dicedok dari www.brianwestart.com |
Danny Murphy bukan nama yang hebat bagi peminat Liverpool generasi facebook. Tapi dengan nama gelaran "Spud" dia amat bermakna kepada sekalian yang meminati Liverpool awal Millanium lalu. Keistimewaan beliau amat mudah menambat hati peminat, kerana sepanjang di Anfield, bila lawan Man U, Danny akan menembak gol jarak jauh untuk gol kemenangan. Tak silap saya, 3 kali Danny menjaringkan gol ketika membenam Setan Merah dan paling hebat kesemuanya dengan margin kemenangan 1-0.
Dia bermula dari entah kemana. Tahu-tahu saja Liverpool telah membeli pemain muda dari Crewe Alexandra itu dengan perpindahan ciput. Semasa di Crewe, Danny selalu main di belakang penyerang utama dan sayap. Tengok secara fizikal memang macam tak boleh belah nak main sebagai pemain tengah, saiz lebih kurang Jay Spearing sahaja. Tapi rupa paras dan fizikal bukan ukuran, Phil Thompson, pembantu pengurus pernah memuji yang Danny seorang pemain bijak dan pandai membawa diri.
Sepanjang kerjaya bersama Liverpool, kejayaan Danny ialah memenangi kejuaraan Trebel 2001 serta Piala FA 2003. Ketika itu Danny banyak bermain disebelah sayap kiri kerana posisi itu paling berpuaka semenjak Patrik Berger dijual. Dari awal pembelian boleh dikatakan Danny adalah pemian tengah merbahaya depan gol dengan statistik keseluruhan 44 gol dari 250 penampilan. Ketika Liverpool diambang kehampesan musim 2002/3, Danny mengakhiri musim dengan 12 gol peribadi dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Pilihan Peminat musim itu.
Keluarnya Houllier dan digantikan Rafa, telah membuatkan masa depan Danny nampak kelam. Kemasukan Xabi Alonso beri isyarat yang peranan beliau sebagai pemain tengah sudah tamat. Kalau nak kekal Danny kena jadi pemain gantian dan sebab itulah dia pergi ke Charlton untuk cari peluang sebagai pemain utama. Walaupun ramai yang mahu beliau kekal untuk kuatkan pasukan, termasuk Rafa apa boleh buat Danny tak mahu makan gaji buta untuk hayun telur dibangku simpanan.
Saya mengikuti kerjaya Danny walaupun dia tak lagi pemain Liverpool. Ini kerana sepanjang bermain dengan kelab lain, Danny tak pernah kurang berusaha dan masih tak berhenti menjaringkan gol. Jodoh beliau dengan Charlton dan Spurs tak lama tetapi dengan Fulham, Danny memang macam singa tua, yang masih punyai taring berbisa walaupun dimamah usia. Mungkin dah letih dan mahu membina kerjaya sebagai pengulas dan pengkrtik bolasepak, Danny bakal bersara hujung musim ini bersama Balckburn Rovers. Selamat maju jaya Danny dan selamat berehat.
underrated player masa zaman gerrard houlier dulu
ReplyDeletedia lah kapten England masa piala dunia remaja di Malaysia suatu ketika dulu.. satu team ngn owen..lepas hbis world cup remaja tu baru lah Liverpool beli dia dari crewe.. info-jfkberger
ReplyDelete