Pepe Reina telah mendiamkan spekulasi bahawa beliau telah bosan dengan keadaan sunyi sepi tanpa kejuaraan beberapa tahun ini. Medal terakhir beliau adalah Piala FA 2006, itu saja. Namun setelah diberi keterangan mengenai plan masa depan Liverpool oleh Kenny dan Commolli, Pepe telah memberikan jawapan yang menggembirakan iaitu mahu kekal dan bangkit untuk bersama-sama berjuang dengan Liverpool. Menurut sumber lagi, antara janji yang ditawarkan selain naik gaji, ialah pembelian pemain berkualiti dan mantap untuk menguatkan pasukan. Sememangnya selama ini pasukan kita lemah diposisi tertentu serta tidak mempunyai skuad yang besar dan berkualiti.
Bagi saya pemain seperti Reina perlu kekal kerana kebolehan beliau yang diakui oleh lawan, hinggakan Arsenal dan Man U cuba memikat Pepe dengan janji kejuaraan dan medal. Malah pada awal musim semasa pasukan kita main teruk dibawah kendalian Hodgson, Pepe terkecuali dari kritikan peminat kerana persembahan beliau memang terbaik. Jika beliau kekal musim depan dengan pasukan yang lebih hebat dari sedia ada saya amat yakin kejutan demi kejutan akan dapat dilihat oleh semua. Jadi perkara pertama untuk mengreformasikan pasukan ialah mengekakalkan goli hebat ini. Itulah agenda penting.
Kalo aq jd Comolli aq akan bli Jan Vertoghen drpd Cahil iaitu kwn Suarez.Permainan dia ada iras Agger tp jrang cedera serta murah dr Cahil.Lg satu aq akan bl Coentrao bg membolehkan Carol buat goal senang2
ReplyDeletepayah nk cakap sbb x pernah tgk Vertoghen main. Tapi Cahill terbikti
ReplyDelete