Kapten Liverpool, Steven Gerrard percaya bahawa Rafa Benitez bekerja dengan cara yang berlainan daripada pengurus yang lain, setelah meyatakan bagaimana beliau berjaya menyesuaikan diri dengan cara pengurus itu bekerja.Pemain antarbangsa itu telah menjadi inspirasi peminat diatas
Pengurus hebat selalunya sebegitu. Mereka bekerja dengan teknik sangat berbeza dan Gerrard merasa bertuah kerana bekerja dengan dua terbaik iaitu Rafa dan juga Capello. Ianya dirasakan apabila dapat lihat apa yang Rafa lakukan sehingga seremeh-remeh perkara. Inilah menujukkan bagaimana tekunnya pengurus itu dalam pekerjaan. Apabila Rafa menyatakan sesuatu perkara pasti orang akan bertanya, apakah Rafa tidak punyai kehidupan luar. Ini kerana perkara remeh yang selalu beliau titik beratkan membuatkan beliau berbeza.
Gerrard mengaku bahwa pernah suatu ketika ketika beliau rasa beliau bermain dengan cemerlang dan malah menjaringkan gol ketika menang 2-1. Ketika Gerrard masuk kebilik persalinan beliau bergembira dan meraikan kemenangan itu dan merasakan beliau telah melakukan yang terhebat. Namun kedatangan Rafa dan mula memberikan penerangan tentang balingan keluar, ketika itu segalanya berubah. Rafa menyatakan bahawa Gerrard telah bermain agak lambat untuk mengejar pemain. Malah Rafa berkata yang beliau boleh menunjukkan Gerard dimana silapnya.
Pernah suatu ketika apabila Gerrard merasakan beliau bermain dalam 10 perlawanan dengan baik sekali , Rafa akan menayangkan DVD perlawanan beliau yang terdahulu dan telah memperincikan antara persembahan baik dan buruk beliau. Gerrard seakan tidak percaya padahal beliau sangkakan permainan beliau tiada cacat celanya. Namun setelah melihat ulang-tayang persembahan beliau ternyata terdapat sedikit kesilapan dalam keseluruhan perlawanan samada tidak berada dalam posisi yang betul, lambat mengejar lawan atau tidak menjaga pemain lawan ketika sepakan bebas. Kalau begitu mendalam ulangkaji Rafa untuk menilai seseorang pemain beliau, macamana dengan berpuluh-puluh pemain lain. Bila masa nak tidur jika bekerja sedemikian rupa.
Gerrard juga sampai terfkir adakah Rafa telah melihat hingga 150 perlawanan beliau terdahulu. Ini kerana cara Rafa seakan beliau terlalu mendesak membuat pemain beliau terfikir sebegitu. Gerrard menegaskan ketika Rafa mula sampai, beliau selalu mengulang, ”kaki kiri, kaki kiri” atau apabila bila cuba membuat sepakan beliau akan berkata ”sepak tepat” padahal pemain itu memang sedaya upaya melakukan yang terbaik. Sebagai pemain yang sudah matang, Gerrard merasakan jika kebolehan kaki kiri beliau sudah tidak kemana lagi, tetapi selang beberapa minggu apabila beliau menjaringkan gol dengan kaki kiri, Rafa datang dengan tersenyum malah berkata ”gol nasib jer kan”. Akhirnya Gerrard baru mengerti cara Rafa yang tegas sebenarnya membantu meningkatkan keupayaan beliau. Dan sebagai pemain beliau harus mengerti dan bekerja keras bersama Rafa untuk menjadi pemain hebat.
No comments:
Post a Comment