Memang adat jika pasukan lawan ada pakar sepakan bebas, maka mereka macam tahu kelemahan pasukan kita musim ini. Mengikut rekod kebolosan dari 5 perlawanan, kita dah bocor 4 kali dari sepakan bebas atau penjuru. Ini bukan tren yang bagus kerana pasukan lawan mesti akan main cara sebegitu dan buat-buat kena balun untuk dapatkan sepakan percuma. Memang bukan selalu nak kena gol semudah macam tu tapi, jika lawan berusaha keras guna kepakaran masing-masing untuk jadikan peluang itu sebagai gol, memang masalah ini harus dibendung secepat mungkin. Sakho, Toure, Agger dan Skrtel bukan bek cap ayam tetapi mereka masih buat kesilapan budak sekolah.
Saya tengok dan dapat nilaikan bahawa ketiadaan pemain vokal seperti Carragher salah satu punca pemain lain ralit dan alpa. Tauladan tiada dalam pemain pertahanan walaupun Agger telah diberikan tauliah sebagai timbalan kapten. Dari segi kualiti kepimpinan dia masih belum mengerti apa fungsi yang Carragher buat dan bantu pasukan bukan dari segi kudratnya tapi dari segi menaikkan semangat juang lawan. Teringat saya bagaimana Djimi Traore yang begitu lemah dan bukan bek hebat, dek kerana sergahan Carragher dia mampu bermain baik dalam perlawanan Akhir Piala Eropah.
Brendan Rodgers memang pengurus yang baik tapi dia masih perlu mengasah bakat sendiri dalam bab pertahanan. Seni dalam pertahanan nampak agak kurang diterapkan walaupun majoriti dana digunakan dalam posisi tersebut. Dia macam teralu harapkan pemain 100 persen dan harap pemain yang sedia ada menggunakan pengalaman sendiri. Bukan saya cakap tanpa fakta, tengok sendiri semasa dia di Swansea, perkara yang sama juga berlaku. Jangan ingat setiap yang berlaku adalah ketentuan, jika kita tak buat hal. Untuk lawan West brom lepas ini yang merupakan pasukan merbahaya dalam sepakan bebas harap tiada lagi kesilapan berulang.
djimi traore - gol sendiri masa lawan burnley dalam piala FA 2004/05 takkan dilupakan. tapi last minit lawan juventus di delle alpi dia selamatkan bola dari masuk ke gol gunakan perut dia, #respek
ReplyDelete