
Sami Hyypia kembali dimasukkan dalam senarai 25 pemain untuk pusingan pertama dalam Liga Juara Juara Eropah. Pada awal musim beliau terpaksa disingkirkan kerana peraturan baru FIFA telah menghadkan pemain luar untuk setiap pasukan. Namun kerana kecederaan baru Degen, pemain itu telah dikeluarkan dari senarai dan dan digantikan pemain veteran yang berusia hampir 35 tahun.
Khidmat Hyypia ditagih kerana corak permainan Eropah mempunyai tempo yang agak perlahan berbanding Liga Perdana. Ini sedikit sebanyak kurang menggangu persembahan Hyypia yang agak perlahan. Tetapi kehadiran Hyypia tetap digunakan sebagai backup untuk Skrtel-Carragher. Namun pada perlawanan tertentu yang lawan kita yang mepunyai penyerang tinggi atau gemar melakukan asakan bola tinggi, Hyypia mungkin akan dijadikan sandaran.
No comments:
Post a Comment