Mar 18, 2013

BELAJAR DARI KESILAPAN

Jurulatih yang bagus tak semestinya boleh jadi pengurus yang mantap untuk kelab yang mempunyai ambisi besar. Itulah dilema yang dialami oleh Brendan Rodgers musim pertama beliau di Anfield. Walaupun beliau banyak belajar dari Mourinho tentang kejurulatihan namun aspek pengurusan pemain serta ilmu taktikal beliau masih ditahap sederhana. Antara faktor ialah beliau tidak pernah bermain di Eropah dengan pendedahan sebenar ilmu bolasepak kontinental, cuma ilmu dan teori sahaja dia nampak gempak.

Namun secara teorinya beliau nampak berjaya di Swansea, tapi harus diingat Swansea pada dasarnya bermain corak tiki-taka dengan asas dan foundisi dari pengurusan Amigos yang mengurus Wigan, Encik Roberto Martinez.  Kehadiran Brendan ke Swansea hanya seperti tambah secedok aiskrim dalam semangkuk ais kacang. Bukan beliau tak ada peranan, namun falsafah bolasepak yang beliau pelajari dapat dipraktikkan dan disulam dengan mudah keatas pemain tinggalan Martinez. Kredit memang diberikan untuk beliau kerana musim pertama yang berjaya sebagai pengurus tak ternama dan main baik dari pasukan yang dah berkurun di EPL.

Tak mudah untuk memuaskan hati semua orang. Sasaran beliau di Swansea dan Liverpool jauh berbeza. Swansea mungkin hanya mahu kekal di EPL, namun gergasi yang tertidur macam Liverpool memerlukan seorang pengurus tak kira muda tua tetapi yang penting ialah dapat mengembalikan Liverpool ke tempat yang sebenar. Objektif FSG mengambil Brendan mungkin mereka mahu Liverpool bangkit dengan perlahan-lahan. Namun zaman saudagar kapitalis meguasai dunia sukan, mahu-tak mahu terpaksa berbelanja besar untuk bersaing mendapatkan pemain berkualiti.

Orang kata pembelian pertama ialah pembelian keramat untuk menentukan seseorang pengurus samada jatuh bangun di Liverpool. Saya tak tahu logik ini betul atau sekadar kebetulan, namun kita boleh tengok pembelian Houllier dengan Hyppia dan Rafa dengan Alonsonya dan Kenny dengan Suarez. Berbanding pembelian Allen yang digembar-gemburkan sebagai Xavi Wales, lebur 15juta Pound. Kesemua anak emas pengurus terdahulu yang saya sebutkan tadi memang menjadi, namun berbeza nasib dengan Allen yang nampak sebaliknya. Sebaliknya boleh nampak pembelian yang hampir gagal macam Henderson dan Downing lebih mendapat tempat dari Allen dan Borini.

Setiap manusia pasti buat kesilapan dan ianya adalah proses pembelajaran dalam kehidupan. Namun jika melakukan kesilapan demi kesilapan, bukan sekali tapi lebih dari 4-5 semusim menunjukkan tanda-tanda kedegilan atau kebebalan atau keegoan. Memang Brendan nampak cukup degil awal-awal musim untuk mengolah taktikal walaupun akhirnya terpaksa mengalah tentang prinsip dan falsafah tiki-takanya. Bab bebal ini isu sensitif namun semua perlu jujur untuk mengaku yang kurang kematangan untuk menilai situasi. Ego yang ditunjukkan macam lawan pasukan kecik macam Soton, letak 4 pemain serangan tanpa tiada kereta kebal ditengah untuk melindungi pertahanan.

Pengurus hebat macam Mourinho, Pellegrini, Capello mahupun Del Bosque bukan tiada zaman gelap masa muda-muda mereka. Kalau baca sejarah mereka ini selain mempunyai karekter unik dengan aspek kejurulatihan mantap, kesemua mereka pandai menyesuaikan diri serta belajar dari kesilapan masa lampau mereka. Dengan itu sehingga akhir musim ini saya anggap ianya musim pembelajaran serta penjajaran taktikal serta eksperimen bagi Brendan.Oleh kerana dia masih setahun jagung dalam dunia EPL, kita sebagai peminat mesti berlapang dada dan melihat musim kedua sebagai musim sebenar untuk Brendan mencari identiti beliau dengan Liverpool.

9 comments:

  1. lebih elok dari swansea dia bawak masuk leon britton,bila tengok area midfield lebur penjualan charlie adam adalah silap brendan,begitu juga dengan penjualan kuyt dan maxi yang meninggalkan lubang besar pada liverpool

    ReplyDelete
  2. pembelian awal musim mungkin BR gagal lg2 assaidi utk apa die beli tatau la tp bile masuk coutinho dgn sturridge bole la bg secebis harapan

    ReplyDelete
  3. 'beliau masih lagi bereksperimen....'

    ReplyDelete
  4. buat masa ni aku harap eksperimen dia tak belagar di sekitar kangkang Allen

    ReplyDelete
  5. PECAT BRENDON RODGERS BAGI SELAMATKAN LIVERPOOL!!!
    INI ADALAH MUSIM YANG PALING MENGECEWAKAN PEMINAT.

    TOP 5 PENJUALAN JERSI DI SELURUH ENGLAND, LIVERPOOL BERJAYA AMBIL 2 TEMPAT TETAPI DALAM LIGA TAK PERLU SAYA SEBUT!!!!!\


    LIVERPOOL PERLU DI BELI OLEH BILLIONER ARAB DAN BENITEZ KENA MASUK SEBAGAI MANAGER DAN DIBERI DANA 100 MILLION. TENGOK NANTI LIVERPOOL KEBAS SEMUA TROFI DI EROPA !!!

    ReplyDelete
  6. saya tidak percaya pada falsafah 'kene tunggu 2-3 musim baru sesebuah kelab itu menampakkan impak perubahan dari kemasukan pengurus baru'. itu semua karut dan hanya alasan para pengurus setelah gagal dalam sasaran yang diminta oleh empunya kelab.
    contoh paling senang saya x susah boleh tgk steve clarke dan player2 nya di WBA. spt yg kita tau kelab WBA adalah penghuni2 tangga tercorot sebelum kemasukan steve clarke tp skrg ce tgk ape yg diubah oleh nya di WBA hanya dgn semusim.. itu baru cth pengurus yg betul2 diperlukan skrg . liverpool sebelum ini sudah ada corak atau taktik game yg paling terbaik di EPL pun, kalo kalah pun org kate bermaruah dan bermain cantik balik dr kedai mamak pun hati ade senyum biarpun kalah tp knp skrg x mcm tu? , kenapa perlu tukar tiki taka tuku tu segale ? liverpool perlukan pengurus yg hebat bkn taktikal yg hebat. -cute tinho 10-

    ReplyDelete
  7. aku dh bli jersi the red sjak zaman carlsberg lagi..tak silap aku taun 99
    mase tu dgar kabar brite the red dari mjalah jek..
    astro plak takdak,intenet lg la tak tau kepebende..
    tak pnah kcewa...bsamangat sungguh nk tau crite psal kelab nih...
    tp,smnjak dah bnyak sumber yg boleh aku dapat ttg kelab nih ngan snang,smakin kecewa lak,...
    sesungguh nye aku amat berharap kebangkitan
    THE REDs nih...
    mmg silap besar,jual otai2 yg ade semangat tak nk kelab kalah.
    tinggal si carra ngan gerrard je..
    tgk pemain muda,kebanyakan nye nk main cantik jek..
    hampeh...
    -shah_2134-

    ReplyDelete
  8. berapa banyak game lagi nak eksperimen,..
    ini macam peminat pon makin panas hati,.
    asyik kena kutuk je, mana tahan woo,.

    ReplyDelete
  9. Bila kita betul-betul kuat, semua takut. Tapi bila mula kalah, musuh gelak sampai lembik lutut. aku tak sanggup lihat musim depan kita dapat masalah sama. aku tak kisah tak dapat top 4 musim ni. dengan syarat musim depan juara EPL!!

    Tapi realistikkah? Setan Merah akan raih juara musim ni sebab musim lepas yang mantap. bagaimana nasib liverpool musim depan? Kita adalah Liverpool, pasukan yang dahagakan trofi. Bukan seperti everton, soton, wba, atau swansea yang nak target top4 je..

    ReplyDelete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails