Ini kali ke-2 Sang Raja Merseyside Merah kembali. Kembalinya buat kali pertama, walaupun tak semeriah mana namun pengakhiran yang memadai dengan memenangi satu medal dari 2 Final Piala. Bukannya kembali atas kapasiti berkaitan peranan atas padang lagi, namun lantikan sebagai Lembaga Pengarah bukan Eksekuif nampaknya sesuai untuk memberikan buah fikiran tentang strategi untuk membawa Liverpool kembali kepada era 70-80an.
Sikap tak berkecil hati walaupun pernah di pecat dari jawatan Pengurus 18 bulan lampau, menunjukkan kepada semua yang Dalglish akan lakukan apa sahaja, bila tenaganya diperlukan, walaupun pernah dibuang bila tidak diperlukan. Sebab itulah Liverpool adalah kelab unik yang dihormati kawan dan lawan kerana setiap insan yang pernah bersama dalam pahit manis akan tetap menjadi keluarga Liverpool.
Apataknya, sebelum ini Lagenda seperti Robbie Fowler, Macmanaman dan Rob Jones telah dipanggil untuk menjadi mentor bagi Akademi. Kehadiran mereka atas kapisiti separuh-masa sedikit sebanyak walaupun tidak setara mana, namun harapnya menjadi mentor dan pendorong kepada masadepan pemain remaja yang bagus tapi masih mencari jati diri dan wawasan.
KING KENNY.........LFC ......YOU'LL NEVER WALK ALONE......forever....
ReplyDelete