Penghujung musim 2002/03, tak silap saya. Persaingan tangga ke-empat amat sengit sampai ke hujung musim antara Liverpool dan Chelsea. Tapi sebelum itu lagi kedua-dua kelab ini sebenarnya sedang diintai oleh Roman Avramovich, Taikun Minyak dan Gas Russia. Namun dek kerana Chelsea berjaya ke slot Liga Juara-Juara musim kehadapan, Mafia Russia itu memilih kelab tanpa sejarah dari London sebagai tempat beliau memutihkan wang haram beliau di Russia.
Jangan cakap saya auta, dia banyak skandal di Russia kerana dia Kroni kuat Vladmir Putin. Kalau takda kabel politik jangan harap dari seorang penyeludup terus menjadi kaya raya sampai dah jadi 50 terkaya didunia. Setakat Syed Buqhari dan Ananda Krishnan punya kronima macam tahi hidung dia sahaja. Ketamakan Ken Bates atau MasterBates, pemilik asal Chelsea menerima wang kotor dari Roman, sama macam berlaku macam pemilik Liverpool yang menerima Koboi Texas, Hick & Gillet dulu.
Dalam bolasepak Inggeris, semua kelab dari Liga Perdana hinggalah ke Liga Konfederasi masih mengekalkan ciri pelaburan berhemat dan ikut etika, kerana pemilik kebanyakan warga tempatan. Namun semenjak Arsenal dan Manchester membuka pemilikan asing, ketamakan dah jadi permainan kotor untuk berjaya. Pembelian pemain yang sonsang dan tak masuk akal bermula dengan pembelian Ferdinand,Rooney, Carrick dan ramai lagi pemain pasukan lain untuk menguatkan mereka disamping melingkupkan lawan.
Model dari Syaitan yang dikenali telah dilakukan oleh Chelsea dengan pelaburan 100juta Dasar Ekonomi Barua. Sebab apa saya kata barua. Setiap pemain yang kita bida habis semua dikebas oleh Chelsea pada musim 2003/04. Damien Duff dari Blackburn kita dah pantau lama serta Wayne Bridges dari Southampton, bek kiri muda berbakat pada masa itu. Kes Duff paling malang kerana kita dah hampir berjaya dengan 10juta pound tapi datang Chelsea terus bayar klausa kontrek 17 juta. Yang lain jadi sejarah.
Setakat kebencian di era Mourinho, saya boleh terima sebagai persaingan sihat. Namun kebencian muktamad kepada Chelsea adalah bilamana mereka telah membutakan hati Fernando Torres, dengan tawaran lumayan gaji dan Liga Juara-Juara kepada sijantung hati peminat Liverpool itu. Habis kelam-kabut Liverpool ketika itu kerana Torres telah memaksa perpindahan dan Liverpool dengan panik membeli Andy Carroll dengan jumlah yang tak masuk akal.
Saya rasa doa orang terainaya dan Tuhan makbul. Kezaliman Roman serta ketamakan Torres dibayar tunai dan lihat saja apa berlaku kepada pelaburan 50juta itu. Torres dah tak macam di Anfield. Dia macam dah tak selera nak main bola. Dan pemecatan AVB serta RDM salah satu punca ialah kerana wujudnya makhluk digelar El-Nino didalam pasukan Chelsea. Tak kasi main takut Ketua Mafia marah. Bagi main pula, macam gampang apa pun tak boleh.
Pemecatan Di Matteo saya nampak seakan pemecatan Rafa dulu. Ketidakkesabaran. Cuma berbeza antara Liverpool dengan Chelsea ialah Rafa dipecat kerana bisikan Syaitan Ian Ayre, namun di Chelsea pemecatan Di Matteo yang baru 6 bulan julang Piala Eropah, memang adalah perangai Setan didalam jiwa Roman yang memang hati dah gelap makan duit haram sepanjang hidupnya. Dan sekarang saya dengar mereka nak ambil Pep Guardiola atau bekas Bos Liverpool Rafa Benitez. Tapi saya tak sanggup tengaok Rafa jadi mangsa dan harap dia menolak permintaan jadi pengurus Chelsea.
Jadi nasihat saya kepada peminat Chelsea yang terbaca artikel ini terimalah seadanya kerana bila wktunya Roman dah bosan dengan barang permainan bernama Chelsea, silalah bersiap sedia untuk cari pasukan lain untuk disorak dekat Kedai Mamak. Saya tak ejek pasukan anda tapi hakikatnya pemilikan luar lebih mementingkan untung dan menang. Saya lebih suka pemilikan kelab di Liga Inggeris dimiliki warga Inggeris kerana sukan bolasepak ialah sukan rakyat untuk bersosial. Kalau boleh saya nak waris David Moore beli balik Liverpool dari orang luar kerana pemilik sekarang pun saya anggap Sang Kapitalis.
Aduh Rafa jadi manager pulak
ReplyDeletewhy Rafa why ?
ReplyDeletedia kutip duit pampasan je
ReplyDeletedulu era gerrard houlier liverpool bukan ada belu transfer berpuluh juta pun tapi masih jugak boleh bagi saingan pada big 4,2004-2005 liverpool berbelanja kurang dari chelsea tapi masih mampu menjulang liga juara-juara.
ReplyDeletesejak masuk hick dan gillet liverpool dah takde graduan dari akademi yang main untuk senior team berbanding era souness,evans dan houlier
Rafa Benitez telah menghulurkan leherya untuk disembelih oleh pemilik Jambatan Runtuh, Roman Avramovich. Apa pun kepada Benitez saya ucapkan semoga berjaya di Chelsea. :YNWA!
ReplyDelete