Perlawanan itu nanti bakal menyaksikan permainan taktikal dan sedikit defensif yang akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Sememangnya Liverpool dan Real Madrid mempunyai Bek yang berkaliber dan berdisiplin dari segi taktikal namun kedua-duanya tidaklah terlalu sempurna. Jadi tidak hairanlah mungkin kita bakal menyaksikan gol yang berpunca dari setpiece.Disamping itu corak permainan mungkin sedikit padat dengan aksi fizikal dan kontroversi.
Faktor serangan juga menjadi bualan kerana bagi Liverpool, Torres akan menjadi sandaran utama dan Real pula mengharapkan kuda tua yang masih berbahaya iaitu Raul Gonzalez. Bagi Torres yang merupakan peminat fanatik Atletico Madrid, ini merupakan peluang untuk beliau membalas dendam untuk kelab lama beliau. Lagipun Torres sudah masak benar dengan permainan pasukan dari Sepanyol itu dan mempunyai pengalaman untuk menewaskan Cassilas. Tetapi Raul bagi saya bagaikan santan dalam kari bagi pasukan Real Madrid musim ini. Adunan antara pengalaman dan teknikal serta kepintaran beliau merupakan faktor yang membuatkan Real kembali dalam prestasi terbaik kebelakangan ini.
Tetapi apa yang pastinya pasukan yang berjaya menghasilkan gol awal pastinya mempunyai peluang untuk mendapatkan keputusan dipihaknya. Dengan itulah pastilah pasukan kita lebih berhati-hati dengan asakan Real yang amat berbahaya dan mempunyai ramai pemain kreatif dibahagian depan. Sekali terleka pastinya mereka akan menghukum kita dengan semahunya.
Liverpool tampil sebagai underdog di bernabeu. Lantak diorang la. Diorang ingat diorang top form sekarang tapi Liverpool dalam tangan Rafa boleh kacau gameplan Real. PERCAYALAH...
ReplyDelete