Menurut sumber Alberto Aquilani telah menjalani latihan ringan baru-baru ini. Menurut pemeriksaan awal, peminat bakal melihat kelibat pemain antarabangsa Itali ini beraksi menetang Sunderland, Oktober ini. Berita ini amat ditunggu-tunggu oleh semua peminat Liverpool yang tidak sabar-sabar melihat pemain yang dikatakan bakal menggegarkan Liga Perdana.
Secara tak langsung dengan pulihnya ”Aquaman”, umpama pepatah melastik dua ekor burung dengan seketol batu. Kemasukan Aquilani bakal membuatkan pemain yang kurang digemari peminat iaitu Lucas Leiva bakal kembali memanaskan bangku simpanan. Dan saya yakin juga Mascherano juga terpaksa berpecah peluh bersaing dengan Lucas untuk posisi tengah.
Lagi satu, kemasukan Aquilani bakal meletakkan Kapten Gerrard ke posisi terbaik beliau iaitu penyerang kedua. Malah dengan kata lain kita ingin tengok Gerrard bermain dengan lebih disiplin diposisi serangan seperti seperti musim lalu. Jika aquilani boleh mendominasi posisi tengah, maka Torres dan Gerrard pasti mendapat menafaat. Dengan gandingan Mascherano-Lucas terasa sangat tiada idea kreatif untuk menjana serangan.
Dan pastinya apa yang saya tunggu ialah bukan corak permainan beliau tetapi sentuhan gol. Pemain ini mempunyai kebolehan yang setara dengan Gerrard iaitu teknik tendangan dan selalu melakukan percubaan merbahaya dari luar kawasan penalti. Sememangnya Rafa telah mencari penambahbaikan dlam setiap pembelian beliau bermula dari Glen Johnson –Arbeloa, Kargiakos-Hyypia dan Alonso-Aquilani.
No comments:
Post a Comment