Keyakinan nak menang memang ada. Tengok barisan utama Pepe kembali, Skrtel dan Agger tak nampak macam cedera. Tapi heran bila disisi kanan gandingan muda Sterling-Wisdom dan kiri gandingan tua Enrique-Johnson. Ini dah dua kali Enrique main di sayap dan Johnson dibelakang beliau. Nampaknya Brendan dah nampak posisi terbaik untuk pemain Sepanyol itu. Di tengah seperti yang disangka Sahin digugurkan digantikan dengan Suso yang bersama-sama Allen dan Gerrard yang akan membantu Suarez yang seorang diri didepan. Jadinya formasi 4-2-3-1 digunakan kembali setelah main 3-5-2 semasa seri 1-1 dengan Chelsea. Pasukan Wigan juga tak silap menggunakan formasi yang hampir sama. Saya rasa macam 4-5-1 cuma mereka lebih bertahan dari menyerang walaupun mengungguli penguasaan bola lebih dari kita.
Separuh masa pertama bermula dengan agak hambar. Nak cerita tak ada peluang, ada juga tapi Wigan sangat disiplin, agresif dan sangat mantap mengasak dan buat pemain kita nampak mandul. Tapi tersentak bila Suso keluar ganti dengan Henderson. Taktikal atau cedera tak pasti namun kemasukan Hendo ada nampak Liverpool lebih kasar dan tegas. Sebab sebelum ini Suso memang kena buli dengan pemain tengah Wigan secara bertalu-talu. Jadi selepas kemasukan Hendo walaupun Wigan dah nampak dapat dikawal, namun masih belum ada ikhtiar nak membolosi taktik Wigan yang jadi 10-0-0 daripada 4-5-1. Saya rasa perjudian Brendan memasukkan Henderson ialah dia nampak Hendo lebih agresif dan pantas menghambat lawan berbanding jika letak Shelvey yang lebih dinamik atau Sahin yang lebih tenang (lembab).
Separuh kedua ibarat tengok cerita kombat. Seawal sepak mula Liverpool dah nampak bagaimana nak tibai Wigan. Dengan ketiadaan Watson yang cedera pada babak pertama, Brendan dah pandai mencongak taktikal untuk memecah-belahkan Wigan yang kebal untuk dicerobohi ditengah tapi ada lubuk yang boleh dirobek dibahagian sayap. Nasib malang buat Wigan bermula bila Sterling bijak melepasi halangan Bosenjour dan Fiegorua untuk melakukan hantaran lintang kepada Suarez yang melakukan rembatan padu tanpa dapat ditepis Al-Habsi. Gol kedua hadir seakan tiru situasi Suarez dengan Cech minggu lepas dan ianya juga dijana olehh Enrique juga. Tapi kali ini Suarez ubah skrip dan terus melakukan rembatan untuk gol kedua. Gol ketiga adalah saguhati kepada Enrique setelah percubaan Suarez dan Sterling dihadang pertahanan Wigan dan terhidang didepan Enrique untuk disantap. Selepas keluarnya Suarez, perlawanan yang rancak bak filem aksi dah bertukar jadi cerekarama.
Saham Suarez kian melambung tinggi ,setinggi Saham Felda. 10 gol dari 12 perlawanan membuatkan air liur Mancini kian meleleh. Sebelum ini harga dekat 50juta, kini dah naik 65 juta. Minggu depan bubuh lagi sebiji dua taktau nilai beliau berapa. 100juta kot. Walaupun 1 Trilion pound, bagi saya Liverpool tak perlu jual Suarez kerana bayangkan musim kelam-kabut ini tanpa dia. Dan satu lagi bayangkan jika pasukan kita ada seorang lagi macam dia, demam tak kebah seluruh warga pertahanan Liga Inggeris. Namun begitu kalau Suarez lebih disiplin dan tenang bila pegang bola saya ingat paling kurang 4 gol dalam tangan. Banyak kali musim ini Suarez patut boleh bubuh gol tapi terkantoi. Itu sebablah dia masih di Liverpool bukan di Real Madrid atau Barcelona. Jadi ada rahmat juga dia tak sumbat semua peluang kalau tak jangankan Mancini, Ferguson dan Abramovich tumpang sekaki nak sebat pemain ini.
ada hikmah kenapa kita bela dia isu perkauman dulu,ini balasan dia kepada kita atas sokongan tu
ReplyDeleteTiada yg benar melainkan benar belaka.
ReplyDeleteen Apostlos ni fan Everton kan?
Baru dia org tau Suarez punya sengat.. Minggu depan jumpa Swansea bro..
ReplyDeleteyakin boleh... makan kari Swan plak lps ni
ReplyDelete