"Tak puas hati aku tengok apasal pasukan aku tak beli mamat gigi arnab ni"
getus kawan saya peminat tegar skuad meriam. Aku jawab
" Duit melambak, kemut nak keluar ,nak yang percuma. Tengok, Camarkh apa dah jadi, sekupang tak berbaloi."
Jadi bagi saya setiap pembelian selepas ini perlu agresif tetapi realistik. Commolli adalah pakar dalam bidang itu dan Kenny akan pilih ikut kebolehan dan kesesuaian untuk pasukan. Suarez adalah contoh kepakaran Commolli untuk membawa yang terbaik kedalam kelab untuk memberi impak segera.
Namun Carroll adalah tanda tanya kerana harga yang macam tak munasabah,tetapi ianya adalah serampang dua mata iaitu cara mana Man City lakukan sebelum ini. Beli pemain yang bakal naik dan tak bagi peluang pasukan lain beli untuk kuatkan pasukan mereka. Kalau kita tak beli, musim depan mesti Chelsea, Man City atau Spurs akan berebut .
Itulah caranya Paisley, bersama Twenteymen (pakar risik lagenda), lakukan untuk dapatkan Dalglish dari Celtic dahulu. Dengan menyamar sebagai adik beradik mereka menyusup ke Glasgow tanpa pengetahuan pihak surat khabar, untuk beli pemain lagenda kita itu. Kelentong pi kelentong mai, Jock Stein terpaksa jual juga hero mereka itu, tapi dengan bayaran perpindahan tertinggi pada masa itu.
kuat ko update skang haha, gud work, keep it up. and thanks for the info, YNWA!
ReplyDeleteBiasalah, mesti bersemangat. Sebab liverpool dah menang. Mestilah ada idea nak puji & dikongsikan bersama. Tahniah, teruskan karya anda yang terbaik
ReplyDelete