Saya rasa saya dah buat entri pasal baik buruk main di Piala Europa musim lepas. Namun apa yang saya tulis itu memang banyak mengena. Banyak buruk dari baik dan perabis masa dan tenaga pemain. Mungkin ramai yang tak setuju. Saya faham sebab alasan pro dan kontra mengenai Piala Europa boleh diperbincangkan lagi kerana ianya mungkin kita tak boleh jangkakan apa terjadi, tapi saya senaraikan untuk dipertimbangkan oleh peminat sekalian.
Pro main Europa:
- Musim depan skuad makin besar, semua pemain perlukan masa bermain. Pemain baru mungkin gunakan pentas Europa sebagai medan suai kenal.
- Anak muda macam Sterling, Suso, Coady dan Gulasci (goli) perlu diberi peluang sebagai mana Spearing, Kelly,Flanagan dan Robinson msim ni.
- Piala. Dah lama sangat ketandusan medal dan kejuaraan. Dapat juga duit kocek sikit dari royalti TV dan menang Piala.
Kontra main europa:
- Risiko kecederaan pemain utama boleh menyebabkan kerugian untuk persaingan Liga Perdana.
- Keletihan fizikal dan mental akibat terbabit dengan banyak perlawanan, kecuali untuk Kuyt dan Lucas.
- Terpaksa layan bola hari ahad atau lsnin dan paling hampes selalunya perlawanan Liga Perdana sampai 3 pagi.
Macam saya tulis, saya dah menjangkakan keburukan untuk musim ini, sebab pasukan kita memang ceroi tanpa pelaburan dari pemilik terdahulu. Tapi musim depan Tuhan punya cerita sebab segalanya baru dari segi pemilik, pengurus dan staff serta muka baru yang mungkin datang dan kemudian hari.
main jea kalau permain cedera aku blh main..
ReplyDeletemusim depan matlamat utama ialah priemeire league europa kalau layak pon bagi pemain muda jer la...jangan bagi star main...
ReplyDelete