Glen Johnson telah menjadi tumpuan dan tajuk pertikaian dalam pasukan kebangsaan England. Kebanyakan pengulas dan pemerhati bolasepak telah atau bakal menjadikan Johnson kambing hitam jika England tidak layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti. Faktor dan alasan mereka ialah kelalaian dan kelemahan beliau ketika bertahan adalah menjadi punca Slovenia berjaya menjaringkan gol saguhati sebelum ini.
Croatia di bawah bekas pemain Derby County, Slaven Bilic awal-awal lagi menjalankan perang saraf untuk mempergunakan Johson sebagai lubuk serangan mereka. Bekas rakan Glen ketika bersama-sama di Pompey dahulu Nico Krancjar berkata yang beliau yakin tiada masalah menghadapi Glen jika diberi peluang mengetuai serangan Croatia disebelah kiri. Dan ini merupakan serangan media Croatia dalam merebahkan moral pemain England khususnya Johnson.
Untuk makluman semua, pasukan England bukannya sempurna macam Brazil yang mempunyai fulbek yang hebat seperti Alves dan Maicon yang boleh turun naik sepantas kilat. Dan juga England tidak bermain dengan dua orang pemain tengah bertahan yang mantap seperti Gilberto Silva dan Filipe Melo yang dapat memberikan ruang dan mentup ruang apabila fulbek mereka menyerang. Jadi skuad England dibawah tranformasi Capello dikritik kerana cuba mengubah corak kepada lebih offensif.
Jadi kelemahan pasti ada jika Glen terlalu asyik menyerang dan pemain tengah England rata-ratanya tidak mempunyai metaliti bertahan. Lampard, dan Barry boleh dikatakan bukannya mempunyai kualiti bertahan hanya Gerrard, Carrick dan Hargreves yang pernah bermain dalam posisi bertahan untuk kelab mereka. Jadi dalam situasi semasa pasukan England nampak gayanya Capello terpaksa mencari formula samada menghadkan pembabitan Glen dlam sesi serangan atau berusaha mengarahkan pemain tengah lebih disiplin ketika kedua-dua fulbek dalm situasi menyerang.
Tapi yang peliknya mengapa Ashley Cole tidak pernah dikambing hitamkan apabila beliau juga selalu meinggalkan posisi dan membiarkan pertahanan terkial-kial menyelamatkan keadaan. Saya tidak mengganggap Cole adalah seperti Glen. Malah saya akui kualiti dan mentaliti bertahan Cole lebih hebat dari Glen. Tetapi jika kelemahan atau kekalahan pasukan pengulas mencari seseorang untuk dijadikan korban. Carragher dan Gary Neville pernah suatu ketika menjadi mangsa keadaan.
Walaupun saya bukan peminat England, namun saya yakin dibawah kendalian Capello, pasukan England lebih mantap seperti sebelum ini. Dengan pasukan yang sama seperti era Erikson dan McLaren, mereka sudah matang dari segi permainan berpasukan. Cuma Capello hadir memberikan apa yang pengurus sebelum beliau tidak mampu berikan iaitu sentuhan taktikal dan sedikit tuah. Malah Capello telah bersuara yang beliau yakin dapat memperbaiki kelemahan pasukannya. Apapun Glen sendiri harus meningkatkan usaha dan melakukan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment