawanan terakhir sambil mengharap Lyon yang sudahpun layak ke pusingan kalah mati, dapat 'membantu' apabila bertemu Fiorentina dari Itali dalam saingan Kumpulan E pada hari sama.Fiorentina tanpa kelibat Adrian Mutu - peledak tiga gol dalam kejohanan ini - yang mengalami kecederaan lutut, mungkin satu lagi kelebihan buat Liverpool.

"Tidak banyak kelab mampu ke separuh akhir dan final dua kali termasuk memenangi satu gelaran pada beberapa musim lalu. Ia boleh berlaku lagi," katanya.
Pengurus, Rafael Benitez pula 'nampak tenang dalam gemuruh' ketika prestasi Liverpool paling merudum dalam 50 tahun dengan hanya mencatat satu kemenangan dalan lapan perlawanan."Kami pernah mencipta keajaiban sebelum ini dan kami mampu melakukannya sekali lagi," kata pengurus berusia 49 tahun yang membawa pulang trofi berkenaan ke Anfield pada 2005 dan Piala FA pada 2006.Benitez sedar 'kuasa penentu' bukan lagi di tangan Liverpool."Kami perlu atasi Debrecen dan kemudian mengharapkan Lyon 'membantu' kami menewaskan Fiorentina," katanya. "Tetapi saya percaya keajaiban akan berulang buat Liverpool."


Kita imbas kembali detik 'lima keajaiban' yang menyusul ketika Liverpool sangat mengharapkan 'talian hayat' dalam aksi Liga Juara-Juara sejak lima tahun lalu.

Disember 2004: Peringkat kumpulan - Liverpool 3 Olympiakos 1

Prestasi hambar peringkat awal kumpulan menyaksikan Liverpool perlu menewaskan wakil Greece dengan kelebihan dua gol untuk mengelak tersingkir. Olympiakos mendahului 1-0 menerusi Rivaldo membayangkan detik kehancuran. Florent Sinama-Pongolle menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua tetapi Liverpool masih memerlukan dua gol lagi ketika aksi hanya tinggal 10 minit. Neil Mellor menjadikan kedudukan 2-1 dan sepakan voli Steven Gerrard pada jarak 40 meter membolehkan Liverpool mara ke saingan kalah mati.

Mei 2005: Separuh akhir kedua - Liverpool 1 Chelsea 0

Skuad Benitez mara ke separuh akhir penuh getir yang disifatkan Jose Mourinho 'tiada gol dalam aksi 180 minit'. William Gallas dilihat cuba mengeluar bola di atas garisan hasil terjahan Luis Garcia tetapi pengadil, Lubos Michel mengesahkannya. Mourinho anggap ia adalah 'gol dari bulan' - boleh jadi dia terlupa beberapa minit sebelum itu Petr Cuch menjatuhkan Milan Baros dalam kawasan penalti tetapi terselamat.

Mei 2005: Final - Liverpool 3 AC Milan 3 (Liverpool menang penalti 3-2)

Seleps mara ke final yang dianggap nasib, Liverpool dibelasah pada separuh masa pertama. Milan mendahului pada minit pertama menerusi kapten, Paolo Maldini diikuti gol berganda Hernan Crespo menggambarkan 'malam jahanam' buat lawan mereka. Milan sudahpun merai 'kejayaan' mereka di bilik persalinan pada waktu rehat. Kemudian Liverpool memulakan cerita aneh. Gerrard memulakannya dengan gol tandukkan pada minit ke-54 diikuti gol jarak dekat oleh Vladimir Smicer. The Reds kemudian mendapat penalti kontroversial. Dida menyelamatkan sepakan Xabi Alonso tetapi pemain Sepanyol itu menggegar hasil lantunan semula. Jerzy Dudek muncul wira Liverpool apabila menepis sepakan penalti Andriy Shevchenko pada masa tambahan dan kemudian pada penalti penentuan membolehkan Liverpool muncul juara buat kali kelima.

November/Disember 2007 - Peringkat kumpulan - Liverpool 8 Besiktas 0, Liverpool 4 Porto 1, Marseille 0 Liverpool 4

Seri di Porto dan tewas kepada Marseille serta Besiktas memaksa skuad Benitez perlu menang dalam tiga aksi terakhir pusingan kedua kumpulan untuk ke pusingan kalah mati. Liverpool melakukan kebangkitan luar biasa. Bermula dengan membelasah Besiktas, dengan hatrik daripada

Yossi Benayoun dan dua gol Ryan Babel kemudian melakukan hatrik lewat permainan ketika menewaskan Porto di Anfield. Kemegahan Liverpool memuncak di Stade Velodrome, Marseille menerusi gol Gerrard, Torres, Dirk Kuyt dan Babel menyaksikan Liverpool mara ke pusingan kalah mati.

April 2008 - Suku akhir kedua - Liverpool 4 Arsenal 2 (Agregat 5-3)

Satu lagi aksi mendebarkan membabitkan dua kelab Inggeris yang berakhir penuh drama di Anfield. Perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan tambahan masa sehinggalah Fernando Torres meledak hebat pada minit ke-69 untuk memberi kelebihan kepada Liverpool. Kemudian - hanya enam minit permainan akan berakhir - kemusnahan muncul. Serangan balas Arsenal menerusi

Theo Walcott, yang menewaskan tiga peman dan melorong kepada Emmanuel Adebayor untuk gol mudah membolehkan pelawat pula mendapat kelebihan di segi agregat. Dua minit sebelum tamat, Kolo Toure membentes keras Babel membolehkan Liverpool mendapat penalti. Gerrard menyempurnakannya sebelum Babel - raja gol saat akhir - menambah derita Arsenal.

