Nov 30, 2012

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Lama dah pasukan kita tak lawan Southampton. Seingat saya masa zaman Rafa pegang kot. Jadi segalanya tentang pasukan dari St Mary ini dah tak sama masa kita berjumpa 3-4 musim lepas. Dibawah pengurus baru Southampton tak lagi main 4-4-2 dengan bola tinggi dah. Mereka dah tak ada Peter Crouch yg baru kot. Tapi permainan mereka yang lebih pantas dan mengasak setiap masa adalah kekuatan mereka kebelakangan ini. Walaupun kedudukan mereka masih dibawah kita tapi usaha mereka mungkin lebih dari pemain kita yang kaya-raya dari pemain mereka.

Kedatangan mereka ke Kubu Anfield esok mungkin kita anggap mereka boleh dimakan begitu saja. Tapi tengok rekod, berapa kali saja kita menang di Anfield yang sepatutnya jadi neraka untuk lawan. Konsep tuan rumah tere, pelawat cacing bukan boleh digunapakai buat masa sekarang. Serba serbi apa yang diusahakan oleh Liverpool nampak macam tersekat. Sambil dibantu oleh mutu pengadilan macam taik, pemain kita perlu motivasi untuk melakukan perkara yang betul samada dalam situasi untuk buat gol atau bertahan.

Kembalinya Lucas dalam pasukan nampaknya satu bonus buat Brendan. Walaupun saya tak yakin Lucas akan otomatik dalam kesebelasan lawan Southampton nanti, tapi lepas Lucas telah bersedia apakah akan kita lihat trio Lucas-Allen Gerrard dalam kesebelasan utama. Bukan saya cakap musim ini bakal diselamatkan oleh Lucas, tapi tahap konfiden bila beradanya Lucas dalam pasukan akan lebih tinggi. Henderson pastinya tak ada peluang lagi dan Sahin mungkin diperlukan dalam pertandingan Eropah. 

                         Reina
               Skrtel  Lucas Agger
Johnson     Allen     Gerrard    Enrique
           Suso           Sterling
                      Suarez 


Walaupun saya suka formasi 4-4-2 tapi variasi ini nampaknya lebih cun dengan kekuatan Johnson dan Enrique sebagai pemain sayap. Jangan salah faham bukan saya suka letak Lucas sebagai bek tengah tapi lebih kepada peranan Libero/Sweeper. Biar dia jaga kawasan atas sikit dari Skrtel dan Agger kerana kawasan ini paling lubuk semasa lawan Swansea dan Spurs. Jadinya Allen dan Gerrard akan lebih berpeluang untuk bergerak bebas untuk menggerakkan serangan dan mengekang pemain tengah lawan dari menguasai permainan. Trio serangan Suso-Suarez-Sterling pilihan serangan kerana variasi mereka saya nampak bakal memusnahkan pertahanan Soton.

Imiginasi saya ini mungkin tak sama dengan skuad yang bakal diturunkan nanti. Ada kemungkinan kita boleh tengaok Downing dan Henderson masih lekat dalam kesebelasan utama siapa tahu. Itu semua eksperimen Brendan yang dilakukan oleh kesemua pengurus macam Rajagopal juga. Namun saya harap Brendan belajar dari kesilapan dan masih banyak masa lagi untuk kampoi balik segala keciciran mata sebab pasukan 6 kebawah masih turun naik macam Saham Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur. Saya harap dengan pasukan bereputasi rendah macam Soton, kita boleh dapat 3 mata. Jangan kecewakan peminat lagi Oh Liverpool.

Nov 29, 2012

LIVERPOOL 1-2 TOTENHAM



Tiki-taka Liverpool memang janggal. Kenapa main 3 ditengah padahal nampak macam 2 orang sahaja yang wujud. Allen dan Henderson dua orang masih belum boleh menjaga kawasan sepertimana Lucas lakukan keseorangan awal musim lepas. Kapten Gerrard saya nampak hanya banyak memerhati dari menghambat lawan kerana keadaan beliau yang sudah tak sepantas zaman kegemilangan beliau. Saya cemburui pemain tengah Spurs yang begitu aktif dan mobil.

Liverpool dikurniakan pemain sayap berkualiti tapi servis mereka tak bermakna kerana mereka juga bukan sahaja perlu menjaringkan gol tapi berebut untuk berada diposisi serangan, padahal pemain tengah menyerang macam Henderson atau Gerarrd tak banyak membantu. Kreativiti Sterling dan Enrique masih belum menyamai pemain sayap Spurs, tapi bila ada peluang penaakulan keputusan atau "Decision Making" mereka lemah. Bila boleh dirembat mereka gelecek tapi bila boleh gelecek lagi mereka melakukan hantaran.

Sebetulnya pemain macam Downing dan Henderson tidak sesuai dengan sistem yang ada sekarang. Kesalahan Brendan meletakkan Downing sebagai pengawal sebelah kiri memakan diri. Dia bukan sahaja tak reti nak menjaga kawasan namun membiarkan Lennon menyeludup masuk untuk mencilok gol pertama Spurs. Sepatutnya berikan Robinson peluang kerana dia dah tunjukkan keupayaan hujung musim lalu ketika diberikan peluang oleh Dalglish.


Gol Bale menampakkan 2 perkara yakni pemain kita kurang sedar bahawa kekuatan Spurs dari sepakan percuma tidak boleh diabaikan. Pemain ini mempunyai rekod sepakan percuma yang baik macam Safiq Rahim. Yang kedua ialah Pepe Reina masih belum kembali kepada persembahan terbaik beliau. Berbanding dengan rakan sejawat untuk Spurs, Lloris, goli Perancis itu nampak lebih banyak beraksi untuk menyelamatkan Spurs dari dibolosi.

Kalau nak cerita pasal peluang buat gol, nak keluar air mata tengok betapa mudahnya pemain kita yang mempersia-siakan peluang padahal ikut statistik Liverpool lagi banyak buat percubaan bahaya dari Spurs. Henderson memang gelojoh, begitu jua Suarez yang patutnya boleh dapat gol pendahuluan. Itu belum kira dengan Enrique, Sterling, Gerarrd, Johnson yang pada saya perlukan latihan insentif bagaiman nak letakkan bola dalam gol lawan.

Berkorban atau dikorbankan. Itulah realti yang harus dilakukan oleh Brendan buat masa sekarang paling lewat akhir perpindahan Januari ini. Menyalahkan pengadil berat sebelah tetapi memuji pemain bahawa mereka telah melakukan terbaik, adalah perkara aneh kerana ramai lihat bahawa Liverpool berada dalam keadaan tidak selesa. Banyak opsyen dan alternatif untuk menguatkan pasukan kita, tapi Brendan kena keluar dari falsafah beliau dengan menggunakan kekuatan Liverpool yang lebih efisyen dengan 442. Setuju atau tidak fikirlah sendiri.

Nov 28, 2012

LIVERPOOL MEMANG TERBAIK

#3 TERBAIK DI EROPAH #1 DI ENGLAND

Nov 27, 2012

LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Spurs tak kuat mana, hatta di White Hart Lane. Bukan kerana diorang bungkus dengan Arsenal buatkan saya rasa optimis gila. Walaupun banyak gol mereka jaring tapi bolos pun boleh tahan, kerana bek mereka tak konsisten. Banyak kali pertahanan mereka terkantoi oleh Walcott dan Podolski yang mengasak dengan kelajuan. Namun dengan West Ham mereka menang sebab pasukan yang diwakili Andy Carroll itu tak main guna pemain sayap laju tapi mengharap hantaran jauh kepada Carroll.

Kalau Brendan main macam lawan Swansea saya rasa kita boleh dapat sekurang-kurangnya 3 mata tak kurang. Optimis lebih-lebih tidak, tapi kena pastikan percaturan yang betui-betui  cun, sempoi, molek dan mantop. Nak eksperimen pun lain kali kot. Tak payah nak letak Downing kat bek kiri takda maknanya. Robinson mungkin jauh lebih bagus dan pasti mahu menonjolkan diri jika peluang diberikan.

Satu perkara yang saya musykil ialah mengenai masadepan Kapten Mabeles Gerrard. Pada masa sekarang krisis usia dah melanda beliau. Hati kata boleh tapi badan tak mampu. Samada beliau masih belum mampu nak main corak Brendan ataupun kian dimamah usia itu perlu diperhalusi lagi. Yang sewajarnya Kapten kita itu perlu rehat pada perlawanan tak penting macam Piala Europa dan hanya turun untuk perlawanan liga. Kalau berhenti main dengan England itu lebih bagus, biar melingkup Roy Hodgson.

Pepe
Johnson Skrtel Agger  Robinson
Allen Gerrard Suso 
Sterling Suarez Enrique

Barisan kemungkinan pilihan Liverpoolkita mungkin tak akan digunakan oleh Brendan. Tapi inilah barisan yang ramai peminat tahu paling mantap jika digunapakai. Tak perlu kajian saintifik atau statistik bagai, bila letak pemain yang sedang ghairah dan sangapkan kemenangan dan beri kepercayaan buat mereka ,hasilnya positif belaka. Tengoklah nanti saya yakin kita bakal buat tuan rumah kecewa.

Nov 26, 2012

LIVERPOOL 0-0 SWANSEA


Siapa kata perlawanan semalam membosankan. Kalau Malaysia lawan Singapura kot lah. Saya rasa perlawanan seimbang cuma masing-masing ada kekuatan tersendiri. Liverpool banyak menguasai bahagian sayap. Enrique dan Sterling memang main baik bukan sahaja menyerang tetapi membantu pertahanan. Manakala Swanselona al-maklumlah mesti macam Barcelona dok ronda dibahagian tengah selamba badak. Jadi perbandingan kekuatan menampakkan memang Brendan dalam dilema kerana opsyen pemain tengah yang ada sekarang nampak terlalu lembab untuk main tiki-taka.

Namun begitu jangan risau. Walaupun hanya seri tapi hampir memang kerana penjaga garisan sekali lagi lupa pakai kanta lekap. Gol tak dikira Enrique kalau tengok dari kamera ESPN memang lah macam Curi Ayam sebab ianya berada bukan sebaris dengan tiang gol. Jadi sekali lagi teknologi pengawasan kamera boleh menjelaskan situasi sebenar apakah jaringan itu sah atau memang batal. Rembatan Sterling memang osem tapi setakat kena palang gol. Percubaan dan gerakan banyak tapi digagalka oleh diri sendiri kerana pemain terlampau kalut untuk mealakukan percubaan. Pepe dan Goli Swansea setanding kerana berjaya menepis percubaan merbahaya dari lawan memasing.

Nada positif dan tenang dalam penulisan entri ini di Liverpoolkita bukan bermakna saya puas dengan keputusan sebegini. Sebagaimana ramai yang teka Liverpool boleh menang, saya pun senada kerana peluang didepan mata tapi nasib tak menyebelahi. Tapi segala usaha yang diberikan oleh pemain keseluruhannya saya ucapkan syabas. Dengan kembalinya Lucas dan mungkin Wisdom dalam seminggu ini, mungkin kekuatan kita akan berganda. Posisi lain tak banyak untuk diperbaiki, cuma saya harap Brendan kena pastikan bahagian tengah kita lebih gempak dan kemas. 

Nov 24, 2012

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA



Otak yang cergas dan badan yang sihat kunci kepada kehidupan sempurna. Berikan saya orang yang gila atau pesakit kronik yang menjadi  pekerja contoh. Kita tengok sekarang pemain Liverpool semuanya hebat-hebat belaka. Ada penjaraing terbanyak Liga. Ada main sampai beratus-ratus untuk kelab dan negara. Dan ada juga muda-muda lagi dah gaji kalah PM Malaysia. Yang cedera fizikal tak ramai, tapi otak yang sekejap bangang, sekeja Ok dan nanti-nanti bangang macam beberapa pemain yang tak perlu ditulis bagi menjaga hati peminat mereka. Jadi Brendan yang tak pandai nak cuci otak berkarat pemain tersebut kena serah kerja menyental kepada yang pakar. Oleh itu khidmat Psychiatrist atau Pakar Sakit Jiwa tersohor Britain, Dr Steve Peters digunakan bagi tujuan mengembalikan kekuatan mental pemain ketahap yang terbaik. Berjaya atau tidak tunggu dan lihat.

Bertandang ke Stadium Liberty bukannya bermakna kita bebas main ikut suka kita. Pasukan tuan rumah yang bermaskot angsa putih bukannya selembut bantal bulu angsa kat hotel. Pasukan bekas kendalian Brendan ini bagi saya adalah pasukan mantap, meletop dan terlatih dengan tiki-taka versi Inggeris. Hinggakan Swanselona adalah gelaran bagi pasukan mereka yang menampakkan betapa prestijnya cara permainan ala Sepanyol itu. Macam saya tulis sebelum ini sebelum Brendan, batu asas Swanselona memang diikatbatakan oleh arkitek berbangsa Sepanyol yakni Roberto Martinez. Mungkin manuskrip asal taktikal Swanselona telah disimpan bawah bilik kebal bawah  tanah dibangunan rahsia jauh dari manusia di sekitar Wales yang hanya diketahui oleh Kesatria Meja Bulat macam cerita National tresure la pulak. Tapi apa yang penting saya cukup cemburukan Swansea dengan kemampuan serta pemain mereka.

Apa kurangnya Liverpool dengan Swansea. Tak kurang tapi berbeza gaya tersendiri untuk menterjemahkan permainan tiki-taka. Brendan tak boleh nak ubah dan tiru semuanya kerana set pemain di Liverpool tak sama termasuklah matlamat dan ambisi kelab. Cuma saya berharap apa yang kurang di Swansea dapat dipertingkatkan untuk versi Liverpool. Terdapat perkembangan positif dan negatif sebelum perlawanan nanti. Berita buruk didahului dengan kecederaan bek muda, Wisdom. Ini padahnya bila budak-budak kena kerja berat sampai 2 minggu cuti sakit. Namun secara otomatik Johnson kembali kekanan dan Enrique turun dari atas kebawah. Yang berita baik pula ialah kembalinya Masta Lucas dari rehabilasi selama 12 bulan. Ini dinantikan kerana pemain tengah sedia ada sekadar bidan terjun tak bertauliah. Saya harap kali ini kena letak Henderson main macam lawan Wigan baru nampak umphh, bahagian tengah kalau tak lembik terkulai macam kena dengan Young Boys.

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Henderson Allen
Gerrard
Suso Suarez Sterling

Pakar motivasi/jiwa dah masuk. Jadi harapnya dia dapat menjadi pembimbing untuk mengembalikan semangat pemain yang sekejap naik sekejap turun sejak awal musim. Kalau semangat dah pulih maka setiap perkara dapat dilakukan dengan mudah tanpa ada halangan mental. Walaupun saya rasa perit sangat nak menang di gelanggang Swansea, namun saya percaya peminat kipas susah mati Liverpool pasti teka pasukan akan menang tak kira apa jua analisis yang para pengulas ESPN dok meraban sebelum sepak mula. Mungkin peminat sekalian terlepas pandang bahawa Peraduan Teka Keputusan masih boleh dikejar kerana hanya dua orang peneka tepat sahaja itupun hanya dengan 3 mata/orang. Jadi buatlah penilaian tepat dan gunalah segala tekonologi, stattistik, bomoh atau apa saja untuk memeriahkan sayembara termeriah khas dari kami di Liverpoolkita.

Nov 23, 2012

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 2-2 YOUNG BOYS

Pasukan yang tak bernasib baik sekadar seri dengan Young Boys 2-2
Saya taknak tulis pasal setiap minit perlawanan kerana pembaca halaman facebook Liverpoolkita dah boleh ikuti ulasan ala lintas langsung di Anfield pagi tadi. Walaupun tunggang langgang bahasa rojak namun itulah paling terbaik dapat saya lakukan diatas permintaan rakan mukabuku yang TV beliau lingkup apapuntakboleh nak tengok siarang langsung.

Bagi saya pasukan kita memang sedang menghala kehadapan, namun masih perlukan sedikit penambahbaikan lagi. Gol dari Shelvey dan Cole menampakkan Liverpool bukan takada pemain yang boleh sumbat gol. Kalau setiap gerakan baik disudahi dengan tindakan bijak maka penyudah yang terhasil adalah gol. Itu formula mudah tak payah nak ajar budak sekolah pun tahu. Cuma penekanan kepada beberapa pemain muda macam Suso, Shelvey dan Sterling supaya mereka lebih yakin depan pintu gol.

Keseimbangan ditengah paling penting. Kita tengok macam mana gol lawan dihasilkan. Mungkin gol pertama kesilapan Henderson tak jaga rapat Bobadilla, namun pemain tengah kita tak menghambat pemain tengah lawan dari melorongkan bola cantik kepada penjaring gol itu. Gol penyamaan Young Boys hasil gerakan mereka dari tengah dan sekali lagi tiada pemain yang cuba merapatkan diri untuk menekan lawan. Kes ini bukan kesalahan mutlak bek atau goli. Khidmat Lucas amat perlu untuk mengelakkan pisang busuk berbuah dua kali.

Kalau mahu layak ke pusingan kalah mati, pemain kena bermati-matian memenangi perlawanan lepas ini. Udinese bukan lawan mudah tapi bukan juga hebat sangat pun. Mereka dah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pusingan kedua kerana dah tak berdaya nak kejar Liverpool atau Young Boys lagi. Jadi secara saikologinya kita ada peluang kerana Udinese dah tak perlu apa untuk dibuktikan dan selebihnya dikaki pemain untuk melengkapkan kemenangan serta melangkah ke pusingan seterusnya.

Nov 21, 2012

JAHANAM CHELSEA



Penghujung musim 2002/03, tak silap saya. Persaingan tangga ke-empat amat sengit sampai ke hujung musim antara Liverpool dan Chelsea. Tapi sebelum itu lagi kedua-dua kelab ini sebenarnya sedang diintai oleh Roman Avramovich, Taikun Minyak dan Gas Russia. Namun dek kerana Chelsea berjaya ke slot Liga Juara-Juara musim kehadapan, Mafia Russia itu memilih kelab tanpa sejarah dari London sebagai tempat beliau memutihkan wang haram beliau di Russia.

Jangan cakap saya auta, dia banyak skandal di Russia kerana dia Kroni kuat Vladmir Putin. Kalau takda kabel politik jangan harap dari seorang penyeludup terus menjadi kaya raya sampai dah jadi 50 terkaya didunia. Setakat Syed Buqhari dan Ananda Krishnan punya kronima macam tahi hidung dia sahaja. Ketamakan Ken Bates atau MasterBates, pemilik asal Chelsea menerima wang kotor dari Roman, sama macam berlaku macam pemilik Liverpool yang menerima Koboi Texas, Hick & Gillet dulu.

Dalam bolasepak Inggeris, semua kelab dari Liga Perdana hinggalah ke Liga Konfederasi masih mengekalkan ciri pelaburan berhemat dan ikut etika, kerana pemilik kebanyakan warga tempatan. Namun semenjak Arsenal dan Manchester membuka pemilikan asing, ketamakan dah jadi permainan kotor untuk berjaya. Pembelian pemain yang sonsang dan tak masuk akal bermula dengan pembelian Ferdinand,Rooney, Carrick dan ramai lagi pemain pasukan lain untuk menguatkan mereka disamping melingkupkan lawan.

Model dari Syaitan yang dikenali telah dilakukan oleh Chelsea dengan pelaburan 100juta Dasar Ekonomi Barua. Sebab apa saya kata barua. Setiap pemain yang kita bida habis semua dikebas oleh Chelsea pada musim 2003/04. Damien Duff dari Blackburn kita dah pantau lama serta Wayne Bridges dari Southampton, bek kiri muda berbakat pada masa itu. Kes Duff paling malang kerana kita dah hampir berjaya dengan 10juta pound tapi datang Chelsea terus bayar klausa kontrek 17 juta. Yang lain jadi sejarah.

Setakat kebencian di era Mourinho, saya boleh terima sebagai persaingan sihat. Namun kebencian muktamad kepada Chelsea adalah bilamana mereka telah membutakan hati Fernando Torres, dengan tawaran lumayan gaji dan Liga Juara-Juara kepada sijantung hati peminat Liverpool itu. Habis kelam-kabut Liverpool ketika itu kerana Torres telah memaksa perpindahan dan Liverpool dengan panik membeli Andy Carroll dengan jumlah yang tak masuk akal.

Saya rasa doa orang terainaya dan Tuhan makbul. Kezaliman Roman serta ketamakan Torres dibayar tunai dan lihat saja apa berlaku kepada pelaburan 50juta itu. Torres dah tak macam di Anfield. Dia macam dah tak selera nak main bola. Dan pemecatan AVB serta RDM salah satu punca ialah kerana wujudnya makhluk digelar El-Nino didalam pasukan Chelsea. Tak kasi main takut Ketua Mafia marah. Bagi main pula, macam gampang apa pun tak boleh.

Pemecatan Di Matteo saya nampak seakan pemecatan Rafa dulu. Ketidakkesabaran. Cuma berbeza antara Liverpool dengan Chelsea ialah Rafa dipecat kerana bisikan Syaitan Ian Ayre, namun di Chelsea pemecatan Di Matteo yang baru 6 bulan julang Piala Eropah, memang adalah perangai Setan didalam jiwa Roman yang memang hati dah gelap makan duit haram sepanjang hidupnya. Dan sekarang saya dengar mereka nak ambil Pep Guardiola atau bekas Bos Liverpool Rafa Benitez. Tapi saya tak sanggup tengaok Rafa jadi mangsa dan harap dia menolak permintaan jadi pengurus Chelsea.

Jadi nasihat saya kepada peminat Chelsea yang terbaca artikel ini terimalah seadanya kerana bila wktunya Roman dah bosan dengan barang permainan bernama Chelsea, silalah bersiap sedia untuk cari pasukan lain untuk disorak dekat Kedai Mamak. Saya tak ejek pasukan anda tapi hakikatnya pemilikan luar lebih mementingkan untung dan menang. Saya lebih suka pemilikan kelab di Liga Inggeris dimiliki warga Inggeris kerana sukan bolasepak ialah sukan rakyat untuk bersosial. Kalau boleh saya nak waris David Moore beli balik Liverpool dari orang luar kerana pemilik sekarang pun saya anggap Sang Kapitalis.

PIALA EUROPA: LIVERPOOL LAWAN YOUNG BOYS

ciplak tanpa permisi dari goal.com

Setelah bungkus kepada Anzhi di Moskow, Liverpool berjaya dipintas uantuk turun dibawah Anzhi, namun masih kurang selamat untuk selesa ke pusingan kedua. Lawan kita nanti di Anfield Young Boys hanya beberapa mata dibelakang. Jadi jika mahu layak kena menang sekali lagi dengan Pasukan Anak Muda dari Swiss ini. Walaupun pernah ditibai dikampung mereka, Young Boys datang ke Anfield untuk balas dendam. Dia cuba nak malukan Liverpool di bumi Merseyside.

Keupayaan Liverpool sekarang memang ditahap terbaik. Tetapi lebih bagus jika jangan ambil risiko besar untuk letak pemain utama yang nampak letih semacam. Biar pemain muda macam Pacheco, Morgan, Yesil, Coady, Sama, Coates Robinson bersama dengan pemain berpengalaman macam Jones, Carragher, Downing, Sahin dan Assaidi menggembeling tenaga dan pecah peluh untuk pasukan memenangi perlawanan ini dan seterusnya mencerahkan peluang kepusingan kalah mati.

Saya tak sebut Joe Cole sebab dia tak bermakna apa-apa lagi dan biar dia habiskan sisa-sisa usia makan gaji buta. Cuma saya boleh agak yang Brendan Rodgers akan guna pemain kaki reput ini untuk mengumpan kelab luar supaya buang duit beli pemain yang tarikh luput dah sampai. Lagi lama kita simpan lagi rugi sebab  nilai beliau akan susut macam harga kereta terpakai. Jadi kita semua harus berdoa supaya cepat sampai jodoh Cole dengan pasukan lain. Amin.

Jangan risau tentang keputusan perlawanan jika pemain hingusan main. Yang penting perlawanan ini nanti jadi medan latihan mereka untuk menjadi pemain yang bagus. Setakat main dengan budak-budak simpanan lain tak kemana bakat mereka. Tapi jika pendedahan demi pendedahan diperingkat lebih tinggi diberikan, saya rasa Liverpool dah tak payah nak keluar duit banyak-banyak nak beli pemain.




Nov 19, 2012

HENDERSON MACAM NI YANG KAMI MAHU



Kalau diamati cara permainan Henderson masa lawan Wigan nak macam Lucas Leiva. Agresif dan cepat menghambat lawan bila mereka menguasai bola. Mungkin secara diam Hendo berguru dengan Masta Lucas ilmu mempertahankan kawasan tengah. Malah dengan meletakkan Henderson diatas sedikit dari Allen, membuatkan permainan Allen sendiri lebih mudah untuk kurang terbeban berbanding jika main dengan Sahin.

Kalau macam inilah dia main dan terus macam ini lambat laun pelaburan 20juta pound akan memberikan dividen. Cuma saya masih tak mahu nak bagi harapan menggunung kerana Henderson masih dalam proses tranformasi dan perlukan masa untuk sesuaikan dengan taktikal baru. Kalau kita boleh bersabar dengan Lucas Leiva, dalam kes Henderson pun kita tunggu dan bagi semnagat kat dia

tokeysiber has shared a video with you on YouTube
Jordan Henderson vs Wigan
Impressed. Noticed that Henderson was always the 3rd man in when we created huge chances, he is developing under Rodgers.
©2012 YouTube, LLC 901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066

Nov 18, 2012

MUKA BUKU LIVERPOOLKITA


http://www.facebook.com/Liverpoolkita#

Dengan rasminya mukabuku Liverpoolkita dilancarkan. Bukan nak cari gelemer tapi nampaknya medium Facebook lagi luas dari Blog. Jangan risau blog akan terus jalan macam biasa. Disini saya perlukan moderator untuk bantu siar apa-apa yang patut, takut ada komitmen yang menyibukkan diri saya.

LIVERPOOL 3-0 WIGAN

Keyakinan nak menang memang ada. Tengok barisan utama Pepe kembali, Skrtel dan Agger tak nampak macam cedera. Tapi heran bila disisi kanan gandingan muda Sterling-Wisdom dan kiri gandingan tua Enrique-Johnson. Ini dah dua kali Enrique main di sayap dan Johnson dibelakang beliau. Nampaknya Brendan dah nampak posisi terbaik untuk pemain Sepanyol itu.  Di tengah seperti yang disangka Sahin digugurkan digantikan dengan Suso yang bersama-sama Allen dan Gerrard yang akan membantu Suarez yang seorang diri didepan. Jadinya formasi 4-2-3-1 digunakan kembali setelah main 3-5-2 semasa seri 1-1 dengan Chelsea. Pasukan Wigan juga tak silap menggunakan formasi yang hampir sama. Saya rasa macam 4-5-1 cuma mereka lebih bertahan dari menyerang walaupun mengungguli penguasaan bola lebih dari kita.

Separuh masa pertama bermula dengan agak hambar. Nak cerita tak ada peluang, ada juga tapi Wigan sangat disiplin, agresif dan sangat mantap mengasak dan buat pemain kita nampak mandul. Tapi tersentak bila Suso keluar ganti dengan Henderson. Taktikal atau cedera tak pasti namun kemasukan Hendo ada nampak Liverpool lebih kasar dan tegas. Sebab sebelum ini Suso memang kena buli dengan pemain tengah Wigan secara bertalu-talu. Jadi selepas kemasukan Hendo walaupun Wigan dah nampak dapat dikawal, namun masih belum ada ikhtiar nak membolosi taktik Wigan yang jadi 10-0-0 daripada 4-5-1. Saya rasa perjudian Brendan memasukkan Henderson ialah dia nampak Hendo lebih agresif dan pantas menghambat lawan berbanding jika letak Shelvey yang lebih dinamik atau Sahin yang lebih tenang (lembab).

Separuh kedua ibarat tengok cerita kombat. Seawal sepak mula Liverpool dah nampak bagaimana nak tibai Wigan. Dengan ketiadaan Watson yang cedera pada babak pertama, Brendan dah pandai mencongak taktikal untuk memecah-belahkan Wigan yang kebal untuk dicerobohi ditengah tapi ada lubuk yang boleh dirobek dibahagian sayap. Nasib malang buat Wigan bermula bila Sterling bijak melepasi halangan Bosenjour dan Fiegorua untuk melakukan hantaran lintang kepada Suarez yang melakukan rembatan padu tanpa dapat ditepis Al-Habsi. Gol kedua hadir seakan tiru situasi Suarez dengan Cech minggu lepas dan ianya juga dijana olehh Enrique juga. Tapi kali ini Suarez ubah skrip dan terus melakukan rembatan untuk gol kedua. Gol ketiga adalah saguhati kepada Enrique setelah percubaan Suarez dan Sterling dihadang pertahanan Wigan dan terhidang didepan Enrique untuk disantap. Selepas keluarnya Suarez, perlawanan yang rancak bak filem aksi dah bertukar jadi cerekarama.

Saham Suarez kian melambung tinggi ,setinggi Saham Felda. 10 gol dari 12 perlawanan membuatkan air liur Mancini kian meleleh. Sebelum ini harga dekat 50juta, kini dah naik 65 juta. Minggu depan bubuh lagi sebiji dua taktau nilai beliau berapa. 100juta kot. Walaupun 1 Trilion pound, bagi saya Liverpool tak perlu jual Suarez kerana bayangkan musim kelam-kabut ini tanpa dia. Dan satu lagi bayangkan jika pasukan kita ada seorang lagi macam dia, demam tak kebah seluruh warga pertahanan Liga Inggeris. Namun begitu kalau Suarez lebih disiplin dan tenang bila pegang bola saya ingat paling kurang 4 gol dalam tangan. Banyak kali musim ini Suarez patut boleh bubuh gol tapi terkantoi. Itu sebablah dia masih di Liverpool bukan di Real Madrid atau Barcelona. Jadi ada rahmat juga dia tak sumbat semua peluang kalau tak jangankan Mancini, Ferguson dan Abramovich tumpang sekaki nak sebat pemain ini.

Nov 16, 2012

LIVERPOOL LAWAN WIGAN


Wigan sekarang tak sama dengan Wigan zaman Steve Bruce. Roberto Martinez antara pengurus muda terbaik di Liga Inggeris dan nyaris menjadi Bos di Melwood. Tapi pengurusan berbelah bagi kerana resume Rodgers dan Martinez hampir setara, namun akhirnya Brendan dapat menarik perhatian kerana prestasi dan persembahan  Swansea nampak lebih menggairahkan berbanding Wigan yang hanya bertaring di penghujung musim. Namun mungkin ramai yang tak tahu kisah sebenar bahawa Swansealona sekarang tapak asasnya didirikan oleh Martinez yang merupakan bekas pemain kelab itu.

Kalau tengok pemain Wigan tak ada nama pun nak dihebohkan. Cuma corak permainan pantas dan agresif amat sesuai dengan pemain sedia ada. Dalam semua pemain Wigan saya suka tengok 2 orang pakai jersi Liverpool yakni Goli Oman, Ali Al-Habsi dan pemain yang pernah trial dengan kita James McCarthey. Pemain lain boleh tahan saja kerana mereka amat berdisiplin dengan taktik sedemikian namun kalau nak main cara Liverpool saya tak nampak ramai yang layak kecuali 2 orang yang dinamakan diatas. Tapi senjata utama mereka ialah bekas pemain Portmouth, Aruna Kone yang macam lipas kudung. Ini kalau  tak jaga betul-betul boleh makan kuah dibuatnya.

Berita gembira bila dengar Lucas dah kembali berlatih. Maknanya trio Gerrard-Sahin-Allen bakal dirombak bila Puaka Brazil ini kembali merebut tempat beliau yang otomatik sebelum cedera dulu. Tapi buat masa sekarang memandangkan Sahin macam tak berapa sempoi jadi ada baiknya letak Suso ditengah menyerang dari. letak sebelah kanan. Bukan dia tak bagus dikanan, tapi dia lagi meletop jika main ditengah. Kalau letak Suso ditengah maknanya dibahagian sayap dah ada kekosongan. Nah, masa inilah kena bagi Assaidi main, kalau tak macamana pemain lincah itu nak reti bahasa dengan permainan Liga Inggeris.

Macam nak gelak pun ada dengar berita yang Man City nak goda Suarez. Memang kita boleh tengok Mancini macam hilang punca walaupun dah habis duit berkepuk beli pemain ntah apa-apa. Saya tak rasa Suarez nak berambus kerana dia terhutang budi kerana Liverpool sanggup ambil risiko ketika Isu Perkauman antara beliau dan Evra berlaku. Kalau bab gaji saya rasa Suarez antara pemain bergaji besar dan sikit lagi saja nak potong Kapten Gerrard. Antara sebab Suarez diintai oleh kelab lainkerana musim ini nampak Suarez bakal menjadi calon memburu Kasut Emas, kalau prestasi sekarang diteruskan.

Kali ini saya harap pemain lain akan turut bagi sumbangan gol jangan dok harap Suarez sahaja dengan alasan nak bagi Suarez jadi penjaring terbanyak. Disamping kena buat gol sebanyak mungkin, diharap unit pertahanan kita kembali bersedia bermati-matian menghadapi serangan Wigan yang tak hebat tapi berbahaya jika diberi peluang. Dengan pemain yang ramai kembali  dari persada antarabangsa tanpa bawah balik Surat Cuti Sakit (MC), insyaallah Liverpool akan menibai Wigan sebagaimana 6 pasukan lain pernah menibai mereka sebelum ini. Kemenangan dengan Wigan dikira wajib lulus dalam ujian bulan November.

Nov 15, 2012

LAGENDA ENGLAND


Saya tak kisah England bungkus kepada Sweden. Yang penting 3 pemain Liverpool telah berikan persembahan meyakinkan pagi tadi. Namun ianya perlawanan istimewa buat Gerrard .Sebagai kapten Liverpool dia telah bermain 600 perlawanan dan termasuk dalam carta 10 otai Liverpool. Namun sebagai Kapten baru England, Gerrard dah masuk kategori 5 terotai dengan penampilan ke 100. Saya rasa kalau Gerarrd masih mahu teruskan bermain untuk England pastinya tak siapa boleh halang dia main selepas Piala Dunia 2014.

Nov 14, 2012

PRESTASI ENRIQUE KIAN MANTAP

Jose Enrique dah kembali mengganas. Pemain terbaik perlawanan dengan Chelsea. Keupayaan menyerang memang kita dah tahu, tapi paling menakjubkan ialah Enrique berjaya memandulkan Oscar, Mata, Hazard, Moses dan Torres yang cuba tapi gagal untuk mencilok kawasan pertahanan kiri Liverpool. Kiranya dia versi dipertingkatkan Fabio Aurelio, namun hantaran Jose masih liar dan kurang berhati-hati. Dia hampir menjaringkan gol serta buat peluang kepada Suarez dalam situasi 1 lawan 1 dengan Cech.

Walaupun ramai yang rasa Enrique layak dipanggil dalam skuad La Roja (Sepanyol), namun Vicente Del Bosque lebih sukakan Jordi Alba dan Naxto Monreeal. Antara kelebihan Alba sebagai teraju utama bek kiri Sepanyol selain mobiliti dan rajin turun naik serang dan bertahan, ialah kebolehan menjaringkan gol. Inilah jurus yang belum dikuasai Pendekar Enrique selama bertapa di EPL 5 musim. Abiliti lain mungkin agak seimbang walaupun masih kurang sempurna.

Harapan agar Enrique kekalkan persembahan mantap ini. Kutukan terdahulu dari semua pihak macam tak jadi kudis buat beliau. Yalah semua peminat ingat Enrique robot, sentiasa hebat memanjang padahal, terkadang pemain ini ada hari malang beserta kesan dari kecederaan yang menimpa awal musim. Sebelum ini Johnson main sebagai bek kiri dan harapnya saya mahu kalau boleh Johnson dikanan dan Enrique dikiri. Barulah seimbang kembali pertahanan kita.

Nov 13, 2012

FERGUSON KENA GETAH

Memang peminat berkarat Mat Bond ni. Lejen.

Nov 12, 2012

LIVERPOOL 1-1 CHELSEA

Kan saya dah cakap, takda sesiapa yang mampu keluarkan Liverpool dari situasi merbahaya selain Wirawan bergigi Arnab. Walaupun tak bagi kejutan dengan kemenangan tapi seri dengan Chelsea dengan permainan berterabur boleh dikatakan ada kemajuan juga. Cuma yang ralat ialah taktikal 3-5-2 yang digunakan macam tak seimbang kerana bahagian tengah kita tak nampak lembik dan tak terurus. Tetapi bahagian sayap nampak kemas dan rapi terutamanya disebelah kiri yang dirempit oleh Enrique.

Trio Allen-Gerrard-Sahin bernasib baik kerana pemain tengah Chelsea tak buat gila dan acapkali tak ambil peluang untuk melingkupkan pasukan kita yang tebarai juga dengan ketiadaan Skrtel. Namun Carragher juga taklah hampeh sangat, walaupun gol yang dibolosi  oleh Terry, adalah penyakit biasa unit pertahanan kita. Jones tak membantu pada awalnya namun selepas gol pendahuluan Chelsea, dia dah nampak makin mantap dan menyelamatkan percubaan merbahaya serangan Chelsea.

Kalau Sterling dengar kata bisikan Syaitan yang dikenali yakni ejen 20 persen, masih mahukan kontrak  50k seminggu dia boleh berambus dari Anfield. bukan sebab budak-budak tak boleh pegang duit banyak, tapi Sterling masih perlu membuktikan beliau layak dan boleh diharapkan macam Suarez. Tengok macam Suso, walaupun hanya masuk sekadar 1/2 jam malam tadi tapi dia ubah permainan Liverpool 360 darjah. Terus bahagian tengah Chelsea nampak cuak dan sedikit gelabah. budak macam Suso ini walaupun main bagus tapi tak pernah nak minta bukan-bukan dan masih sedar diri.

Saya sikit khuatir dengan perkembangan Sahin. Yalah walaupun sekadar dipinjaman dan masih milik Real Madrid, namun buat masakini Sahin masih belum dapat mengembalikan jati diri beliau seperti sebelum ini di Bundesliga. Memang EPL adalah ibarat kampung baru dan budaya baru bagi beliau, tapi mungkin silap kita juga berfantasi yang Sahin mampu buat macam-macam. Sebab itulah kita tengok Shelvey dan Suso silap haribulan jadi pilihan utama dan Sahin akan terbuang. Itu belum lagi kembalinya Lucas dari cuti sakit.

Keseluruhan perlawanan mungkin kita masih belum mencapai tahap diinginkan. Tapi petanda terbaik kemajuan kita ialah mampu bangkit dari ketinggalan gol. Semangat macam ni lah yang kita mahukan. Pasukan kita pun ibarat macam Pokok Durian, lama-lama besok apa yang ditanam akan dapat tuaian yang baik jika kena dengan penjagaan dan baja yang sesuai. Cuma kena sabar kalau hasil musim pertama dapat durian mangkaq atau masam sebab musim ini Tuan Tanah tak cukup duit nak beli baja mahal dan berkualiti. Kena sabar sampai tengah musim ini tengok kalau ada modal.

Nov 10, 2012

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA

Maaf tiada ulasan untuk perlawanan Piala Europa di USSR atas sebab teknikal. Jadi rangkuman serba sedikit perlawanan itu saya nukilkan dsini. Walaupun keputusan tewas, pemain muda dan simpanan mendapat pujian kerana persembahan yang bagus. Macam biasa Liverpool versi 4-3-3 pun susah nak sumbat gol, apatah lagi versi 3-2-4-1. Kapten skuad simpanan Conor Coady main perlawanan sulung tapi masih gabra, namun kambing hitam sebenar ialah Joe Cole yang memang macam tak berkehendak naik main bola cuma nak makan gaji buta sebanyak 100k seminggu. Lain pada itu masalah kebolosan gol adalah masalah kombinasi bek tak laju Carragher dan Coates. Senang-senang saja Lacina kelentong bek kita dan menglob Jones yang ternganga dibuai mimpi.

Jangan risau eksperimen Brendan setakat Piala eropah saja. Menentang Chelsea nanti 9 pemain utama yang tak ikut ke USSR akan main balik. Malah dengan rehat yang cukup. Namun belum tahu samada Reina atau Johnson bleh ikut serta ke Jambatan Runtuh (Stamford Bridge). Jadi skuad kita mesti boleh dijangkakan macam kat bawah.

Jones
Wisdom Skrtel Agger Enrique
Gerrard Allen Sahin
Suso Suarez Sterling

Jambatan Runtuh bukan stadium keramat sangat bagi Liverpool sebelum ini. Banyak kali juga kita bagi mereka kemaluan besar disana. Tapi sekarang hero pemusnah Chelski dah kesana. Dia mungkin main macam tahi kat Chelsea musim lalu, namun musim ini lain macam sikit Torres main nampak macam ada peningkatan dari musim lepas. Buat masa kini dia dah bubuh 7 gol dalam kesemua pertandingan. Dan saya harap dia kembali mandul bila lawan kita nanti. Lagi satu kita boleh tengok Torres macam malu-malu nak bubuh gol depan peminat Liverpool mungkin dia masih teringat zaman kegemilangan di Anfield kot.

Kebangkitan Chelsea musim ini kerana kombinasi pemain tengah yang begitu lincah, licik, pantas dan boleh balun lawan dalam apa jua situasi untuk menjaringkan gol. Cuma masa lawan Swansea saya dah nampak kelemahan mereka ialah mereka terdedah bila kena serangan balas. Lubuk utama ialah David Luiz dan Suarez boleh manipulasi kebangangan pemain rambut meggi ini yang suka naik atas. Lagi satu Kalau nak menang kena main pantas dan bila Chelsea pegang bola pemain tengah kena pi serbu, kalau dok biar alamat macam nak tunggu bala.

Ada yang masih percaya kita boleh buat kejutan di Jambatan Runtuh. Bagi saya tak mustahil kerana Ahli Sihir dari Uruguay mungkin boleh kasi bek Chelsea kena pukau. Tapi jika Suarez tertinggal kantung ajaib dirumah alamat pasukan kita pula silap-silap kena santau. Jadi sekarang perlawanan ini ibarat Suarez lawan Chelsea. Jika dia berjaya membuat sesuatu walaupun keadaan buntu, kita balik 3 mata. Tapi jika dia kantoi dan pemain lain pun tak membantu, balik tangan kosonglah gamaknya. Main cantik itu untuk bagi peminat seronok tapi main cerdik lebih penting untuk menang.


Nov 8, 2012

PRESTASI NOVEMBER

Jadual Perlawanan November 2012

4 Nov 2012 Newcastle (H) 1-1
8 Nov 2012 Anzhi (A)
11 Nov 2012 Chelsea (A)
17 Nov 2012 Wigan (H)
22 Nov 2012 Young Boys(H)
25 Nov 2012 Swansea (A)
28 Nov 2012 Tottenham (A)

Kita terpaksa menempuh 5 perlawanan Liga Perdana dan 2 perlawanan Liga Europa dalam bulan November ini. Boleh dikatakan 4 lagi pasukan yang kita hadapi bukan boleh buat main termasuklah Wigan. Chelsea, Spurs dan Swansea pada masa sekarang bagi saya pasukan yang sukar dikalahkan jika tengok prestasi dan kedudukan dalam liga. Kalau zaman Rafa mungkin kita boleh berlagak nak tibai sesiapa, tapi kini semua harus sedar kita dah jadi pasukan kerdil yang masih terumbang-ambil mencari identiti baru. Jadi buat masa sekarang biar kita anggap kita bukan pilihan dan biarlah apapun juga keputusan ditelah walaupun tak menyebelahi kita.

Secara ideal 15 mata akan diberikan bulan ini. Seri dengan Newcastle, dapat 1 mata dan masih 12 untuk dikejar. Bagi saya kalau kita mampu kutip paling maksimum 6 mata. Ini kerana hanya lawan Wigan kita main dirumah yang lain kena lawat laman orang. Memang orang boleh cakap kita mampu dan saya tak kata kita kita tak mampu, namun secara realistik dengan keadaan pasukan yang masih lagi tercari-cari rentak rendah diri lebih baik. Tapi itu semua bergantung kepada tahap kesihatan kesemua pemain utama dan masalah kecederaan. Satu lagi benda yang paling penting ialah mintak simpang malaikat 44 ialah Suarez jangan cedera atau dapat kad merah. Kalau tak ada dia sebelum Januari, masalah macam musi lepas akan kita tanggung sekali lagi masa kes Rasis Evra.

Nov 7, 2012

PIALA EUROPA: LIVERPOOL LAWAN ANZHI MAKANDALCA

Heran teramat. Piala Europa ni kita letak pemain cikai tapi boleh menang dengan pasukan OKB macam Anzhi Mahachelaka. Ini mungkin bermakna kita macam diseru oleh kuasa ghaib supaya pulun sikit lagi sebab ada peluang boleh berjaya. Anzhi dan Young boys dh kena tibai tapi Udinese kita kantoi. Walaupun begitu tiba-tiba pasukan lain macam bagi peluang Liverpool jadi pendahulu kumpulan. Memanglah pasukan lain masih ada peluang, tapi perlawanan dengan Anzhi di Moskow adalah penentuan awal dan kalau memang kita dah boleh bernafas lega. Tapi kalau bungkus jangan risau 2 lagi perlawnanan dengan Udinese dan Young Boys kita masih boleh kampoi.

Kapten Gerrard, Allen dan Suarez konpem akan tinggal di kampung dan pemain simpanan akan terbang ke Moskow. Saya berharap sangat Dani Pacheco diberikan tugas menggantikan Suarez dan Shelvey calon otomatik gantik Gerrard. Pemain lain macam Assaidi dan Downing main sayap serta Sahin dan Henderson ditengah. Pertahanan tak pasti ada rombakan namun adalah lebih cun jika letakkan Robinson, Coates, Skrtel dan Wisdom untuk mengimbangi kekuatan diantara pemain muda dan pemain utama. Walaupun Jones masih tak berapa mantap tapi dia adalah opsyen tunggal disamping Gulasci yang masih berhingus untuk mengambil-alih posisi yang Goli utama.

Kepemerginan di Moskow bukan cabaran mudah. Selalu pasukan kalau main kat kampung sendiri memang berlagak dan pelawat lebih nampak pendiam. Memang kita menang dah dengan mereka sebelum ini di Anfiield tapi di Moskow cerita pasti lain dengan skrip berbeza. Anzhi mesti mau menang dan pasukan kita takkan nak balik tangan kosong. Sebab itu pasukan yang lakukan terbaik sepanjang 90 minit tak kira pelawat atau tuan rumah pasti akan peroleh laba. Macam kes di Anfield kita menang tipis itupun percubaan jauh dan nampak susah nak pecah kubu Anzhi .Saya harap taktikal kita kena pelbagai kalau nak menang sekali lagi. Saya juga percaya orang tua licik macam Hiddink pasti akan ada kejutan buat kita dan pasti Azhi takkan main hampeh lagi macam pertembungan pertama dulu.

Nov 6, 2012

MAJALAH BOLASEPAK

Dahulu, masa belajar (tengah 90an) saya selalu ikuti bolasepak Inggeris dengan membeli majalah Match atau Shoot. Dua majalah lejen ini ikut matawang British 95pence sahaja tapi kat kedai buku dia balun sampai kat RM10. Ingat lagi masa kawan-kawan dok kumpul komik kepahlawanan Hong Kong atau komik Slam Dunk saya dok gila kumpul Majalah bola itu sampaikan sanggup paw duit orang tua cakap nak beli buku rujukan. Bukan rujukan kejuruteraan tapi rujukan kejurulatihan. Ok lah juga dari tipu makbapak beli dadah.

Majalah bolasepak Malaysia saya tak beli sebab kat rumah sewa ada peminat tegar Liga Malaysia. Semangat Nasionalisma beliau memang masuk kepala dengan saya dan kami bertukar-tukar majalah bola. Zaman dulu tiada internet, tiada sumber nak layan cerita berita Liga Inggeris kecuali akhbar Malay Mail atau The Star. Kalau ada itu pun ciput saja, tapi setakat nak tengok keputusan perlawanan dan sikit-sikit berita basi dunia Liga Inggeris.

Zaman Stadium Astro, bersepah-sepah majalah bolasepak tentang Liga-Liga di Eropah dalam versi Inggeris mahupun Bahasa Malaysia termasuklah Majalah Pasukan Man U yang syok sendiri. Tapi bagus jugalah daripada baca majalah Mangga. Sayang sekali Persatuan Kelab Peminat Liverpool Malaysia (LCSM) tak ambil inisiatif dengan Liverpool untuk menerbitkan majalah Liverpool versi Bahasa. Jangan takut saya sendiri sanggup langgan tak kira berapa harga.

Walaupun zaman IT boleh baca berita terkini dan komentar dalam web atau blog. Namun budaya membeli majalah tentang bola tak reda. Paling pokai pun dua bulan sekali beli majalah. Disamping hobi dapat juga klaim untuk tolak cukai pendapatan. Buat masa sekarang saya paling suka beli majalah wisel bagi versi Bahasa dan FourFourTwo bagi versi Inggeris. Saya bukan dapat apa promo 2 majalah ini, tapi bagi saya olahan Wisel terbaik dan 442 pula ada paling sempoi bukan sahaja cerita pasal pasukan bola, tapi info dan ilmu bolasepak banyak ada dalam majalah itu.

Nov 5, 2012

LIVERPOOL 1-1 NEWCASTLE

Newcastle terselamat malam ini atas dua perkara. Pertamanya penyerang Liverpool main agak lewa. Pemain pertahanan masih belum lega dari penyakit lama. Permainan Newcastle memang macam taik dan saya terkejut kerana mereka masih boleh sumbat gol padahal penyerang mereka macam tiada langsung. Cuma Pardew nampak bijak dengan bermain secara serang balas dan gol terhasil. Tapi bila mereka mula nak main terbuka akibatnya mereka pula yang bolos.

Pasukan kita main cemerlang dari segi membolot penguasaan bola. Cuma gerakan berbahaya kadang-kadang jadi kantoi kerana ketamakan dan juga lambat buat keputusan. Sahin tenggelam namun patutnya beliau digantikan dengan Shelvey dan kekalkan Suso dibahagian sayap. Kemasukan Shlevey macam bawa tuah kerana sejurus dia masuk gol terhasil. Kadang heran juga kita main bola lantai selalu tapi gol terhasil dari hantaran bola tinggi. Nampaknya Brendan melonggarkan sedikit taktik dan memberikan pemain bebas membuat keputusan untuk menguntungkan pasukan.

10 gol dari 15 penampilan. Adakah sesuatu statistik terburuk bagi seorang penyerang yang tak berapa ada deria pemusnah. Kita dah macam terlalu mengharap Suarez nak cipta sesuatu. Tapi bila dia dah buat apa yang termampu pemain lain pula yang buntu. Kesefahaman dalam pasukan dah macam tak wuujud bila ada serangan. Kemampuan pemain muda macam Sterling dan Suso masih ditahap sederhana, main bergaya tapi masih kurang idea untuk membuat gerakan maut. Jadi harapnya Suarez tak cedera sehingga Januari.

Dalam pada itu, Kapten kita Gerrard telah menjadi antara 10 pemain terotai dalam 600 penampilan bersama Liverpool. Dan bagi saya dia adalah ikon Liverpool untuk zaman millinium. Kalaulah dia beranak awal masa McManaman dan Fowler tengah mengganas, saya rasa lagi awal kebangkitan Liverpool bukannya tunggu 2001/2 baru nak memang macam-macam Piala. Selain corak permainan, dia ada aura yang kadang-kadang boleh dikatakan ada magik. Nak cari macam beliau memang susah tapi saya harap Shelvey dapat dibentuk menjadi seperti mana Gerard. 

Nov 3, 2012

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

Perlawanan pertama Bulan November setelah tragedi Oktober berlalu. Newcastle adalah pasukan mantap dengan pemain serangan yang menyengat. Kagum bukan dengan persembahan mereka tapi bagaimana geng pencarian bakat mereka boleh kesan pemain murah tapi mabeles macam Cabaye, Tiote, Ben Arfa, Ba dan Cisse. Cuma bahagian pertahanan mereka agak tak berapa cun, namun Krul nampak sunngguh osem lagi mantop 2 musim berturut turut. Mamat ni dah nak jadi goli no wahid Belanda. Tak caya tengok la nanti.

Pasukan kita macam biasa masih lagi pasang surut. Yang muda pengalaman kurang dan yang tua angin dah kurang. Gabungan mereka ini kadang-kadang bagi kejutan jika lawan ikut rentak kita. Tapi bagi pasukan yang agresif dan mempunyai pengalaman macam Everton kita gugup. Nasib baik Brendan ada juga Plan B dia. Kalau pasai A saja sampai habis boleh makan diri dengan taktik sebegitu. 4-3-3 mudah dikuntau oleh pasukan yang suka main bahagian sayap. Tambahan pula pasukan kita pemain tengah tak agresif kerana kereta Kebal Brazil masuk bengkel.

Bukan saya nak cakap bukan-bukan. Brendan sekarang memang tengah gelabah. Dia tak mampu nak kawal semua benda. Tapi satu perkara kalau dia mampu buat ialah bagi motivasi kepada pemain dengan meletakkan pemain yang betul-betul mahu main dalam kesebelasan utama. Jasad boleh dilatih macam-macam. Lompat sana, lari sini, gelecek kon, sepak kuat-kuat. Tapi nak bagi kekuatan emosi itu benda yang perlu kerana kita tengok macamana cerita lagenda Istanbul 2005 berlaku. Sedikit ejas taktik tapi dengan kata-kata semangat meluap-luap, pemain main macam kena pukau mengamok sampai dapat Piala.

Tak beranilah kata pasukan kita bagus atau Newcastle boleh buat kejutan. Tapi dalam bolasepak bola itu bulat dan apa-apa sahaja boleh terjadi dalam 90 minit. Sekarang ni tak kira tuan rumah atau pelawat, siapa yang pandai ambil peluang dia bakal pulang gumbira. Namun dek kerana prestasi kita berbdanding Newcastle saya rasa nak menang boleh tapi setipis kulit bawang. Tapi dengan syarat pengadil dan penjaga garisan jangan dok pergi Kelabing plak malam sebelum perlawanan. Takut nanti ada gol tak kira macam lepas-lepas sebab tak cukup tidur . 

Nov 2, 2012

HALA TUJU UNDANG-UNDANG BOLASEPAK

Dunia Bolasepak macam juga kehidupan manusia. Pelbagai evolusi daripada sukan yang dimain oleh gerombolan satu kampung lawan satu sama lain ,sampailah hanya 22 pemain dalam padang yang mempunyai 2 tiang gol dan dalam kawasan bercat putih saja. Inilah salah satu sukan yang paling diminati diseluruh pelusuk dunia, walaupun Amerika ada cipta bolasepak mereka sendiri padahal ciplak juga darii ragbi Inggeris, cuma bagi nampak sempoi dengan memakai helmet dan jersi tebal bagi nampak bodi berketak-ketak.

Dulu sukan ini nampak lebih senang kerana goli boleh tangkap bola hantaran kebelakang. Mudah-mudah pun orang dulu-dulu lagi tere dari pasukan Liverpool sekarang yang tak reti nak jaring gol banyak-banyak. Tapi undang undang yang banyak alami perubahan ialah undang-undang offside atau orang utara panggey "Curi Ayam". Ingat terma ini kerana saya takkan tulis offside dalam blog ini kecuali terpaksa. Kat sebelah selatan, timur dan tengah ngkorang panggil curi kambeng kot.

Masa sekolah dulu undang-undang ini saya paling keliru. Ialah sebagai penyerang/sayap sekolah, saya sering kena kesalahan curik ayam sebab tak reti macamana keadaan yang tak mencuriayam itu. Mahu taknya cikgu tak ajar dan pilih pemain tengok siapa sepak kuat dan lari laju saja. Dah bungkus baru cikgu bagitau siap buat praktikal lagi. Tapi buat apa pertandingan antara sekolah dah tamat. Main kat kampung petang-petang mana ada pengadil jadi tak ambil pot langsung bab-bab undang-udang ntah apa-apa FIFA ini.Naik sekolah menengah baru faham camna dikatakan curi dan tak mencuri ayam itu.

Itu cerita saya pasal undang-undang ini. Tapi berkaitan dengan bolasepak di England yang telah berabad-abad lamanya dimainkan dan secara rasminya badan yang menguruskan Bolasepak Inggeris (FA) tertubuh pada 1888, tapi masih ada orang yang berkecimpung dalam peraturan yang tak faham udang-undang ini. Atau dalam kata lembutnya masih bangang. Anda boleh teka kan memang ada kena mengena dengan pasukan kita sebab itu saya ungkit cerita ini.

Saya ada bersembang dengan otai bola merangkap pengadil berlesen FAM merangkap Abam sepupu tentang pasal apa undang-undang bolasepak ini masih menggunakan teknologi insan padahal teknologi rakaman visual macam Bolasepak Amerika boleh digunapakai. Padahal manusia tertedah kepada kesilapan kerana ianya bergantung kepada emosi, fizikal dan tekanan untuk buat keputusan. Dia cakap mudah saja, orang Inggeris dan Eropah kebanyakkan sentimental, klasikal dan mahukan keaslian dalam kebanyakan benda termasuklah sukan. Nak mudah tengok rumah mereka kawasan pinggiran bandar macam rumah tak siap bata merah pun tak diplaster simen. Itupun mereka kata sempoi.

Bab teknologi visual tengok gol tengah garisan masuk atau tidak memang dalam proses akhir nak dikuatkuasakan.Itupun tertangguh sebab masalah apa benda pun tak tahu. Tapi nak buat keputusan melalui tengok rakaman mereka tak mahu buat. Mungkin bagi mereka bolasepak klasik tak seganas ragbi atau bolasepak Amereka, jadi tak perlu nak perabis duit ,simpan dalam bank bagi beranak lagi untung atau guna bayau elaun tinggi-tinggi untuk exco Persatuan Bolasepak inggeris, macam yang ditiru oleh Persatuan Bolasepak Malawi (FAM).

Saya rasa semua pasukan bolasepak didonia kecuali Man U, mahukan teknologi ini kerana setiap pasukan perlukan lebih dari kederat dan tuah untuk menang. Berbanding Man U yang ada pemain ke-12, 13,14 dan 15 setiap kali permainan. Jadi nak harap manusia (pengadilah siapa lagi) berlaku adil atau tak buat silap atau ragu-ragu dalam buat keputusan memang susah untuk mendapatkan keputusan yang adil dan membahagiakan semua pihak. Jadi jalan tengah ialah teknologi rakaman visual untuk timbal-balas balik keputusan pengadil, samada tepat atau tidak dan tiada kezaliman kepada sesiapa yang terkena keputusan yang berat sebelah. Nak harap Blatter atau Platini, teknologi garisan gol makan tahun baru nak buat. 

Nov 1, 2012

PIALA LIGA: LIVERPOOL 1-3 SWANSEA

"Penyandang Juara Balik Awal"

Tajuk yang mungkin bakal ditulis dalam muka belakang akhbar ruangan sukan hari ini. Sedih pun tidak suka pun tidak. Ini kerana sejajarnya Piala ini bukan sasaran utama tapi sekadar macam jawab soalan periksa cara lambung dadu pasal tak ulangkaji. Kalau lulus gembira kalau tak memang tak mengharap pun. Jika menang piala corot ini ianya mungkin sebagai jambatan pintas ke eropah, tapi cara ini kadang-kadang nampak tak adil kerana menidakkan pasukan lain yang berada dalam kedudukan 7 hingga 5.

Yang lain tak apa, namun disanubari Brendan Rodgers, tewas kepada bekas kelab dan bekas anak buah akan mengakibatkan kemaluan besar juga ada. Maknanya tranformasi Brendan untuk memastikan Liverpool untuk menjadi seakan Swansea masih jauh lagi atau dalam makna lain kena culik lagi 2-3 orang pemain Swansea barulah sistem yang dimpikan boleh menjadi. Antara pemain idaman mungkin Nathan Dyer, Ashley William, Vorm dan sebagainya.

Swansea XI lawan campur-aduk muda-tua rejek-bagus Liverpool, maka terhasillah keputusan bungkus yang mulanya tidak dijangkakan, tapi bila tengok pemain yang bermula dalam ksesebalsan utama maka wajar kalah. Henderson main di bek kanan. Carragher yang pencen bersama Coates yang hingusan. Cole yang berkarat gantikan Gerarrd. serta Yesil bermula sebagai penyerang solo. 

Ternyata pasukan kita terbatas pergerakan tanpa mobiliti dek kerana set pemain yang tua dan lembab berbanding Swansea yang pantas. Disini terbukti bahawa ketebalan skuad kita masih belum memadai untuk mencabar pasukan 4 terbaik musim ini. Malah jika nak celen untuk 7 terbaik pun dengan pasukan sedia ada maka kirim salam awal-awal. Sayugianya bulan Januari adalah masa terbaik untuk rekrut baru dan melepaskan pemain kayu reput yang kerja dok makan gaji buta.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails