Sepatutnya kalau Flanagan diberikan peluang sebagaimana Kelly diberikan kesempatan main sejak era Hodgson, saya pasti Flanagan bakal menyaingi Kelly. Semasa Konchesky tak menjadi, Aurelio cedera, Wilson dan Agger tak selesa diluar posisi, kenapa mereka tak nampak apa yang Kenny Dalglish perasan akan kebolehan Scouser muda ini. Malah saya percaya ramai peminat Otai menyamakan persembahan sulung Flano dengan otai bek kanan, Rob Jones. Yang menarik Flano telah mendapat anugerah Samba bagi pemain muda terbaik pilihan peminat.
Permainan selamat dan tak kurang hebat membantu jentera serangan, menyebabkan Kenny dan Comolli boleh jimat duit untuk posisi bek kanan dan boleh guna untuk tempat lain. Lambat laun pemain bawah 19 tahun England ini akan mengatasi Glen Johnson sebagai bek kanan England jika persembahan beliau lagi mantap meningkat musim depan. Cuma bukan nak minta Johnson cedera kerap, tapi Flano mesti dapat peluang banyak musim depan kerana dia dah jadi timbalan yang mantap.
persaingan yg hebat posisi defend untuk musim depan..
ReplyDeletelagi byk saingan lagi baek
ReplyDeletedont 4get kelly?
ReplyDelete