Liverpool intai bisa Nistelrooy (Sinar)

Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy secara pinjaman apabila pintu perpindahan pemain dibuka semula Januari tahun depan.
Nistelrooy sebelum ini pernah membuat kenyataan ingin meninggalkan Santiago Bernabeu jika tidak dapat beraksi dalam kesebelasan utama Real sebagai usahanya untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda pada Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

Hasrat Nistelrooy dilihat sukar kerana Real ketika ini dilihat memiliki jentera serangan berbisa dengan kehadiran Kaka, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema. Ini memungkinkan dia meninggalkan kelab Galacticos itu Januari nanti. Liverpool yang semakin terdesak untuk mengejar Chelsea dan Manchester United dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) amat berminat untuk membawa Nistelrooy ke Anfield tetapi perlu bersaing dengan Tottenham Hotspur dan Manchester City yang turut menunjukkan minat terhadap pemain berkenaan.

Tetapi Nistelrooy dilaporkan lebih berminat untuk menyarung jersi The Reds meskipun menyedari permusuhan kelab itu dengan bekas kelabnya, Manchester United. Dia sebelum ini menikmati lima musim yang indah di Old Trafford, apabila menjuarai EPL dan Piala FA serta meledak 150 gol dalam 219 penampilan bersama Red Devils.

 

KOMEN: Jangan lepaskan peluang untuk melihat muka Ferguson ketika RVN menjaringkan gol sulung buat kita di Old Trafford nanti. Kalau RVN boleh beri komitmen seperti Paul Ince maka makin panas perang Rafa-Fergie. Risiko memang ada tapi kalau dengan modal yang kecil mungkin akan berbaloi-baloi. Apa pun kena tunggu sampai jadi baru boleh komen kaw-kaw lagi.

Nov 23, 2009

McMmahon menulis (Kosmo)

SELAMAT berjumpa lagi.
Minggu ini saya masih gemar untuk berkongsi mengenai perlawanan membabitkan Chelsea dengan Manchester United dua minggu lepas.
Saya percaya, keputusan perlawanan tersebut masih segar dalam ingatan khususnya peminat pasukan Chelsea. Kemenangan yang diraih oleh The Blues pada perlawanan tersebut semakin menghangatkan suasana Liga Perdana England.

Menurut laporan media di England, semuanya nampak sukar buat United selepas kekalahan mereka ke atas The Blues yang terus mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.Mereka dilihat pilihan untuk bergelar juara musim ini dengan kelebihan mata yang dianggap agak selesa.Walaupun kenyataannya United berada dalam kedudukan yang terumbang-ambing tetapi mereka masih boleh terus memberi saingan. Selepas ini mereka akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea dan saingan liga pula masih panjang.

United sudah biasa dengan keadaan seperti ini dan pengalaman lalu juga membuktikan mereka tidak mudah menyerah sebelum saingan liga berakhir. Saya pasti mereka akan terus memberi tekanan kepada Chelsea.Di Asia, lain pula ceritanya. Media tempatan melaporkan bahawa Piala Afrika yang akan bermula Januari tahun depan bakal menjejaskan kempen Chelsea.

Begitupun, pada tempoh tersebut Chelsea tidak berdepan perlawanan sukar dan saya rasa ia tidak akan menjejaskan rentak mereka walaupun bakal kehilangan beberapa tonggak utama yang akan mewakili negara masing-masing pada saingan Piala Afrika kelak.Saya masih berpegang dengan pendirian saya bahawa Chelsea memiliki skuad yang cukup mantap musim ini.Seminggu selepas Chelsea meraih kemenangan bergaya ke atas United itu, isu pengadil sekali lagi menjadi tumpuan. Semua akhbar di England menjadikannya sebagai tajuk utama.

Semakin banyak pula kontroversi yang dibangkitkan selepas perlawanan antara Liverpool dengan Birmingham.Bagi saya, ia adalah sebahagian daripada bola sepak tetapi ia tidak berlaku di Stamford Bridge. Saya juga berpendapat bahawa Didier Drogba tidak berada dalam kedudukan ofsaid sebelum mereka menjaringkan gol kemenangan ke atas United dan mungkin sebab itulah ia tidak begitu dibangkitkan oleh media.

Saya rasa Chelsea memang berhak menang perlawanan tersebut.Seperti musim-musim lepas, saya masih yakin dengan kemampuan United. Mereka akan kembali menyengat pada bulan Januari dan itu yang mereka buktikan setiap musim. Saya juga berpendapat skuad kendalian Alex Ferguson itu memerlukan seorang lagi penyerang. Kehilangan Cristiano Ronaldo dilihat agak menjejaskan keberkesanan mereka di bahagian serangan selain kehilangan bisa di bahagian tengah. Pada pandangan saya, pemain berkelas dunia seperti Ronaldo memang diperlukan untuk mengharungi saingan liga yang dilihat semakin mencabar.

Antonio Valencia mungkin seorang pemain yang berkebolehan tetapi adakan dia berkelas dunia? Pada ketika ini, United memang memerlukan seorang pemain yang serba boleh, yang boleh mencipta peluang serta membawa kemenangan kepada pasukan. Tetapi, pemain seperti itu memang sukar untuk dicari pada musim perpindahan Januari depan.

Bagi Chelsea pula, penggantungan mereka daripada membeli pemain pada musim perpindahan Januari depan tidak mengejutkan saya. Kita juga sudah tahu ia akan berlaku dan hakikatnya, pemain itu sendiri yang akan membuat keputusan - pasukan mana yang menjadi pilihan dia.Meskipun digantung, saya yakin Chelsea juga akan mencari pemain baru pada musim perpindahan Januari depan.

Walaupun saya rasa Chelsea dilihat mantap disemua posisi, mereka akan tetap mencari seorang pemain serba boleh yang mampu menjalankan tugas dengan baik pada setiap posisi sebelum beberapa tonggak utama beraksi pada Piala Afrika. Pemain tersebut sudah pastinya yang boleh menyesuaikan diri dengan sistem Carlo Ancelotti.Joe Cole pula sudah kembali beraksi dan ia dianggap bonus buat Chelsea.

Kini timbul pula khabar angin bahawa Ancelotti akan membeli penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero dan saya yakin pemain tersebut tidak akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan sistem permainan di Stamford Bridge itu. Jika kamu seorang pemain berkelas dunia, kamu tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan apa juga sistem sekali pun.

Kita berbalik kepada Liverpool. Apa yang pasti skuad bimbingan Rafael Benitez itu memerlukan pemain baru, tetapi mereka perlu menjual pemain sedia ada sebelum boleh berbuat demikian.Mengimbas perlawanan mereka menentang Birmingham, Liverpool seharusnya memenangi perlawanan tersebut berdasarkan jumlah percubaan yang mereka lakukan di hadapan gawang lawan. Mereka menguasai permainan tetapi gerakan mereka tidak mengancam pertahanan Birmingham. Birmingham pula hanya mempunyai dua percubaan dan ia diterjemahkan kepada jaringan.

Sepakan penalti pada perlawanan tersebut juga tidak harus diberikan kepada Liverpool kerana David Ngog memang dilihat dengan jelas sengaja menjatuhkan badannya. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Liverpool bernasib baik kerana mencatat keputusan seri tetapi bagi saya mereka tidak bernasib baik untuk menang.Liverpool memang agak terasa tanpa khidmat Fernando Torres dan mereka juga dilihat semakin mudah untuk dibolosi lawan. Jika mereka terus mempamerkan prestasi seperti itu, skuad dari Anfield ini akan menghadapi masalah besar.

Apakah pula perkembangan di Arsenal? Setakat ini memang dilihat mantap lagipun mereka memang sentiasa mempamerkan kelas tersendiri di bawah Arsene Wenger. Saya boleh katakan bahawa Arsenal adalah sebuah pasukan yang menyerlah dalam liga. Tetapi, pada penghujung musim prestasi mereka sering goyah. Adakah kali ini mereka mampu melontarkan cabaran kepada pasukan seperti United mahupun Chelsea? Berdasarkan persembahan, mereka memang memiliki kualiti tetapi saya berpendapat kualiti yang ada pada mereka itu belum mampu untuk menyaingi United mahupun Chelsea.

Jika Cesc Fabregas, Andrei Arshavin atau Robin van Persie mengalami kecederaan, pemain lain dalam pasukan Arsenal tidak mampu untuk mengisi kekosongan itu.Setakat ini, Chelsea tidak memperlihatkan sebarang masalah. Bagi saya, mereka adalah sebuah pasukan yang paling mantap dalam liga. Saya sudah tidak sabar untuk melihat bagaimana United dan Alex Ferguson menyahut cabaran yang dibuktikan Chelsea ketika ini. Saya yakin ia akan menjadi lebih menarik.

Steve McMahon, bekas pemain tengah Liverpool dan England adalah penganalisis tetap bola sepak di ESPN menerusi program Football Focus and Forecast.

 

Rawatan 'kontroversial' di Serbia?

LONDON: Bintang Chelsea, Frank Lampard, berlepas ke Serbia kelmarin untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan pada otot-otot pahanya yang dialami semasa mengikuti latihan menjelang penentangan terhadap pasukan Brazil pada minggu lalu, demikian media melaporkan di sini kelmarin.Menurut akhbar The Guardian, pemain berusia 31 tahun itu berlepas ke Belgrade untuk menemui seorang doktor Serbia, Marijana Kovacevic, yang telah merawat beberapa pemain kelab-kelab Liga Perdana England.

Kovacevic mendapat liputan meluas di England kerana menggunakan rawatan yang dianggap kontroversial dengan mengambil uri kuda bagi mempercepatkan proses pemulihan kecederaan tersebut.Antara pemain yang telah mendapatkan khidmat Kovacevic termasuk pemain-pemain Liverpool: Albert Riera, Yossi Benayourn, Fabio Aurelio dan Glen Johnson, juga pemain Arsenal: Robin van Persie.

Lampard mengalami kecederaan pada 12 November lalu dan pemain antarabangsa itu mengakui beliau akan terlepas beraksi selama tiga minggu termasuk menentang Arsenal pada 29 November ini.Bagaimanapun, menurut media British, Lampard tidak akan menjalani rawatan menggunakan uri kuda. Sebaliknya, beliau akan dirawat dengan menggunakan minyak urut biasa.

Dalam perkembangan lain, Liverpool berkata dua pemain midfieldnya, Riera dan Benayoun, akan terlepas beraksi selama dua minggu selepas mengalami kejang otot.Pengurus pasukan Liverpool, Rafael Benitez, berasa begitu puas hati dengan kedudukan Aurelio dan Johnson selepas menjalani rawatan di Serbia.Kesemua empat pemain ini telah kembali ke Merseyside dan menjalani latihan penuh sejak dua hari lalu.

'Anda tahu orang ramai memperkatakan tentang para pemain yang pergi ke Serbia untuk mendapatkan rawatan. Laporan itu benar,' demikian kenyataan Benitez dalam laman Liverpool.'Kami diberitahu bahawa ramai pemain antarabangsa pergi ke Serbia untuk mendapatkan rawatan. Jadi, para pemain kami juga telah ke sana.'Kini, mereka telah kembali berlatih dan kami harus lihat sama ada mereka sudah bersedia bermain ataupun tidak,' tambah Benitez.

Sementara itu, pasukan Arsenal juga menghantar pemain penyerangnya, Van Persie, untuk mendapatkan rawatan di Serbia.Bagaimanapun, pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger, berkata walaupun beliau sedia melepaskan Van Persie mencuba rawatan itu tetapi beliau masih meragukan akan keberkesanan rawatan tersebut.

'Sebagai contoh, apabila anda menghadapi masalah otot-otot paha, anda sudah pasti tidak boleh beraksi selama 21 hari. Saya tidak pernah dengar rawatan yang boleh mengurangkan tempoh itu.'Saya telah melihat ramai pemain ke Servia dan dalam tempoh lima hari, mereka kembali beraksi. 'Tetapi mereka boleh beraksi selepas mendapatkan suntikan. Bagaimanapun, soal kecederaan itu akan berulang lagi,' jelas Wenger. -- Reuters.

KOMEN : Rawatan kontroversi tersebut dikatakan menggunakan placenta (uri) kuda. Kalau tak silap saya uri mempunyai sumber nutrien yang digunakan untuk bayi didalam kandungan. Jadi mungkin nutrien tersebut dapat dimanupulasi oleh Dr Mariana dengan kaedah tersendiri. Tetapi dengar kata kos untuk rawatan alternatif itu amat tinggi tetapi cuma mengambil masa beberapa hari sahaja. Lihat saja Benayoun yang dikatakan belum pulih untuk perlawanan Citeh, tup-tup cergas macam tak cedera. Semua itu kuasa Tuhan.

Nov 22, 2009

Liverpool Hampir Bungkus (Kosmo)

LIVERPOOL - Yossi Benayoun muncul penyelamat Liverpool. Jaringan penyamaan Benayoun ketika permainan berbaki 13 minit membolehkan Liverpool mengikat Manchester City 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi.Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool kini hanya merekodkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir yang diharungi mereka.

Untuk rekod, kemenangan tunggal Liverpool dalam 10 perlawanan itu adalah ketika mereka menewaskan Manchester United 2-0 di Anfield pada 25 Oktober lalu.Sebelum ini, kemenangan terakhir yang dicatatkan oleh skuad kendalian Rafael Benitez itu ialah pada 26 September lalu ketika menewaskan Hull City 6-1.Bagi City pula, ia merupakan keputusan seri keenam dicatat dalam saingan liga dan semakin memudarkan harapan mereka untuk terus mencabar Chelsea dan United di kedudukan teratas.

Pada aksi semalam, Liverpool terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-50 menerusi jaringan Martin Skrtel.Namun, kemasukan Carlos Tevez pada minit ke-61 telah menghidupkan jentera serangan City dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan minit ke-69 menerusi tandukan cantik Emmanuel Adebayor.

City membuatkan Liverpool tertekan seketika apabila mereka berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-76 menerusi penyudah kemas Ste- phen Ireland.Namun, harapan City untuk pulang dengan tiga mata penuh tidak kesampaian apabila Benayoun berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. – Agensi

KOMEN : Kalau nak ikutkan pasukan kita memang hampir tewas kepada Citeh. Mereka walaupun agak bertahan namun mempunyai peluang terbuka. Banyak kali serangan mereka buat bek kita gelabah. Tambah lagi Skrtel yang kurang sefahaman dengan Kargiakos. Barisan depan dah bagus walaupun Ngog belum mampu berdepan bek berpengalaman seperti Toure dan Lescott.

Tetapi Benayoun memang hero macam zorro. Kalau Babel tak cedera sekalipun belum tentu Babel dapat berikan sumbangan sebegitu. Yang heran kenapa Rafa masih segan nak turunkan Aquilani. Persoalan yang membingungkan semua peminat. Selepas ini Aquilani wajib turun sepenuhnya dan beri latihan insentif tandukan bagi Lucas kerana mempersiakan peluang.

 

Nov 17, 2009

Benitez minat risik Eduardo (Kosmo)

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berhasrat untuk membawa penyerang Arsenal, Eduardo ke Anfield pada Januari depan.Kelab The Reds itu juga dikhabarkan telah menyiapkan dana sekitar £10 juta (RM56 juta) ke atas bintang antarabangsa Croatia itu.

Keputusan Benitez untuk memancing Eduardo itu adalah ekoran prestasi tidak konsisten yang dipamerkan Liverpool sepanjang musim ini.Bekas juara Eropah itu juga terpaksa beraksi tanpa tonggak utama yang dibelenggu kecederaan termasuk- lah Fernando Torres, Steven Gerrard, Yossi Benayoun dan Albert Riera.

"Kami perlu mendapatkan pemain berkualiti kerana persaingan semakin sukar ketika ini," ujar Benitez.

Sebelum ini, pengendali dari Sepanyol itu secara ter- buka menyuarakan minatnya untuk mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Rafael van der Vaart dan penyerang Tottenham Hotspur, Roman Pavlyuchenko.

