Untuk pencalonan ini pemain berusia 22 tahun boleh diterima sebagai pemain muda. Maka Jay Spearing masih boleh dimasukkan sebagai pemain muda dan dicalonkan untuk anugerah pemain muda pilihan Liverpoolkita. Tapi pemain muda lain seperti Martin Kelly, John Flanagan, Jack Robinson serta Jonjo Shevley merupakan pencabar bagi anugerah berprestif ini. Mari kita lihat ciri-ciri dan apa sumbangan mereka dalam kesebelasan utama musim ini.
Jay Spearing (Tengah)
Mendahului senarai adalah pemain tempatan. Ketot bukan sebarang ketot, permainan beliau pada separuh kedua musim dan setelah kehilangan Gerrard, amat membanggakan. Bergandingan dengan Lucas, Jay nampak lebih yakin bertahan malah adakalanya berada dalam posisi merbahaya serangan kita. Penalti yang beliau dapatkan pada perlawanan dengan Sunderland antara sumbangan beliau, malah beliau rajin merembat dan bola mutahan asil rembatan, menjadi gol kepada Kuyt masa lawan Birmingham. Musim depan rasanya Jay kekal sebagai pemain skuad, tapi saya tak risau beliau mampu memberikan yang terbaik apabila khidmat beliau diperlukan.
Martin Kelly(Bek)
Pemain ini telah menunjukkan kebolehan sejak diberikan peluang musim lalu. Namun musim ini nampaknya diawal musim beliau telah bermain baik sama diposisi bek kanan dan pernah juga main dikiri. Namun apakan daya kecederaan serius melanda beliau telah membuatkan pemain harapan ini berehat panjang sampai musim depan. Dengan adanya Flanagan dan Robinson untuk saingan posisi bek tepi, Kelly mungkin akan diserapkan sebagai bek tengah sesuai dengan kebolehan semulajadi beliau musim depan.
John Flanagan(Bek)
Mungkin ada rahmat disebalik kecederaan Kelly, seorang muka baru telah muncul dari akademi untuk bermain dalam skuad utama. Seperti juga Kelly, Flanagan mampu bermain dipelbagai posisi pertahanan. Namun dia lebih kepada konsisten dan setakat ini menjadi pemain utama disebelah kiri setelah ketiadaan Aurelio. Musim depan Flanagan mungkin akan jadi pemain utama jika tiada bek kiri dibawa masuk dan jika ada saya yakin dia kan menjadi timbalan dikedua-dua posisi terbabiy.
Jonjo Shevley (Tengah)
Pemain ini juga berupaya main dibeberapa posisi. Namun lebih mengejutkan dia main diposisi bek kiri dengan selamba beberapa perlawanan sebelum ini. Ingat lagi Steven Gerrard masa muda-muda dulu, main pertahanan sbelum jadi pemain tengah. Saya rasa Jonjo akan menurut jejak langkah Gerrard sebagai bintang tengah kita dan juga England suatu masa nanti. Musim depan beliau mungkin akan main peranan penting atau dipinjamkan dulu kepasukan EPL jika Kenny membawa masuk pemain bintang lain ditengah.
Jack Robinson (Bek)
Pemain ini telah cipta rekod sebagai pemain termuda di EPL main semasa umur 16 tahun musim lepas. Namun dia kembali musim ini setelah menggantikan Aurelio pada perlawanan dengan Arsenal. Tak sangka beliau main cantik dengan menjaga Walcot sepanjang perlawanan. Namun akhir akhir ini beliau kembali dibangku simpanan setelah Johnson pulih dan Flanagan ambil alih posisi bek kiri. Saya nampak Robinson akan menjadi pemain bek kiri tak lama lagi jika dia konsisten seperti Flanagan.
jay spearing memang layak
ReplyDelete