Liverpool bukan tak pernah main formasi 3-5-2 menggunakan sayap belakang (Wing-Back) sebelum ini. Zaman Roy Evans, 1995-96, Liverpool bukan sahaja mengunakan formasi itu dengan jayanya tetapi mengolah pasukan menjadi pasukan terbaik di England yang bermain hantaran demi hantaran, berbanding majoriti pasukan Liga Inggeris lain yang bermain secara Ortodok, hantaran jauh. Masalahnya ketika itu pertahanan Liverpool tak sehebat kualiti yang kita ada sekarang. Sebab itulah sekadar semusim sahaja Evans mengadaptasikan taktik itu dan terpaksa kembali kepada Asas 4-4-2.
Musim ini, Brendan Rodgers telah menggunakan formasi yang agak janggal dari lazimnya dia guna iaitu 4-3-3. Bermula dengan lawan Man U dalam perlawanan Piala Liga, Brendan telah melakukan perubahan taktikal yang ketara dek kerana hilang beberapa pemain utama seperti Johnson, dan Coutinho serta tidak mempunyai pemain gantian yang mampu jadi bidan terjun dengan baik diposisi yang kekosongan. Apakan daya hasil eksperimen tak memberikan kejayaan namun ada perkembangan positif hasil dalam perlawanan lawan Man U tersebut. Brendan mungkin nampak sayap-belakang yang digunakan dalam perlawanan itu, yakni Wisdom nampak tak serasi bukan sahaj dari segi serangan tetapi juga bertahan.
Salah satu faktor penggunaan 3-5-2 disebabkan kerana Liverpool mempunyai terlampau ramai bek tengah berkualiti. Pembelian Toure, Sakho dan Llori telah menjadi lambakan kerana Liverpool masih mempunyai Agger , Skrtel, Wisdom dan Kelly yang secara azalinya merupakan bek tengah. Masalah pemilihan memang timbul, tetapi kerana Brendan pandai menggunakan sumber yang ada, kekuatan mereka digembeling untuk mneghasilkan pasukan yang mantap dalam pertahanan. Sakho dan Toure mempunyai disiplin ilmu untuk membawa bola dan memang melengkapi dengan bek klasik, yakni Skrtel. Dengan kebolehan Sakho dan Toure, tugas menyapu bola terakhir adalah tugas khas Skrtel, serta membuatkan sayap-belakang boleh bebas naik turun serang dan bertahan.
Johnson dan Enrique diketahui umum amat efektif membantu serangan, namun aspek bertahan mereka ada sikit pertikaian kadang-kala. Dengan 3 pertahanan dibawah, tiada masalah bagi mereka berdua untuk melakukan serangan dari bawah sekerap mungkin tanpa memikirkan tanggungjawab bertahan secara total. Ketiadaan Johnson telah diisi oleh Wisdom, Toure, Henderson dan terakhir semasa lawan Cristal Palace, Sterling. Namun kesemua mereka masih tidak mampu memberikan kepuasan kepada Brendan untuk menjadi pengganti atau saingan cocok bagi posisi sayap-belakang disebelah kanan. Hanya seorang pemain yang saya nak tengok diposisi itu ialah Tiago Llori kerana dia mempunyai kualiti dari kepantasan serta mampu membawa bola seakan pemain sayap.
Secara taktikal, apabila dalam keadaan menyerang, ianya menjadi sistem 3-4-3, namun apabila dalam keadaan bertahan, pemain sayap belakang dan pemain tengah menyerang berundur untuk menjadikan sistem 5-3-2 pula. Nampak tak permainannya disitu, pasukan boleh memaksimumkan kekuatan serangan dalam sesuatu situasi dan menyusun pertahanan bertingkat-tingkat bila keadaan terdesak diserang. Susunan serangan boleh dilakukan dari sayap atau dari tengah, tanpa pemain serangan bersusah payah untuk turun bantu pertahanan, sebab 7 pemain terlebih cukup untuk bagi semak kem pertahanan kita.
Dengan itu juga, unit serangan tidak mudah dijangka seperti sebelum ini. 3 pemain serangan utama akan bertukar-tukar posisi untuk menyusahkan pertahanan lawan. Sekarang ini, perancang utama, Kapten Gerrard mempunyai pelbagai platfom untuk memulakan serangan samada dari pemain sayap-belakang, pemain kreatif ditengah (posisi Moses sekarang dan milik Coutinho jika beliau pulih ). Sehingga kini taktikal itu sangat memberikan hasil positif, walaupun pasukan yang dibantai sekadar Sunderland dan Crystal Palace. Kena tunggu hingga semua pemain pulih dan kita lihat jika 3-5-2 tetap digunakan dan adakah ianya bakal menjadi formasi rasmi pasukan berbanding formasi kegemaran Brendan 4-3-3.
Bagus untuk tatapan umum
ReplyDeleteBagus karangan nie. cikgu bg A+.
ReplyDeleteHaha..Aku memang suka formation nie kalo wingback tu ade Enrique/Cissokho kat kiri dan Glen J/Ilori kat kanan. Nampak lagi bahaya sebab diorang mmng attack minded player. Tau je bila nak forward ke depan bila bola ade kt possession kita.
Kalo Rodgers nk kekal sistem nie, kene la ajar Ilori or Kelly camner nk jadik wingback yg mantap in case Glen J injured.
Pastu kene beli sorang lg creative attacking mid, in case Coutinho injured. Xpun naikkan Suso or Joao Teixeira ke 1st team.
YNWA.
-pokdin-