"Eduardo adalah pemain yang serba boleh dan dia juga merupakan pemain yang mampu memberi impak kepada kami."Saya harap, kami dapat membawanya ke sini (Anfield) pada Januari depan," tambah Benitez.

Bagi Eduardo sendiri, dia jarang diturunkan dalam skuad Arsenal kendalian Arsene Wenger ekoran kehadiran ramai pemain muda berbakat di kelab itu.

KOMEN: Mustahil Pak Usin Wenger nak lepaskan Eduardo camtu saja. Pengganti Adebayor pun Wenger belum beli lagi, inikan pula nak lepaskan pemain lain pula. Agak mustahil tetapi mungkin boleh berlaku. Cuma kalau hendak juga Eduardo kena pastikan Voronin dibawa keluar dulu. Ada pun macam tak ada.

 

Nov 16, 2009

Masher dalam proses ke Barca ???

LIVERPOOL will bank the biggest ever pay-day in their history when Javier Mascherano packs his Gucci bags for Barcelona in a staggering £36million mega deal.
It is reported that agents acting for the Spanish giants have agreed personal terms with Mascherano’s representatives in readiness for the big- money move.
And Liverpool have told Barcelona in no uncertain terms just how much they say the Argentina star, 25, is worth after becoming resigned to losing Mascherano next summer.

Boss Rafa Benitez had already met his midfi eld maestro to begin talks on a new contract extension in line with all his major stars like Steven Gerrard and Fernando Torres.
But it was clear from those early discussions that Mascherano, although committing himself to the Liverpool cause, clearly had his mind set on an exit after a summer of transfer speculation.
That point became abundantly clear when Mascherano announced publicly that he already had a Liverpool deal and wasn’t interested about talks on a fresh one.

He said then: “I’m not asking about a new contract. I have never asked for a new deal. “I read reports about talks and that I was asking for one but I didn’t.
“I already have a contract with Liverpool and I try to give my best for the club. I don’t want to talk any more about a contract or Barcelona.”
Now the scene is set for Benitez to expect his historic windfall which will obviously offset the lost revenue if Liverpool crash out of the Champions League.

Meanwhile, Dutch winger Ryan Babel, 22, insists he is not looking to quit the Kop. Babel, said: “Liverpool are a very good team and I’m proud to be part of Liverpool.”


KOMEN : Banyak betol modal Barca nak beli Marsher. Kalau jadi memang berbaloi2. Rafa boleh David Villa lepas ni. Tak pun beli balik Alonso :)

Nov 13, 2009

Benitez menghitung hari


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez pastinya lega apabila perlawanan antarabangsa berlangsung minggu ini.

Ini kerana, Benitez amat berharap beberapa pemainnya yang cedera akan kembali cergas menjelang pertemuan dengan Manchester City pada aksi Liga Perdana England di Anfield Sabtu depan.

Krisis kecederaan Liverpool bertambah parah ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City Isnin lepas apabila Albert Riera dan Yossi Benayoun terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan.

Sebelum ini, Benitez telah pun kehilangan khidmat beberapa pemain tonggaknya termasuk kapten Steven Gerrard, Fernando Torres dan Daniel Agger.

"Setiap kali perlawanan, kami akan kehilangan satu atau dua pemain," kata Benitez.

"Riera mengalami kecederaan yang sama sekali lagi. Kami jangka dia sudah pulih tetapi akhirnya kamu sendiri boleh melihat keadaannya.

"Yossi juga berdepan masalah yang sama seperti Riera. Mereka berusaha keras jadi kamu boleh lihat ia satu risiko.

"Saya tidak tahu sama ada kami sudah bersedia atau tidak berdepan City. Satu-satunya perkara yang saya boleh beritahu ialah fisioterapi kami bekerja keras selama tiga minggu ini."


Dalam pada itu, Benitez kini telah menyamai rekod bekas pengurus Peterborough, Darren Ferguson.

Ketika ini, Liverpool hanya menang sekali daripada sembilan perlawanan terakhir mereka dan ia menyamai rekod hambar yang dicatat Peterborough.

Bagaimanapun, Ferguson terus ditimpa nasib malang apabila dia telah dipecat sebagai pengurus Peterborough sejak tiga hari lalu.

Sebaliknya, Benitez masih bernasib baik kerana tempatnya dilapor masih belum terancam. - Agensi

Nov 12, 2009

Rafa cari pembantu Torres

Setelah sekian lama membiarkan Torres bermain dalam kecederan, akhirnya Rafa terpaksa akur untuk membiarkan Torres menjalani pembedahan. Khabarnya hampir 3 minggu Torres bakal tdak dapat beraksi. Dengan itu hanya tinggal Ngog, Voronin dan Babel yang akan digunakan dibarisan depan. Namun kesemuanya agak menghampakan terutamanya Voronin. Ngog dan Babel walaupun agak kuurang menyerlah namun masih memberikan sumbangan gol ketika ketiadaan Torres sebelum ini.

Dengan prestasi semasa, Rafa telah berhasrat mendapatkan penyerang untuk membantu Torres ketika perpindahan Januari dibuka kembali. Antara nama yang telah disebut-sebut adalah seperti Carton Cole dan Roman Pavlyuchenko. Cole amat berpengalaman di Liga Perdana dan prestasi semasa beliau telah membuatkan Capello memanggil Cole kedalam skuad England. Tetapi West Ham telah meletakkan harga sehingga £20 juta untuk membuatkan Rafa berfikir 10 kali. Harga tersebut amat tidak munasabah kerana kualiti beliau setaraf nilai yang diletakkan.

Nama Roman dari Spurs pula dikatkan setelah pemain itu sendiri kecewa akibat berehat dibangku simpanan kerana Redknapp lebih menggemari Defoe, Keane dan Crouch. Rafa mungkin akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan Roman secara pinjaman. Tetapi bagi saya Roman mungkin bakal menjadi pemain gantian selepas Torres pulih kerana Rafa lebih gemar menggunakan penyerang solo. Tetapi dari segi kualiti mungkin Roman boleh berjaya kerana bakat beliau. Cuma beliau amat tiada pengalaman di Liga Perdana telah membuatkan pemain ini akan sukar menyesuaikan diri dengan denagn cepat sepeti Torres.

Kalau saya ditempat Rafa saya mungkin tidak menggunakan khidmat kedua pemain tersebut. Tetapi mendapatkan pemain yang cukup berpengalaman di Liga Perdana tetapi berada diluar. Siapa lagi kalau tidak lain tidak bukan Ruud Van Nisterrooy. Mungkin ini dilihat sebagai serangan balas terhadap Man U kerana mendapatkan Owen. Tetapi ini adalah suatu pilihan yang realistik dan berisiko rendah berbanding Cole dan Roman. Cuma jika kita mempunyai modal lebih saya rasa Goran Pandev lebih sesuai dengan mengumpan Dossena dalam perpindahan itu.

Nov 8, 2009

WAG: Mampukah Abbey Kekal No 1



JANGAN tengok Peter Crouch 'takdak mata'. Ada yang menggelarnya 'galah' kerana ketinggiannya mencecah 2.01 meter (6 kaki 7 inci). Ada yang jelek melihat aksi robot setiap kali dia meraikan jaringan gol.

Tapi tidak dalam kaca mata Abbey Clancy - 5 kaki 7 inci - model jelita berusia 22 tahun kelahiran Liverpool. Tahun lalu, Abbey dijulang sebagai 'WAG Pemain Bola Paling Seksi'.

WAG adalah singkatan bagi 'Women and Girlfriends'.

Abbey menewaskan ramai jelitawan lain termasuk isteri kapten Liverpool, Alex Curran yang sekadar menduduki tangga kelapan. Mungkin pemilihan Abbey bukan satu kesilapan tetapi ramai tertanya-tanya mengapa Crouch menjadi pilihan?

"Dah takdak manusia lain ke di dunia ni," tanya seorang peminat.

Sebenarnya Abbey bukanlah 'siapa-siapa' sebelum menjadi 'gadis impian' Crouch. Tetapi sejak dia mendamping bekas pemain Portsmouth dan Liverpool, bintangnya makin bersinar.Dia mendapat peluang menjadi hos rancangan TV, Hell's Kitchen kerana Crouch. Tidak syak lagi Abbey kini menjadi 'bintang' dalam dunianya sendiri.

Khabarnya tidak lama lagi ada pemilihan baru bagi WAG 2009. Apakah Abbey mampu mempertahankan kedudukannya? Apakah Alex dapat memperbaiki atau merudum.Kehadiran seorang lagi WAG jelita, Michela Quattrociocche dari Itali, tunang pemain baru Liverpool, Alberto Aquilani pasti menggugat peluang Abbey.

Pemilihan tahun lalu juga menyaksikan isteri Wayne Rooney, Coleen McLoughlin, 22 yang melahirkan anak pertama minggu lalu, menduduki tempat keenam.Isteri bintang veteran England, David Beckham, Victoria 'Spice' Posh yang selalu mendakwa 'saya paling hebat' sekadar berada di tempat ke-17.Pemilihan kali ini mungkin dia gagal berada dalam kelompok 20 kerana faktor usia yang sudah mencecah 34 tahun selain bentuk badan yang tidak umphh lagi.

Berikut senarai WAG

1 Abbey Clancy - (Peter Crouch, Tottenham)
2 Cheryl Tweedy - (Ashley Cole, Chelsea)
3 Carly Zucker - (Joe Cole, Chelsea)
4 Elen Rives - (Frank Lampard, Chelsea)
5 Melanie Slade - (Theo Walcott, Arsenal)
6 Coleen McLoughlin - (Wayne Rooney, Manchester United)
7 Charlotte Mears - (Jermaine Defoe, Tottenham Hotspurs)
8 Alex Curran - (Steven Gerrard, Liverpool)
9 Sheree Murphy - (Harry Kewell, Galatasaray)
10 Toni Poole - (John Terry, Chelsea)
11 Imogen Thomas - (Ibrahim Sonko, Hull City)
12 Emma Hadfield - (Gary Neville, Manchester United)
13 Jadine Bircham - (Mark Bircham, Yeovil Town)
14 Julie Phillips - (Kevin Phillips, Birmingham)
15 Radka Kocurova - (Tomas Rosicky, Arsenal)
16 Jamelia - (Darren Byfield, Walsall)
17 Victoria Beckham (David Beckham, LA Galaxy)
18 Liz McClarnon - (Lee Trundle, Swansea)
19 Heather Swan - (Michael Chopra, Cardiff City)
20 Louise Redknapp - (Jamie Redknapp, bekas pemain Liverpool)

Barca sedia pikat Mascherano

Barcelona dilaporkan sedia untuk membuat bidaan terhadap pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano yang dikatakan akan dijual oleh kelab Merseyside itu Januari tahun depan.

Mascherano yang memegang kad warganegara Itali sebelum ini turut menjadi sasaran juara La Liga itu Jun lalu dilaporkan berminat untuk beraksi bersama Barca sebelum pengurus Liverpool, Rafael Benitez membuat keputusan untuk menjualnya.

Terkini, Liverpool difahamkan sudah bersedia untuk menjual pemain itu dan menggunakan jualan pemain itu untuk mencari penyerang baru agar dapat mengurangkan beban ditanggung Fernando Torres.

Barca dilaporkan ingin menunggu perkembangan pintu perpindahan pemain Januari ini sebelum membuat sebarang bidaan.

Jika gagal memikat Mascherano ke Nou Camp sekalipun, itu tidak menghalang fokus utama kelab berkenaan untuk membawa pemain penyerang. Dua nama yang menjadi sasaran utama adalah, Robinho dan Luis Suarez.

Nov 7, 2009

Masih Ada Rindu

http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/football/premier_league/liverpool/article6905336.ece

 

Sila baca keseruluhan artikel mengenai keperihatinan Alonso tentang bekas pasukannya. Bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Menariknya beliau masih mengikuti perlawanan Liverpool bila masa terluang, malah mempunyai komen tersendiri mengenai bekas pasukannya , seperti pemain lagenda lain.

Walaupun dia pergi ke Madrid akibat tidak sebulu dengan Rafa, namun hormat kepada bekas pengurusnya itu masih ada. Malah Alonso masih yakin Rafa merupakan pengurus yang malang, dan masih berupaya mengembalikan Liverpool dari kancah bahaya.

Percayalah Alonso, namanya akan sebaris dengan hero-hero Anfield lain. Dan tak mudah dilupai selamanya. Jasamu dikenang.

Nov 6, 2009

Awas kunjungan skuad Brummies

Setelah melalui ranjau tragedi Oktober. Episod terbaru lembaran baru November bermula dengan perlawanan menentang Birmingham City, saudara kembar  kepada Aston Villa. Pasukan itu tidaklah sehebat kembarnya, tetapi pertahanan mereka agak mengkagumkan. Bukannya mereka belum bolos, tapi corak bertahanan mereka agak mantap. Joe Hart adalah kunci utama konsistensi mereka. Pinjaman dari Man City ini memang bakal menjadi penjaga gawang utama England suatu masa nanti. Kalau nak tahu statistik pergi tanya siapa saja yang main Football Fantasy, Joe Hart adalah antara penjaga gawang yang sentiasa memberikan poin yang konsisten. Kalau setakat Voronin didepan aku rasa si Joe bakal tersenyum kambing saja. Begitu juga barisan pertahanan mereka yang kejap, main dengan Man City pun mereka tak takut inikan pula dengan Voronin. Kalau Torres sekalipun aku agak risau kerana agak senang bagi mereka menjaga Torres yang separuh cedera. Yang lain agak mudah dibereskan.

Bahagian tengah mereka dikemudi oleh bekas budak nakal, Bowyer. Mungkin dah matang sekarang dan aku puji sikap itu. Walaupun tidak sehebat ketika bersama Lampard di West Ham dulu, tapi masih ada sengatnya. Barry Ferguson mungkin nama asing, tapi bagi sesiapa yang fanatik permainan Championship Manager pasti mengenali beliau. Bukan ada kena mengena dengan Alex Ferguson pun. Walaupun dalam dunia nyata beliau tidak sehebat mana, tetapi permainannya amat seiras Roy Keane, kasar dan bersemnagat. Yang lain aku ingat ialah Sebastian Larson. Bekas pemain muda Arsenal ini memang sempoi. Main pon nak macam Ljungberg si jambul merah. Apa yang merbahaya si Larson ni adalah pakar sepakan bebas. Untuk menghadapi barisan tengah Birmimgham, pasukan kita kena main corak sekali sentuh (one touch footie) , ini sebab kalau nak kawal bola dari tengah alamat ada kaki yang nak kena tebas. Lucas boleh menjadi nadi penggerak, kerana beliau amat suka corak ini dan memang sesuai denganya. Dan Mascherano bakal menjadi benteng terakhir sebelum serangan menghampiri bek kita yang turun tanpa Carragher. Aku tak pasti samada Kargiakos atau Skrtel  akan bersama Agger untuk menangkis serangan Birmingham. Tapi daripada kargiakos baik bagi peluang kat Ayala.

Christian Benitez mewakili barisan depan pasukan biru pun tiada bau bau bacang dengan Rafa. Tengok warna pun lain. Gaya pemain Equador ini ala-ala Yakubu Everton. Laju, rajin dan fizikal mantap, Cuma kita mungkin bernasib baik kerana Chuco belum khatam lagi selok belok EPL. Lagi seorang yang aku rasa cukup merbahya dibarisan hadapan skuad biru adalah McFadden. Kenal tak bekas pemain Merseyside biru ini. Masa main dengan Man City dia main begitu baik sehinggalah dikeluarkan sebab tendang penalti tak masuk.

Itu sahaja garapan tetang pasukan Birmingham City yang aku tahu. Nak cakap senang nak makan pasukan ini pun susah Rafa tak pernah menang dengan mereka lagi. Tapi nak kata susah pun aku berasa kalau kena dengan percaturan boleh menang mudah. Janji jangan letak mamat tocang kuda tu lagi. Memang main tak bersemangat lansung. Baik turunkan pemain muda macam Ecceleston lagi baik, walaupun tak berpengalaman tapi sanggup berusaha. Akhir kalam aku yakin Aquilani bakal memberikan suntikan aura kemenangan jika bermain. Semua peminat ternanti-nantikan persembahan kedua selepas di Emirates dulu.

Nov 4, 2009

Hidup atau mati di eropah


LONDON - Liverpool mengharungi perlawanan penentuan Liga Juara-Juara di Olympique Lyon dengan 10 pemainnya cedera dan mungkin tidak dapat diturunkan dalam pertemuan esok.

Situasi itu merupakan krisis terbesar dihadapi oleh Rafael Benitez sepanjang lima tahun di Anfield.

Harapan Benitez untuk menurunkan pemain baru Alberto Aquilani terlaksana tetapi posisi tengah mereka tanpa kelibat ketua pasukan, Steven Gerrard (cedera pangkal paha), Albert Riera (otot), pemain pertahanan Martin Kelly (pergelangan kaki) dan Martin Skrtel (otot).

Liverpool setakat ini kalah enam daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, termasuk tunduk 1-2 kepada Lyon dua minggu lalu.

Peluang untuk mara ke peringkat kalah mati terus 'tergantung' jika mereka kalah di Stade Gerland.

Lyon di tangga teratas Kumpulan E dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan dan akan layak ke ke pusingan 16 pasukan jika mereka menang.

Fiorentina yang menanti kedatangan pasukan tercorot Debrecen, di tangga kedua dengan enam mata, diikuti Liverpool (3 mata) dan kelab Hungary, Debrecen tanpa mata.

Liverpool yang memenangi Piala Eropah lima kali dan mara sekurang-kurangnya ke suku akhir selama tiga musim, tidak pernah mempamerkan prestasi seperti ini apabila kalah lapan daripada 16 perlawanan dalam semua kejohanan.

Penyerang mereka dari Sepanyol, Fernando Torres yang digantikan pada minit ke-63 walaupun menjaringkan gol ketika menang 3-1 ke atas Fulham, Sabtu lalu dijangka beraksi dengan kesakitan akibat kecederaan otot yang dialami ketika perlawanan antarabangsa bulan lalu.

"Kami akan cuba menangani dia (Torres) kerana dia hampir untuk menjalani pembedahan. Kami terpaksa membawa Fernando ke Lyon kerana kami tidak banyak pilihan,'' kata Benitez dalam laman web kelab www.liverpoolfc.tv kelmarin.

Glen Johnson (kecederaan betis), Daniel Agger (belakang) dan David Ngog (pergelangan kaki) serta Fabio Aurelio (betis) merupakan antara pemain yang masih bergelut untuk cergas.

Jamie Carragher yang dibuang padang ketika menentang Fulham bersama-sama Philipp Degen, berkata: ''Ini merupakan saat sukar, ia menyakitkan.

"Kami melakukan beberapa perkara minggu lalu dengan mengalahkan Manchester United tetapi kami kalah dua perlawanan.

"Kami perlu menyelesaikan masalah ini minggu ini di padang latihan kerana Lyon merupakan satu lagi perlawanan penting.''

Sementara itu, Lyon bangkit daripada dua kekalahan liga dengan menang 1-0 ke atas musuh ketat St. Etienne, Sabtu lalu dan kini di tangga kedua dalam Liga Perancis, dua mata di belakang Girondins Bordeaux.

Bafetimbi Gomis masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas bekas kelabnya pada enam minit akhir perlawanan dan membuktikan kelab Perancis itu tidak seperti Liverpool, boleh bergantung kepada pemain gantian jika diperlukan.

Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris mempamerkan aksi cemerlang, menafikan beberapa percubaan berbahaya Etienne.

"Walaupun jika kami tertekan, sekali lagi kami menamatkan permainan dengan mantap, seperti mana di Anfield.

"Sekarang kami memikirkan tentang Liverpool, ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar,'' kata presiden kelab, Jean-Michel Aulas.

Penyerang dari Argentina, Lisandro Lopez dijangka diturunkan di barisan depan, dibantu oleh pemain Perancis Sidney Govou dan pemain Brazil, Michel Bastos di posisi sayap.

Pemain tengah Perancis, Jeremy Toulalan dijangka meneruskan tugas di pertahanan tengah kerana Jean-Alain Boumsong masih mengalami kecederaan pangkal paha. - REUTERS

Nov 3, 2009

Nasib malang terus menimpa Liverpool.



Terbaru, penyerang sensasi Liverpool, Fernando Torres dilaporkan perlu menjalani pembedahan.
Penyerang Sepanyol itu masih bergelut dengan kecederaan pangkal paha dan sekiranya menjalani pembedahan, dia mungkin terpaksa berehat selama dua bulan.

"Kami akan cuba uruskan situasi ini dengan baik kerana dia (Torres) perlu menjalani pembedahan. Dua hari selepas perlawanan dengan Fulham, dia masih berasa sakit," kata Benitez.
"Dia tidak berasa selesa dan tidak mempunyai tenaga seperti dahulu, jadi kami harus cuba merawatnya.
"Dia tidak boleh bermain dengan baik sekiranya kamu terus memaksanya. Mungkin jika kamu memaksanya, dia akan cedera buat jangka masa yang lama," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.


Benitez mengeluarkan Torres ketika kekalahan 1-3 kepada Fulham pada aksi Liga Perdana England di Craven Cottage, Sabtu lalu.

"Apabila kamu bercakap tentang pemain yang hebat, orang hanya mahu me- lihat pemain itu beraksi sahaja dan tidak peduli keadaan pemain itu di atas padang," kata Benitez.
"Fernando mengalami kecederaan sejak bulan lepas dan masih belum cergas sepenuhnya.
"Tetapi, kami perlu menurunkannya pada perlawanan dengan Lyon kerana kami tidak memiliki banyak pilihan."

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails