Oct 28, 2013

LIVERPOOL 4-1 WEST BROM



Pemilik Liverpool John W Henry menulis dalam Twitter "Luis, Ahli Silap Mata". Tapi sampai bila kita nak tengok silap mata Suarez, harapnya sampai hujung musim kot jika Henry suka akan silap mata dari Suarez. Liverpool tanpa Suarez memang masih boleh menang, tetapi dengan beliau pasukan kita menang tetapi lebih menghiburkan. Aksi beliau memang memukau, kerana setiap gerakan yang dilakukan penuh dengan muslihat. Kalau siapa minat Maradona, maka Suarez ialah bayang-bayang beliau, walaupun Suarez ada gaya sendiri. Gelecek semua boleh gelecek tapi nak bagi bola lekat dikaki serta tarik bola macam ada besi berani dalam kasut, tak ramai pemain boleh buat.

Gol pertama Suarez memang gaya klasik pemain latin. Larian solo beliau menggelecek Yaakob dan paling membuatkan semua tercengang bagaimana dia main bola celah kangkang Olsson dengan sentuhan lembut dan ambil balik untuk melakukan rembatan padu melepasi Myhill, goli WBA. Itu baru buah mula, gol kedua pun memang klasik, apabila hantaran Cissokho ditanduk dengan selamba betul-betul antara kotak D sambil diperhatikan bek WBA yang tak seorang pun mengejar atau mengekang Suarez. Gol ketiga untuk melengkapkan hatrik, masih dengan tandukan namun ianya hasil sepakan percuma Kapten Gerrard yang memang cun dan pejam mata boleh tanduk gol sebab, bola macam cari kepala Suarez. Sturridge yang melepaskan banyak peluang, tak mahu kalah dengan Suarez dengan sepakan lob bila dia nampak Myhill keluar. Gol Saguhati, penalti adalah buah tangan untuk WBA walaupun Lucas melakukan terjahan bersih sesuci embun pagi.

Lucas amat penting dalam pasukan. Ketiadaan beliau masa lawan Newcastle, dirasai kerana posisi tengah bertahan adalah hak mutlak beliau. Henderson serta Gerrard tak mampu memahami kehendak dan keperluan taktikal seperti Lucas bagi melindungi barisan bawah. Menjadi pemain yang melakukan kerja hina dan sering disalahkan peminat jika dia melakukan kekasaran dan memberikan sepakan percuma, adalah biasa bagi Lucas. Lain pula bagi Henderson, kerana kelebihan mampu bermain dalam pelbagai posisi, kita lupa yang semasa di Sunderland, dia adalah perancang pemain tengah kreatif. Namun masa lawan WBA walaupun kreativiti beliau amat minima, namun kerja keras mengasak dari sepertiga kawasan lawan memberikan kesenangan untuk Kapten Gerrard mencorak permainan dan bebas bergerak untuk membantu serangan.

Pemain sayap belakang kita mungkin nampak tak banyak memberikan sumbangan secara ttersurat. Tapi dengan adanya posisi tersebut ibarat melastik dua burung dengan sebiji guli, menyerang tanpa perlukan pemain sayap tulen dan bertahan bukan sahaja dikawsan sendiri tetapi menghadkan bek sisi lawan dari mula menyerang dari bawah. Namun jika kembalinya Enrique, mesti sedikit panadol diperlukan Brendan kerana pening nak pilih siapa calon cocok, kerana Enrique mantap menyerang tetapi Cissokho memberikan ketenangan untuk bahagian bawah dengan ciri bertahan yang baik. Di sebelah satu lagi, Johnson nampak macam cedera balik dan Kelly melakukan penampilan pertama musim ini, namun dia nampak masih berkarat dan tak sesuai dikanan. Oleh kerana Wisdom dipinjamkan ke Derby County, apa salahnya Llori menjadi bekap Johnson saya mahu tengok.

Sehingga sekarang Liverpool berada ditangga kedua dengan masih kurang 2 mata dari Arsenal, kerana Chelsea dan Man City masih berentap. Namun perlawanan selepas ini adalah perlawanan menarik kerana pasukan kita akan ke Stadium Emirates, London untuk misi merampas takhta. Dengan persembahan dan keputusan yang memberangsangkan kali ini, serta kembalinya Coutinho, misi mustahil di London akan menyaksikan samada pasukan kita bersedia untuk kembali sebagai gergasi bolasepak Inggeris.




Liverpool vs West Bromwich Albion 4:1 All Goals by Oleeh-1

8 comments:

  1. Semua player bgi lebih dari 100%..alangkah indahnya tentera merah kita kekalnya smpai hujung musim..saya cukup obses loverpool akan champ musim 2013/14..ini adalah motivasi buat semua pemain loverpool...

    Leiva21darulaman..

    ReplyDelete
  2. Admin...kami sokong ulasan2 yg dibuat..sb blog ni mmg byk pengikut dari the kops..kalaw bole admin jdikan offical lfc versi malayu...

    _xreti bahasa inggeris_

    ReplyDelete
  3. Saya harap untuk tahun hadapan blog ini lebih aktif lagi. Cadangan teman ialah Satu Hari Satu Cerita. :YNWA!

    ReplyDelete
  4. Tanpa pembaca siapalah Blog Liverpoolkita. Segala cadangan tuan semua cantik belaka, namun nak komited sepenuh masa menulis secara harian adalah cabaran yang amat getir memandangkan komitmen saya makin luas dengan kerjaya, keluarga serta masyarakat. Janji takut tak ditepati, tapi sedaya upaya saya akan membuatkan pembaca sekalian tak jemu buka blog ini sentiasa.

    ReplyDelete
  5. Pergh, meremang bulu roma bila dengar lagu YNWA pd minit-minit last...huhu...lama dh xdengar macam ni...

    -Ayhku-

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya liverpool patut kekalkan Gerrard,Lucas Dan Herderson Di Bahagian Tengah kerana sangat berkesan bila mereka bertiga bekerjasama.
    Jadikan Coutinho sub masa lawan arsenal nanti. Pasti Kita akan bawak balik hasil positif... Kekalkan formasi 3-5-2 untuk digunakan dalam game2 akan datang...

    Fadil
    -10-

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yakin brendan akan buat cmtu gak..

      Delete

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails