Tiki-taka Liverpool memang janggal. Kenapa main 3 ditengah padahal nampak macam 2 orang sahaja yang wujud. Allen dan Henderson dua orang masih belum boleh menjaga kawasan sepertimana Lucas lakukan keseorangan awal musim lepas. Kapten Gerrard saya nampak hanya banyak memerhati dari menghambat lawan kerana keadaan beliau yang sudah tak sepantas zaman kegemilangan beliau. Saya cemburui pemain tengah Spurs yang begitu aktif dan mobil.
Liverpool dikurniakan pemain sayap berkualiti tapi servis mereka tak bermakna kerana mereka juga bukan sahaja perlu menjaringkan gol tapi berebut untuk berada diposisi serangan, padahal pemain tengah menyerang macam Henderson atau Gerarrd tak banyak membantu. Kreativiti Sterling dan Enrique masih belum menyamai pemain sayap Spurs, tapi bila ada peluang penaakulan keputusan atau "Decision Making" mereka lemah. Bila boleh dirembat mereka gelecek tapi bila boleh gelecek lagi mereka melakukan hantaran.
Sebetulnya pemain macam Downing dan Henderson tidak sesuai dengan sistem yang ada sekarang. Kesalahan Brendan meletakkan Downing sebagai pengawal sebelah kiri memakan diri. Dia bukan sahaja tak reti nak menjaga kawasan namun membiarkan Lennon menyeludup masuk untuk mencilok gol pertama Spurs. Sepatutnya berikan Robinson peluang kerana dia dah tunjukkan keupayaan hujung musim lalu ketika diberikan peluang oleh Dalglish.
Kalau nak cerita pasal peluang buat gol, nak keluar air mata tengok betapa mudahnya pemain kita yang mempersia-siakan peluang padahal ikut statistik Liverpool lagi banyak buat percubaan bahaya dari Spurs. Henderson memang gelojoh, begitu jua Suarez yang patutnya boleh dapat gol pendahuluan. Itu belum kira dengan Enrique, Sterling, Gerarrd, Johnson yang pada saya perlukan latihan insentif bagaiman nak letakkan bola dalam gol lawan.
Berkorban atau dikorbankan. Itulah realti yang harus dilakukan oleh Brendan buat masa sekarang paling lewat akhir perpindahan Januari ini. Menyalahkan pengadil berat sebelah tetapi memuji pemain bahawa mereka telah melakukan terbaik, adalah perkara aneh kerana ramai lihat bahawa Liverpool berada dalam keadaan tidak selesa. Banyak opsyen dan alternatif untuk menguatkan pasukan kita, tapi Brendan kena keluar dari falsafah beliau dengan menggunakan kekuatan Liverpool yang lebih efisyen dengan 442. Setuju atau tidak fikirlah sendiri.
kita terlalu mengikut rentak lawan..lawan main laju kita pun nak main laju..Allen sekali lagi penjahanam bhgian tgh..Hancus!!kalau next game masih lagi letak Allen tak tahu nak ckp apa..
ReplyDeletepengadilan jahanam tapi peluang byk xleh covenrt itu lg mslh
ReplyDeleteDowning tak jaga Lennon, musnah 3 mata impian..
ReplyDelete