Kedatangan mereka ke Kubu Anfield esok mungkin kita anggap mereka boleh dimakan begitu saja. Tapi tengok rekod, berapa kali saja kita menang di Anfield yang sepatutnya jadi neraka untuk lawan. Konsep tuan rumah tere, pelawat cacing bukan boleh digunapakai buat masa sekarang. Serba serbi apa yang diusahakan oleh Liverpool nampak macam tersekat. Sambil dibantu oleh mutu pengadilan macam taik, pemain kita perlu motivasi untuk melakukan perkara yang betul samada dalam situasi untuk buat gol atau bertahan.
Kembalinya Lucas dalam pasukan nampaknya satu bonus buat Brendan. Walaupun saya tak yakin Lucas akan otomatik dalam kesebelasan lawan Southampton nanti, tapi lepas Lucas telah bersedia apakah akan kita lihat trio Lucas-Allen Gerrard dalam kesebelasan utama. Bukan saya cakap musim ini bakal diselamatkan oleh Lucas, tapi tahap konfiden bila beradanya Lucas dalam pasukan akan lebih tinggi. Henderson pastinya tak ada peluang lagi dan Sahin mungkin diperlukan dalam pertandingan Eropah.
Skrtel Lucas Agger
Johnson Allen Gerrard Enrique
Suso Sterling
Suarez
Walaupun saya suka formasi 4-4-2 tapi variasi ini nampaknya lebih cun dengan kekuatan Johnson dan Enrique sebagai pemain sayap. Jangan salah faham bukan saya suka letak Lucas sebagai bek tengah tapi lebih kepada peranan Libero/Sweeper. Biar dia jaga kawasan atas sikit dari Skrtel dan Agger kerana kawasan ini paling lubuk semasa lawan Swansea dan Spurs. Jadinya Allen dan Gerrard akan lebih berpeluang untuk bergerak bebas untuk menggerakkan serangan dan mengekang pemain tengah lawan dari menguasai permainan. Trio serangan Suso-Suarez-Sterling pilihan serangan kerana variasi mereka saya nampak bakal memusnahkan pertahanan Soton.
Imiginasi saya ini mungkin tak sama dengan skuad yang bakal diturunkan nanti. Ada kemungkinan kita boleh tengaok Downing dan Henderson masih lekat dalam kesebelasan utama siapa tahu. Itu semua eksperimen Brendan yang dilakukan oleh kesemua pengurus macam Rajagopal juga. Namun saya harap Brendan belajar dari kesilapan dan masih banyak masa lagi untuk kampoi balik segala keciciran mata sebab pasukan 6 kebawah masih turun naik macam Saham Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya harap dengan pasukan bereputasi rendah macam Soton, kita boleh dapat 3 mata. Jangan kecewakan peminat lagi Oh Liverpool.
Terbaik Admin!
ReplyDeleteThe Reds 3 - 0 Soton
Kolam Hati 2 - 1 Sutun Masak Kicap
ReplyDeleteAllen sepatutnya direhatkan..bagi jojo plak main tgh..permainna Allen seteruk bebenor..Penjahanam bahagian tengah aje Allen nie..
ReplyDeletenice. Tapi aku lebih suka if guna 4 5 1 atau 4 3 3. Keep enrique and johnson kat full back. Dorg still boleh attack bila overlap. Aku teringin juga nak tengok sahin lucas and shelvey/allen kat tengah and gerrard main wing, at least for 60 minute sebelum sub masukkan Suso. Cuz apa yg aku nampak Suso buat masa ni lebih kepada super sub, game jadi rancak bila dia masuk
ReplyDeleteI mean, sub Shelvey n letak gerrard kat tgh, suso take the wing
ReplyDeleteStail samba Brazil lebih cocok dgn Liverpool.
ReplyDelete2-1-2-2-2-1. 2CB-1DM-2WB-2CM-2WG-1FW
liverpool 4-0 soto
ReplyDeleteLiverpool 3-0 sontoloyo..
ReplyDelete