Perlawanan yang ditunggu-tunggu pun bermula. Liverpool memulakan sepak mula. Torres dan Gerrard bergandingan kembali di hadapan walaupun diwar-warkan sebelum ini yang Gerrard mungkin kembali ke posisi tengah. Glen Johnson telah memulakan serangan Liverpool dari sebelah kanan dengan melakukan hantaran lambung kearah Torres. Namun begitu Torres sekadar menanduk tinggi ke awan.
Dalam usaha mendapatkan gol awal Lucas yang telah berjaya melepasi kubu Bolton menanduk bola namun sipi sedikit. Dalam keadaan Kapten Gerrard yang telah dikawal ketat oleh Muamba, Lucas pula yang diberikan ruang oleh pemain tengah Bolton untuk bergerak bebas. Mungkin mereka anggap yang Lucas bukan ancaman besar bagi mereka.
Sekali lagi dalam minit ke 13, Lucas tiba-tiba merembat dari kawasan tengah di luar kotak penalti setelah Riera melarikan bola ke penjuru kawasan Bolton dan melakukan hantaran lambung yang cantik. Usaha beliau ini menunjukkan bahawa beliau amat selesa bermain agak kedepan bukannya bersama Mascherano di tengah.
Torres yang agak keseorang dihadapan kerana Gerrard dikawal ketat, masih berupaya melarikan bola untuk melakukan serang secara individu, namun beliau telah dikasari oleh Gary Cahill dengan kasar. Kad kuning pertama menjadi hadiah buat Cahill yang sudah acapkali melakukan kekasaran terhadap Torres. Namun baiklah Torres tidak tercedera dalam insiden itu. Beliau bangun dengan teresot-esot menahan kesakitan.
Serangan bertali arus Liverpool banyak kali dihalang oleh keutuhan pertahanan Bolton yang agak mantap. Zat Knight yang baru dibeli dari Aston Villa nampak seakan serasi dengan Cahill. Percubaan Torres, Kuyt, Riera untuk merembat dari luar dan dalam telah banyak kali digagalkan dan ditampan baik oleh pertahanan Bolton. Malah ketinggian Knight dan permainan agresif Cahill , Liverpool seakan buntu untuk merobek gawang Bolton.
Bolton telah diberikan sepakan penjuru kerana bola terkena Torres. Kecelakaan telah menimpa. Bolton telah berjaya menjaringkan gol pembukaan akibat kesilapan Liverpool menjaga kubu sendiri. Gol berpunca dari Elmander yang menanduk hantaran sepakan penjuru melintang ke depan dan pada masa yang sama pemai Liverpool tercengang kerana pemain Bolton telah berada dalam posisi terbaik dan Kevin Davies tidak mempersia-siakan peluang yang ada.
BOLTON 1 – 0 LIVERPOOL
Rafa sendiri kelihatan amat marah dan kecewa dengan reaksi pemain dalam situasi tersebut. Beliau sebelum ini telah melakukan latihan intensif untuk tujuan memperkukuhkan benteng dalam keadaan bertahan. Nampaknya pemain masih belum mahir dengan sistem berkawal dalam zon ini. Pallegrino menggelengkan kepala. Sammy Lee pula kelihatan melaungkan arahan kepada pemain terutamanya kepada Carragher dan Kargiakos.
Sifat tidak putus asa ditunjukkan oleh pelawat dalam usaha mendapatkan gol penyamaan. Glen Johson sekali lagi menunjukkan kepada peminat dan pemerhati bolasepak bahawa nilai 17juta pounds yang dibelanjakan adalah sangat berbaloi. Hasil dari sepakan penjuru bola dikeluarkan dari kotak penalti, namun apabila bola sampai ke kaki Johnson, beliau telah merembat dengan kaki kiri tepat kearah pintu gol Bolton. Juskelainan hanya mampu melihat bola menejah masuk untuk gol penyamaan yang ditunggu-tunggu peminat.
BOLTON 1 – 1 LIVERPOOL
Hampir-hampir tamat perlawanan Liverpool sekali lagi menghadapi situasi getir. Lucas yang dipersalahkan akibat mengasari Davies memberikan sepakan percuma hanya beberapa kaki diluar kotak penalti. Lucas dalam keadaan itu merupakan mangsa taktik Davies yang licik yang menarik tangan Lucas dan seakan-akan Lucas telah bertindak menarik badan beliau. Pengadil tanpa usul periksa meberikan sepakan percuma yang sepatutnya tidak harus diberikan. Matt Taylor melalukan sepakan lencong yang diselamatkan oleh Reina untuk sepakan penjuru. Berpeluh jua Reina dalam aksi akrobatik untuk menghalang Bolton mendahului buat kali kedua.
Tamat separuh masa pertama dengan aksi yang pelbagai. Rafa telah bersedia dengan sesi rehat untuk memberikan arahan dan melakukan sedikit ulasan mengenai aksi separuh masa pertama. Pemain-pemain diberi peluang membersihkan badan terlebih dahulu. Setelah itu semua pemain dipanggil untuk sesi taklimat untuk separuh masa kedua. Rafa telah memberikan penekanan kepada semua pemain untuk lebih peka dan fokus ketika dalam keadaan bertahan. Mungkin kerana beliau nampak Bolton sudah dapat menghidu peluang untuk memanipulasi kelemahan pasukan. Barisan sebelum ini masih dikekalkan Rafa walaupun beliau tahu peminat mahukan Lucas digantikan tetapi Rafa masih menaruh keyakinan terhadapat bintang muda Brazil itu.
.Mereka keluar dari bilik persalinan dengan agak yakin bahawa Liverpool akan menerima badi seperti sebelum-sebelum ini. Megson mengarahkan anak buahnya supaya mengawal Gerrard dan Torres untuk mematikan peluang dan punca serangan Liverpool. Jika kedua-dua tidak dapat bergerak bebas dan maka pasukan Liverpool seakan harimau yang nampak ganas tetapi tanpa taring dan kuku. Begitulah telahan pengurus lebih mementaingkan aspek taktik bertahan dan memburu gol dengan memanipulasi kelemahan lawan yang lebih kuat seperti Liverpool. Beliau akur yang ketiadaaan Kevin Nolan, barisan Bolton tidak semantap dahalu .
Separuh masa kedua dimulakan oleh Bolton. Kali ini mereka bermula dengan agak agresif untuk menyerang. Mungkin Megson telah memberikan arahan supaya serangan pantas ditujukan disebelah kiri. Insua menjadi lubuk buat Bolton. Kekurangan ketinggian menjadi faktor buat lawan memanipulasi bola tinggi kearah beliau. Nasib baik Kargiakos banyak membantu Insua takkala lawan cuba mengasak dikawasan kiri dengan bola lambungan tinggi. Riera juga banyak menutup ruang buat Bolton dan membantu Insua apabila Insua melakukan larian keatas.
Sekali lagi kepincangan untuk bertahan dalam situasi sepakan penjuru dipergunakan oleh Bolton. Dalam bola melintasi dihadapan Davies beliau menanduk kearah Cohen. Namun secara tiba-tiba Caragher yang cuba mengasak Davies telah terlelecot jatuh dan bola lantas berada hampir dengan Cohen. Anak bekas pemain Liverpool, Avi Cohen itu dengan mudah menolak masuk gol kedua Bolton itu dan membuatkan mereka mendahlui Liverpol sekali lagi. Muka Rafa merah padam menahan marah dan kecewa. Sammy Lee pula melaungkan kemarahan sambil diperhatikan oleh jurulatih lain yang tampak jelas kekecewaan dari air muka mereka.
BOLTON 2 – 1 LIVERPOOL
Liverpool seakan bangkit dari lamunan. Mereka kembali mengatur permain. Kali ini Gerrard nampak lebih banyak mencari bola dari bawah. Kedegilan Davis memaksa beliau mengambi alih posisi Lucas dan membiarkan Lucas bebas didepan. Nampaknya permainan keras Bolton telah memulangkan paku buah keras buat mereka. Kebodohan Sean Davis yang sebelum ini mengumpul kad kuning mengundang padah. Davis telah sengaja menjatuhkan Lucas yang melakukan larian solo kekawasan Bolton. Kad merah dilayangkan dan Bolton telah menjadi tidak keruan dengan kekurangan pemain. Mereka terpaksa bekerja keras untuk menahan asakan Liverpool yang semakin bertali arus. Ketiadaan Davis telah memberikan Gerrard nafas lega untuk kembali bebas untuk menyerang.
Tidak sampai 3 minit dari insiden kad merah. Liverpool telah mula melakukan serangan pantas dengan memanipulasi kekurangan pemain di pihak Bolton. Hantaran lob Gerrard kearah Kuyt yang melakukan larian kedalam kotak penalti Bolton. Bola tersebut ditolak dengan dada oleh Kuyt yang menyedari Torres telah menghidu peluang untuk menyerang. Torres bagaikan membaca gerakan Kuyt dan telah menjaringkan gol dengan rembatan kaki kanan. Semangat pemain kembali membara-bara. Walaupun gol penyamaan memberika sinar baru buat pemain, namun Rafa masih belum menunjukkan rasa puas hati. Beliau telah memberikan arahan supaya lebih banyak asakan dibuat keatas Bolton yang bermain dengan 10 pemain itu.
BOLTON 2 – 2 LIVERPOOL
Dipihak Bolton, Megson memasukkan Basham bagi menggantikan Elmander yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana tiada bantuan dari rakan-rakan yang sibuk bertahan dikubu sendiri. Ini memberikan isyarat bahawa Bolton cuba bertahan dan berharap keputusan 2-2 mampu dibertahan hingga ke wisel penamat. Liverpool pula mengeluarkan Riera dengan memasukkan Benayoun bagi menambahkan kekuatan serangan. Riera seakan sudah tidak berupaya membolosi bahagian kiri Bolton yang kebal dikawal oleh Steinson.
Juskelainan mejadi pemain paling sibuk sepanjang minit ke 70. Banyak percubaan pemain Liverpool diselamatkan beliau. Kargiakos hampr menewakan penjaga gawang veteran Finland itu. Siapa sangka Kargiakos mampu melakuakan remabtan dengan teknik yang baik. Malah sepanjang separuh masa kedua, beliau mulai nampak lebih yakin dan nampak mula memberikan arahan buat rakan-rakan ketika bertahan. Kemasukan Voronin menggantikan Mascherano yang agak tenggelam malam itu mejadi kemusyikilan peminat. Mereka berharap Lucas yang keluar tetapi sebaliknya Masherano yang direhatkan.
Kemasukan Voronin lamnsung memberikan impak yang agak positif. Beliau beropersai seakan pemain tengah menyerang kerana Lucas dan Gerrard bergandingan dibawah. Permainan nampaknya dikuasai Liverpool walaupun Bolton cuba mengasak dengan serangan kilat. Akhirnya nasib kali ini menyebelahi Liverpool. Johnson yang mempunyai hantaran lintang yang baik menjadikan Torres sasaran beliau. Torres yang telah dibergelut dengan Cahill dalam perebutan bola itu berjaya menanduk kembali keruang tengah. Peluang didepan mata. Gerrard telah melakukan rembatan dengan teknik semulajadi beliau dari tengah kotak penalti. Gol tersebut merupakan kebangkitan semangat oleh kapten Liverpool itu yang sebelum ini dikritik hebat oleh Rafa kerana kurang konsisten.
BOLTON 2 – 3 LIVERPOOL
Dossena masuk mengambil tempat Kuyt yang agak keletihan meredah 86 minit perlawanan. Bermain diposisi sayap kiri dalam keadaan Bolton sudah terkulai layu membuatkan Dossena seakan tidak banyak cabaran. Percubaan dalam masa-masa terakhir permainan menunjukkan Liverpool masih belum puashati mendahului dengan satu gol. Serangan Bolton juga sekali sekala namapk agak berbahaya. Kemasukan Mustahpa Riga yang agak licik bagaikan sudah terlambat. Namun percubaan terakhir Matt taylor memberikan sedikit kecuakan buat pertahan Liverpool yang telah lama bersantai. Pengadil meniupkan wisel penamat dengan pelawat mendapatkan 3 mata berharga setelah dua kali ditinggalkan oleh pasukan tuan rumah.
No comments:
Post a Comment