Dari 6 pemain yang di beli Gerrard Houllier, hanya Sami Hyypia dianggap paling berjaya ketika beliau mula menjadi pengurus solo (setelah Roy Evans berhenti). Yang lain seperti Sander Westerveld, Stephen Hencoz, Vladmir Smicer, Erik Meijer dan Djimi Traore (bakal jadi Thuram konon) tak berupaya bermain konsisten seperti bekas kapten Liverpool itu. Walaupun dipujuk bekas pengurus, Rafa Benitez, Hyypia telah merajuk ke Bundesliga kerana dia masih mahu menjadi pemain utama bukan pemain simpanan. Pemergian beliau adalah salah satu punca pertahanan kita goyah kerana Agger kerap cedera dan Kargiakos agak kurang konsisten.
Namun penghujung musim ini, Hyypia sudah membuat keputusan dia akan gantung but dan bakal mengambil lesen kejurulatihan bersama Bayer Laverkusen dan menimba pengalaman kejurulatihan dengan skuad kebangsaan Finland. Saya harap suatu hari nanti Hyypia bakal mejadi jurulatih di Anfield kerana dia mungkin dapat menurunkan kepakaran beliau dari segi membaca permainan dan paling saya minati kebolehan menjaringkan gol. Tahniah buat Hyypia diatas jasa beliau kepada peminat dan beliau akan diingati sebagai wira sejati dan antara pertahanan terhebat yang Liverpool miliki. YNWA.
defend yg kental.. permainan yg bersih bila naik mampu menjaringkan gol!!
ReplyDeletekalau bola header mesti kepala Hyypia dapat dulu..tapi..sekarang..kepala sape yang ada???
ReplyDeleteskarang kita ada kyrgyakos. score nga kapla gak
ReplyDelete