Siapa yang boleh cakap Liverpool main tak bersungguh-sungguh. Percubaan boleh dikatakan banyak tapi ketajaman penyudah memang hampeh sedikit.. Kalaulah bek Newcastle tak buat kerja bodoh menarik Suarez dan kena kad merah. Apakah anda rasa Liverpool berpeluang pulang dengan satu mata. Percaturan Pardew menjadi ditambah pula dengan keadaan padang yang licin menyukarkan Liverpool bermain dengan hantaran pendek.
Gol Cabaye sesuatu luar duga dan nak salahkan Sakho yang lindung penglihatan Mignolet tidak patut sama sekali. Itu boleh dikatakan gol nasib dan keadaan padang licin menyukarkan Mignolet menjadi Superman tetapi nampak macam tangkap katak saja. Gol Durmett memang salah bek kita dan kambing hitam yang bakal dipersalahkan ialah Cisskokho yang tidak sedar kehadiran bek tengah Newcastle yang menyelinap masuk diantara beliau dan Sakho.
Gerrard berkata dia tak kisah dengan rekod 100 gol, tetapi kalaulah rekod itu ditukarkan dengan tambahan 2 mata barulah sempoi katanya. Penalti itu merubah segalanya dan pasuakn kita kembali bernyawa selepas itu. Walupun dua kali ketinggalan namaun gandingan Saurez dan Sturridge kembali menyinar suku terakhir perlawanan dengan gol penyamaan tandukan terbang Sturridge. Kredit juga kepada Moses yang memulakan hantaran kepada Suarez.
Kalau ikut hati memang tak boleh terima keputusan, tetapi jika dicongak kembali keseluruhan kekuatan kita tanpa Lucas dan Enrique serta Coutinho yang masih belum pulih, dan sekadar 2 mata ditinggalkan pendahulu Arsenal, pasukan kita taklah seteruk Man United. Cuma saya harap Brendan Rodgers perlu memastikan tiada lagi kesilapan mudah dari bek kita. Tak sabar untuk perlawanan selepas ini kerana dijangkakan Coutinho bakal beraksi setelah hampir sebulan lebih berehat.
rasenye dh bley simpan dl 3-5-2 ni. try 4-4-2 balik. sbb dh bnyk game kt senang bolos. harap lepas ni brendan bg peluang kat jordan ibe main kanan. bg lebih pressure kat team lwn dgn kreativiti yg dia ade. ynwa!!!
ReplyDeleteFrust x mng sbb lwn 10 player ja...
ReplyDeleteplayer newcastle main mcm perlawanan akhir..
ReplyDeleteAdoii..
ReplyDeleteAKu masa tngk 1st half mmg moral down tgk diorang pegang bola banyak drpd LFC & tiki taka LFC memang hilang.
Walaopon Hendo org kate dah improve, tapi aku still xsuka die. Aku tengok kat tengah tue xbanyak breakup play n tackle yg die buat utk halang pergerakan bola. Sekadar kejar sana kejar sini sbb energi die banyak. Kene kapten fantastik jugak jolok2 sket kaki pemain Niukasel.
PAtutnya 2nd half dah boleh main 4-2-3-1 balik dah utk. Sturridge kat atas, biar Suarez ngn Moses belah sayap. Masukkan Luis Alberto utk jadi link antara midfield ngan serangan.
Haiyya, patutnya game nih boleh menang kot. Walaupun xkalah tapi still xpuas hati.
-pokdin-
Sori mncelah..ntah la aku mcm x ske jgk hnderson..
DeleteMoses tak boleh main diposisi nombor 10.. dia banyak bawak bola sendiri dan banyak kali hilang bola.. Liverpool kena cari sorang yg boleh duduk di posisi nmbor 10 untuk lebih banyak berupaya untuk melorongkan bola ke sturridge dan suarez.. pemain lain pun kena banyak melakukan percubaan dan jangan terlalu mengharap kepada SAS utk lakukan jaringan.
ReplyDeletebagi aku BR terlalu gopoh utk mainkan Cisskokho tu, kalau masukkan as sub xpe la, ni main2 terus 90 min. enrique masih diperlukan. tiada kepelbagaian serangan, harapkan johnson di kanan dan moses sahaja d bhg tgh. da la moses asik mistake. relax BR. better kekalkan dahulu rentak yg ada. player2 yg baru adapt kan pelan2. YNWA , cute-tinho 10
ReplyDeleteEnrique injured lutut la brader..nak letak sapa lagi kat kiri?xkan nak wat eksperimen bubuh aggwr or toure kat situ?
Delete